Kejam! Bayi Baru Lahir Dicampak Dari Tingkat 3 Flat

Assalamualaikum wbt.

Seharian Mieya tak mengusik papan kekunci laptop Mieya semalam dek kerana sibuk dengan aktiviti harian. Hal ini sekaligus menyebabkan aktiviti berblogging tertangguh. Tapi bukan itu sebenarnya yang ingin Mieya perbahaskan di entri ini kali nie.

Tersentak hati, berderau darah Mieya bila baca artikel di akhbar Metro semalam. Mana taknya, muka depan je berita pasal pembuangan bayi. Adoi, Mieya sangat-sangat sedih dengan kejadian macam nie. Lagi-lagi kejadian nie berlaku berhampiran dengan kawasan perumahan Mieya.

Binatang apa yang sanggup baling atau campak anak, yakni darah dagingnya sendiri?? Rasa-rasanya takde binatang yang boleh bunuh anak sendiri tanpa sebab. Tapi binatang apa pula ni?



Petaling Jaya - Kejam apabila seorang bayi perempuan yang cukup sifat dicampak dari tingkat tiga sebuah apartmen 11 tingkat ke kawasan tempat letak kereta Blok 1, Apartmen Desa Mentari, di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam
bayi dibuang dari tingkat 3 flat kejam : buang bayi dari tingkat 3 flat
Seorang anggota polis memeriksa mayat bayi yang dicampak dari tingkat tiga
Bayi itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat dan mayatnya ditemui seorang penduduk di kawasan itu, Jundi Mat, 35, yang pada mulanya menyangka ia bungkusan sampah yang dibuang penduduk di blok berkenaan
“Saya sangka bungkusan yang dibaling dari tingkat atas itu sampah berisi nasi basi yang dibuang penduduk di sini kerana perkara itu sering berlaku, namun sebaik diperiksa saya terkejut apabila ia rupa-rupanya mayat bayi,” katanya
Jundi berkata, dia kemudian meminta beberapa orang penduduk di situ sama-sama memeriksa bungkusan berkenaan bagi mengesahkan ia mayat bayi dan bukan anak patung
Menurutnya, bayi yang berkulit cerah itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan ada kesan kecederaan parah di kepala
“Saya tidak pasti dari mana ia dicampak kerana ketika itu saya sedang mengambil motosikal yang terletak kira-kira dua meter dari lokasi bayi ini ditemui
“Sebaik terdengar bunyi objek jatuh, saya berpaling ke arah bunyi itu dan segera memerhatikan bungkusan berkenaan,” katanya yang meminta seorang penduduk memaklumkan kejadian itu kepada polis
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi berkata hasil pemeriksaan forensik, polis percaya bayi itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
“Bayi itu dipercayai dicampak dari tingkat tiga apartmen berkenaan dan polis sudah menahan seorang wanita pekerja kilang berusia 20-an beberapa jam kemudian dipercayai terbabit dalam kejadian itu,” katanya.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat bayi itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. -Harian Metro

P/S :Inilah jadinya, bila kita tidak dapat mengawal nafsu, nafsu yang akan mengawal kita
Update terkini ! : Suspek kes Campak Bayi Dari Tingkat Tiga ini telah pun direman untuk siasatan lanjut. Jom baca selanjutnya >>disini<<

20 comments:

Unknown said...

Kesian baby tu...dia tak berdosa pun..

nursuriani said...

apa kata lepas neh kita baling lak orang yang baling budak tuh ke bawah. kan?? huhuhuhu

.:: Schaz ::. said...

manusia semakin lama semakin xde akal fikiran...semakin hilang kewarasan..bersultankan nafsu. berani buat tp xbrani tanggung..

cikeyrah said...

tadi keyrah ade baca pasal nie, suspeknye dah kena tahan, pompuan umo 21 tahun, muke comey tapi hati busuk & tak de sikap kemanusiaan..buat pandai tapi tak nak tanggung risiko..ishhh geram pulak keyrah dengan kes mcm nie . .

Himawari Mirsada said...

makin teruk da skg..

Reena Sidek said...

sedih bila dengar berita ni... waktu seronok langsung tak pk kesannye...

NURAZZAH8 said...

As-Salam, Salam Perkenalan dari akak,

sedih bila baca cerita begini ...di Manakah letaknya akal yg Allah kurniakan? Ya Allah ... manusia adalah setinggi-tinggi makhluk jika akal diguna sebaik mungkin, manusia juga boleh mejadi sehina-hina makhluk jika perbuatan nya tidak dilakukkan menggunakan akal ...

Kak Azzah8

p/s: akak dah follow blog you, harap dapat follow blog akak juga... thanks..

Unknown said...

takde hati langsung.. sanggupnya buat macm tu.. apa la salah bayi tu.. baru sangat nak tengok dunia..

syakirah izwanie said...

Ya Allah :'(

ecadwinkyasha said...

buat sakit hati je org tu.

Unknown said...

@Syikim Kim betul tu.

Unknown said...

@Sue PeLik Setuju. Ke mana hilangnya sifat keperimanusiaan, hati budi manusia.

Unknown said...

@.:: Lynn Johari ::. Ya, betul.

Unknown said...

@cikeyrah Semua orang geram kalau hal sebegini berlaku. Inilah jadinya bila akal fikiran tak digunakan dengan sewajarnya.

Unknown said...

@elyna mirsada Yup, betul tu :)

Unknown said...

@Masz Sidek Semua orang sedih kak. Hal sebegini tak sepatutnya berlaku. Sedangkan binatang pon sayangkan anaknya, inikan pula manusia??

Everything's Everythings said...

Nauzubillahi min zalik..
teruknya ;(

dya nasir said...

apa slh baby tu sampai buat cm tu sekali

dya nasir said...

apa slh baby tu sampai buat cm tu sekali

Nurfara Hani said...

sedih tengok baby yang dibuang ni semua:)