Haa.. Lama rasanya Mieya tak bercerita mengenai blogwalking nie. Sebab apa? Sebab kebelakangan ini, Mieya agak sibuk sikit dengan majlis perkahwinan abang Mieya. Alhamdulillah, dah selesai dah pon. Walaubagaimana pun, Mieya sempat juga berblogwalking ke 3-4 blog. Tinggalkan pesanan apa-apa yang patut.
Rasanya, korang yang baca entri kali nie pon dah tahu apa yang bakal Mieya ceritakan kali nie kan? Apa yang Mieya nak tanya sini adalah cara mana yang paling korang gemar gunakan untuk blogwalking. Guna cara tinggalkan pesanan di chatbox ataupon Ruangan Comment?
Bukannya apa, sejak dua menjak nie Mieya dah jarang gunakan chatbox untuk tinggalkan jejak. Kalau ada pon, di blog yang tiada update terbaru dan blog yang baru pertama kali Mieya kunjungi. Sekarang nie, Mieya lebih suka tinggalkan jejak di ruangan komen selepas membaca entri korang.
Salah satu sebabnya, melalui ruangan komenlah kita dapat meluahkan pendapat masing-masing mahupun berkongsi cerita dan pengalaman. Di samping itu, kita juga dapat mengeratkan lagi hubungan sesama blogger.
Ye lah, melalui ruangan komenlah boleh terjadi komunikasi antara dua hala. Bila pembaca blog memberi respons terhadap entri yang si penulis tulis. Penulis akan rasa hasil penulisan mereka dihargai sekaligus mereka akan membalas kunjungan pembaca blog mereka.
takpe, takpe. Masing-masing ada cara tersendiri kan? Yang penting, jangan sebarkan SPAM sudahlah ye... Haaa.. Korang pula bagaimana cara korang berblogwalking?
10 comments:
sy lebih suka bw sambil tinggal jejak :)
ermm..cik nur pun suka melalui ruang komen.. tapi kekadang suke gak gune chatbox..mcm mieya juga.. :)
pendek kata suke dua2lah..hihihhih
sy suka chat kat shout box :) tggal jejak bw..kekdg smbil bw smbil komen :)
Selalunya tinggalkan di comment xD
blog aku pun belum ada lagi chatbox nnti esok2 la nak cuba cari mcm mana nk buat haha
@najihahfara Same with me. Lagi2 kalau blog baru
@Cik Nur Bergantung kepada situasi jugak lah Cik Nur.
@Pecinta pink^^ Sama lah kitaa :)
@Everything's Everythings Buat lah chatbox, baru meriah sikit :)
dua-dua, coment pun buat chatbox pun sama.. manala tau kot2 terlepas pandang ke
Nice N3... tq for sharing
Post a Comment