Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Bloop Anti-Bacterial Hand Gel | Review

Assalamualaikum wbt and bonjour everyone :)

Berapa ramai di antara kita menyimpan sekurang-kurangnya, sebotol hand sanitizer dalam handbag? I'm sure korang semua tahu bahawa hampir semua bakteria dan kuman tidak dapat dilihat dengan mata kasar, so thats why lah kita perlu mencuci tangan dengan lebih kerap. Well, Mieya kini telah mendapati cara yang sempurna untuk membersihkan tangan dengan cara yang mudah, cepat dan bersih.


Memperkenalkan, Bloop Anti-Bacterial Hand Gel - Germ Blaster.



Ya, I know the bottle are just cute to handle. Bagi Mieya, Bloop Germ Blaster merupakan pahlawan kesihatan terbaru bagi Mieya dan  ia tidak memerlukan ruang yang banyak di dalam beg dan poket korang. So, very comfortable, ringan dan convenier untuk dibawa ke mana-mana sahaja.


So what's Bloop Germ Blaster all about? 
Kalau korang nak tahu, Bloop Germ Blaster adalah gel tangan anti-bakteria dengan manik pembersihan aktif dan pembunuh kuman (Triclosan 0.3%) yang membersihkan tangan anda dengan lembut sambil meninggalkan bau yang wangi. Berbeza dengan hand sanitizer biasa yang selalunya berbau seperti hospital this was really good! Smells like strawberry~~



How to Use
  1. Apply product to the palm of one hand.
  2. Rub hands together.
  3. Rub the product over all surfaces of hands and fingers until hands are dry. There you go, a clean pair of hands.
Kalau nak tahu, this hand gel has also doubled as my hand moisturizer. Setiap kali menggunakan gel tangan ni, Mieya dapat merasakan tangan Mieya menjadi lebih lembut, dan terasa 'bersih'. Ia tidak melekit, tidak berminyak dan membuatkan tangan Mieya terasa lebih segar serta berbau baik.


So, tersangat lah sesuai lagi-lagi untuk orang yang aktif bekerja di luar dan dalam office seperti Mieya ni. Maklum lah, bakteria dan kuman ada di mana-mana di sekeliling persekitaran kita.


More info go to :
Subscribe to HiShop for exclusive updates : http://www.hishop.my/subscribe 
**Disclaimer - This product(s) were send to me for product review purposes.

Don't forget to key-in coupon code "NORAMIRAH" upon checkout to enjoy an exclusive rebate of 15% :D :D 

Khasiat Bunga Kantan

Assalamualaikum wbt :)



Bunga kantan atau nama saintifiknya etlingera elatior sangat terkenal dalam masakan. Bunga kantan yang masih belum kembang banyak digunakan dalam masakan tempatan seperti dijadikan perencah untuk membuat kuah laksa dan juga digunakan dalam masakan asam pedas sebagai pembangkit aroma.

Ia juga sesuai dicampurkan dalam makanan kering seperti kerabu yang dapat memberi rasa yang enak. Selain sebagai penambah bau dan rasa dalam makanan, bunga kantan juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Warnanya yang merah muda mengandungi bahan antioksida iaitu karotinoid yang baik untuk kesihatan. Antioksida yang terkandung dapat mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit barah selain dapat mengekalkan awet muda

Bunga kantan juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan seperti mengubati luka. Air rebusan bunga kantan yang masih suam boleh digunakan untuk membasuh luka.

Manakala bagi mereka yang berpenyakit gout, kalian boleh lah mencuba petua tradisional ini untuk merawatnya. Caranya mudah sahaja.

  1. Ambil 3 batang bunga kantan.
  2. Rebus bersama 4.5L air sehingga akhirnya menjadi 3L.
  3. Minum secara konsisten selama tig hari berturut-turut



Review Vitamin C 1000mg Pahang Pharma (Testimoni Bergambar)

Assalamualaikum wbt and hi everybody :)

Masih ingatkah lagi dengan coretan di entri ini, di mana Mieya ada bagitahu yang Mieya masih mencuba consume beberapa produk kecantikan dan juga supplement. And yes. Selepas 3 malam menaip, akhirnya siap juga entri ni. 

