Menara Lego Tertinggi Di Dunia

Assalamualaikum wbt :)


PRAGUE, Republik Czech – Sebuah menara yang diperbuat daripada bongkah kecil Lego dibina oleh sejumlah peminat permainan itu di sini kelmarin.
Menara itu setinggi 32.5 meter sekali gus mencipta rekod dunia mengatasi ketinggian binaan yang sama di Britain.
Menara Lego
Ketinggian binaan di Winsdor, Britain pada 6 Julai lalu itu kurang 30 sentimeter daripada yang terdapat di sini.
Pembinaan menara itu bermula pada Khamis lalu.
Bongkah kecil yang paling tinggi itu diletakkan oleh pemenang pingat emas dari Republik Czech acara mendayung di Sukan Olimpik London pada Ogos lalu, Miroslava Knapkova.
“Saya bermain pemainan Lego semasa kanak-kanak apabila bapa saya membawanya pulang ke rumah dari luar negara,” katanya.
Sebanyak setengah juta bongkah Lego digunakan untuk membina menara tersebut. – Agensi


12 comments:

Miss N™ said...

cecah 33 meter tu.. tggi betul..!
tapikan, mesti ada sesuatu yg menyokong lego2 tu kot.. sebab kalau tak msti tumbangkan...

nursuriani said...

gayatnyaaaaaa tinggi2 neh!! huhuhu

Unknown said...

wow..
bayangkan kalau angin bertiup dengan kencang..=p

Unknown said...

wow...tinggi nya

fuzore said...

taman tema Lego M'sia bila lak nak buat rekod baru

Unknown said...

@Cik Nur A'ah. Lagipun base menara tu tak stabil kot dengan ketinggian menara.

Unknown said...

@Sue PeLik Tahu pon.

Unknown said...

@Herma Julianny Mahunya tumbang kan?

Unknown said...

@eimah siti Tahu takpe :)

Unknown said...

@fuzore Entah lah. Maybe satu hari nanti.

Nurfara Hani said...

wow. tinggi nya:)

Unknown said...

@Nurfara Hani Tu lah. Gayat pon ada tengoknya.