Khabar Angin Malique Too Phat Meninggal Dunia PALSU


Assalamualaikum semua :)

Ternyata teknologi yang moden di zaman sekarang ini telah mematikan banyak selebriti Malaysia. Dan terbaru, Malique yang namanya sedang meningkat naik dengan single terbarunya, iaitu Teman Pengganti gandingan bersama Black Mentor pula yang kena tempiasnya.

Petang tadi, telah tersebar menerusi Twitter dan BBBM khabar Malique Too Phat meninggal dunia. Ada ura-ura yang mengatakan bahawa beliau menghidap penyakit kanser otak. Dan lagu Teman Pengganti diciptakan khas untuk isterinya.

Namun begitu, berita mengenai kematian Malique Too Phat ini adalah palsu belaka.

Dan menurut Twitter MalaysianHipHop, Malique Too Phat juga tidak pernah menderita sakit kanser otak seperti yang diperkatakan oleh ramai orang.

Malique sihat walafiat tanpa sebarang masalah kesihatan.

Semoga penyebaran berita palsu ini dapat dihentikan.

Sama-samalah kita doakan agar Malique dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk terus memberi karya yang hebat dalam industri muzik tanah air kita.- mynewshub



18 comments:

Unknown said...

dunia dunia.. mati jangan dibuat main main kan..

Everything's Everythings said...

Aish siapa lah yg bosan sgt memyebarkan berita cmni plak kan?

Cikrosecute said...

kesian mamat nie...siapalah sebarkan berita palsu....taulah....mamat niekan dah lama menghilang.....

Unknown said...

kenapa la orang sukati je sebar fitnah sebegini...adoi...

dya nasir said...

dya pun ada baca kat twitter.. skrg ni ada je suka buat fitnah artis dah meninggal.

beat said...

palsu3x

Sally Samsaiman said...

err...kenapa cakap dia meninggal...aishhh!

Momo said...

suka bebeno org ni main2 soal nyawa.. aiseh...

nursuriani said...

kenapalahhh orang sekang neh. orang hidup kata meninggal dunia! orang meninggal kata hidup balik! macam2 peel ler huhuhuhu

Unknown said...

@Fiza Suhaimi Betul tu kak. Tak tahu lah siapa pihak yang tak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu nie

Unknown said...

@Everything's Everythings Tak tahu lah.

Unknown said...

@Che Rosliza Che mat Tak tahu lah si polan mana yang sanggup menyebarkan berita palsu nie. Soal mati dan hidup bukan boleh dibuat main

Unknown said...

@Herma Julianny Tak tahu lah. Maybe kurangnya didikan moral dan agama kot

Unknown said...

@dya bunga Sama lah. Mieya dapat info nie pon dari twitter

Unknown said...

@duniafana Yup, betul tu

Unknown said...

@Sally Samsaiman Tak tahu lah. sebab musabab si polan tu

Unknown said...

@Momo Siapa dia untuk menentukan soal hidup dan mati seseorang itu

Unknown said...

@Sue PeLik Mieya pon tak faham kenapa