Sinetron Nada Cinta

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua pembaca sekalian :)

Korang layan tak dengan cerita daripada negara seberang (Indonesia), iaitu Nada Cinta kat Astro Ria siaran 104 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat; pukul 6.30 p.m hingga 7.30 p.m tu?


Macam Mieya, mula-mula Mieya tak ikut pon siri drama muzikal nie. Tapi bila pertama kali tengok cerita nie sebab dah takde cerita yang best time tu. Masa tu dah episod 70 lebih dah. Rasa enjoy semacam and at the same time, cerita tu boleh buat Mieya sekeluarga ketawa.

Bermula saat itu lah, Mieya takkan "miss" untuk menonton Sinetron Nada Cinta. Kalau Mieya lupa, mesti adik atau abang-abang Mieya yang akan ingatkan. Kiranya, cerita nie dah jadi cerita wajib tengok bagi satu keluarga Mieya lah. haha
Mieya suka tengok budak nie berlakon, comel je. hikhik

Entah kenapa sejak dari hari tu, Mieya boleh syok pulak nak tengok cerita nie hari-hari. Maybe sebab ketagih agaknya. Bukan ketagih dadah tu okey? Tapi ketagih nak tahu apa yang akan berlaku di episod yang seterusnya. Walaupun jalan ceritanya, kadang-kadang agak kurang logik, tapi Mieya tetap nak tengok. haha

Hmm, dengar cerita Sinetron Nada Cinta nie nak dekat tamat. Kalau tak hari ini, mungkin minggu depan. Dan sinetron baru yang akan menggantikan cerita nie ialah Sinetron Benci Jadi Cinta.

P/s : Klik pada tajuk sinetron untuk menonton preview sinetron baru yang bakal ditayangkan di Astro Ria bermula 1 Oktober 2012, pada setiap hari Isnin-Jumaat, jam 6.30 petang hingga 7.30 malam.


19 comments:

Hak Milik Saya said...

Comel kan budak tu. Tiara anak Rianti;-);-) Rianti tu pon cantik gilaaa suka tengok dia eheehe. sape name budak tu eh?

Everything's Everythings said...

Aku pula ketagih dkt Adam dan Hawa.. =.="
menyesal tgk lainkali nk kena tnggu dh habis semua episode baru tgk so takde lah tertunggu2 lagi nnti hahah

Unknown said...

ala...da nak abes da? duk kampus x dpt tgk :(

TiranaAduka said...

salam mieya
X sempat tgok la..adoi...

Pwincess said...

Cerita ni dah sapai episode berapa eh? Dulu rajin lah tgk, lama2 tak dah. hihi =D

Ca Ezah said...

xsabar nk tgok ending nada cinta..tp pasni mesti rindu nak tgok citer nie...owh randy...hehe

nursuriani said...

bukan tak layan. tak tengok! huhuhuhu

Raz said...

comelnye dak tu!

najihahfara said...

jenuh nak tunggu sinetron ni habis

9n0L4 said...

tak ikut sgt cite ni. best ehhhh. :)

Unknown said...

@Hak Milik Saya Entah. Mieya pon tak tahu nama sebenarnya apa.

Unknown said...

@Everything's Everythings Haha. Tak tengok pon cerita tu.

Unknown said...

@Alynn Nyzaa Yup, minggu depan kalau tak silap.

Unknown said...

@TiranaAduka Wa'alaikumsalam. Alaa. rugilah tak dapat tengok

Unknown said...

@Nurulee Dah episod 250 lebih dah.

Unknown said...

@Ca Cik Duyung Tau takpe :)

Unknown said...

@RazFiRa Tau takpe.

Unknown said...

@najihahfara Takde lah jenuh mana pon.

Unknown said...

@9n0L4 Best, lagi nak tamat, lagi best