Luar biasa ! Itulah antara perkataan yang terpacul keluar dari mulut Mieya tatkala membaca berita mengenai seorang budak berusia 7 tahun di China yang mempunyai kekuatan luar biasa.
Jika di Malaysia, terdapat sebuah keluarga yang mana mampu menarik kenderaan dari sebesar-besar kenderaan seperti kapal terbang sehinggalah kepada van. Kebanyakan kanak-kanak diberitahu untuk makan sayur-sayuran, jika mereka mahu membesar sehingga menjadi besar dan kuat.
Tapi lain pula ceritanya di China Budak 7 tahun begitu kuat dia sudah boleh tarik kereta bersama-sama, membawa ayahnya dan mengangkat guni besar gandum dan diletakkan atas bahunya.
Tali di lilit sekeliling dirinya untuk tarik van seberat 1,85 tan sepanjang jalan, ramai yang terkejut . Dia boleh membawa bapanya, yang mempunyai berat lebih daripada 90kg – hampir dua kali ganda berat badan sendiri dan budak kecil itu membawa beg 40kg gandum dan beg 100kg simen, membuktikan dia Strongman.
Yang Jinlong, dari Chuzhou, China sudah mempunyai berat lebih daripada 50 kilogram dan tidak menunjukkan tanda berhenti berkembang. Jika budak sebayanya hanya mempunyai berat antara 20 hingga 35 kilogram, namun Jinlong sudah mengatasi mereka.
Dengan senyuman manisnya itu, Jinlong sudah menjadi selebriti di China.
Orang ramai sering menyaksikan dia menunjukkan kekuatannya itu dan akan ternanti-nanti, apakah lagi kejutan yang dilakukan.
Dengan kekuatan yang dimilikinya itu, Jinlong telah menyertai kumpulan remaja elit yang terlibat dalam sukan angkat berat.
Sumber berita : mynewshub.my
18 comments:
hebatnye die!
ish.. kalau eiqa, tak terangkat rasanya..
wow..
pasti munculnya juara angkat berat China suatu hari nanti..=)
hebat2.. ^^
hui... memang kuat budak ni...
pehhh kuat ar, qira nak ankat beras 10kg pun terkial2 . .hehehhe
hush...sgt luar biase !
uiii kuatnyaaaa. saya neh nak angkat diri sendiri pun tak brapa nak larat huhuhuhu
@RazFiRa Tau takpe.
@eiqa azra Berat budak nie pon lebih kurang sama dengan berat Mieya. Memang tak boleh nak angkat lah.
@Herma Julianny Yup, dan negara lain bakal terancam dengan kehebatan budak nie.
@rAIHan Terkesima kan bila baca post pasal budak nie
@Masz Sidek Tau takpe.
@cikeyrah Mieya boleh je angkat beras 10 kg. Takde lah berat sangat.
@aiN NaJwa Tau takpe.
@Sue PeLik Sama lah.
kuatnya dia...
@Nurfara Hani Yup, tengoklah badannya pon macam mana.
Post a Comment