Sejak mula bekerja ni, Mieya mula menyedari betapa pentingnya menjaga kesihatan dan penampilan luaran dalaman. Lagi-lagi kita ni yang perempuan, beauty conscious merupakan elemen penting yang perlu dititikberatkan. Even ramai yang  proclaim adalah lebih baik untuk jadi diri sendiri *just the way you're. "kawan-kawan, 
saudara-mara, encik sayang saya terima diri saya seadanya." hahaha konon-konon lah kan -,-"

Tapi bila setiap kali Mieya bekerja dan berurusan dengan orang ramai. Mostly lelaki (umur dalam 29 ke 40-an), menggelar kita dengan panggilan "ahkak". Gila. Terus tersentap hati sekejap. "Tua sangat ke aku? Penampilan aku? Sedangkan I'm only Nineteen-years-old-girl."

Next, bila bekerja tak menentu tempat nie, sekejap duduk dekat pejabat (bawah air cond). Sekejap keluar berjemur bila transport datang hantar / collect barang. Kalau sehari ada 4-5 transport yang perlu diuruskan, bayangkan lah berapa lama masa Mieya berjemur?

And end up, kulit Mieya jadi tak sekata, bertambah gelap, dan berbelang-belang. Lepas tu, kepala mula 
berdenyut-denyut, pening, stress bila mengadap kerja yang banyak. Itu belum lagi ditambah dengan kes terima aduan dari dealer / transporter / salesman/ other staffs. Yang bekerja cuma 2 orang sahaja ! *pengsan

Sejak itu lah Mieya baru tersedar dari lamunan. Sampai bila harus diriku begini? Sampai bila nak endah tak endah dengan gaya penampilan diri? Sampai bila nak tampak lesu, tak bermaya setiap kali berhadapan dengan orang lain? Sampai bila blablabla... (Kalau tak dihentikan memang sampai ke sudah tak siap lah entri ni)

Dalam mencari-cari jalan penyelesaian mengenai permasalahan ini, Mieya terbaca mengenai Keperluan Supplement Terhadap Tubuh Badan.


Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. 
Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. 

Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin. 

Tanda-tanda Tubuh Kita Kekurangan Vitamin dan Zat Nutrient?
  • kuku mudah patah
  • pecah-pecah di bahagian hujung mulut
  • bibir pecah
  • kulit memerah dan berminyak
  • jerawat
  • rambut nipis
  • kelemumur
  • mata merah
  • mata terasa kering
Sumber : Mingguan Wanita | Mac 2010

Bermula dari itu lah, Mieya mula mencari supplement yang sesuai dan affordable untuk dibeli. And terjumpa dengan Vitamin C 1000mg Pahang Pharma. Melihat kan banyak testimoni dan komen para pengguna yang positif. 
Mieya pon mula tertarik dan jatuh hati. 

Maka pada 23 Julai 2013 secara rasminya Mieya mula consume Vitamin C 1000mg by Pahang Pharma ni. 
Alhamdulillah. Masuk bulan ini, sudah 4 bulan Mieya & emak tersayang mengamalkan vitamin ni. 
And what's impresse me is banyak masalah yang selama ini Mieya hadapi telah dapat diselesaikan. Antaranya :


  • membantu mengurangkan pening kepala @ migrain
Memang Mieya akui, selama sebulan Mieya mengamalkan Vitamin C nie, Mieya dah kurang rasa pening-pening. Lagi-lagi bila bekerja dengan condition yang berbeza nie.
  • Selera makan semakin okey
Sebelum Mieya mengamalkan Vitamin C nie, korang hulur je lah apa-apa makanan sekalipun dekat Mieya. Mesti akan tinggal baki sisa-sisa makanan yang tak dijamah. Sebabnya, Mieya macam takde selera sangat. Padahal perut masih lagi lapar nak makan lagi, tapi tekak dah tak boleh nak tampung. Kekadang rasa macam mual and nak termuntah pon ada.

  • badan rasa lebih ringan
Kenyataan ini turut diakui sendiri oleh emak Mieya. Hari pertama beliau mengambil vitamin c nie, pada keesokannya emak Mieya beritahu yang badannya bertambah ringan. Buat kerja, bergerak aktif ke sana sini pon takde rasa letih mahupun sengal-sengal badan. Bila badan cergas, nak bekerja pon bertambah semangat!
  • Membantu mengurangkan masalah gigi sensitif
Ya, Mieya merupakan seorang penghidap gigi sensitif sejak zaman bangku sekolah lagi. Minum atau berada dalam cuaca yang sejuk (hujan), gigi mula lah nak meragam je. Tak kira waktu, sama ada siang mahupun sebelum tidur. Begitu juga bila minum atau makan makanan yang panas. But, alhamdulillah. Kini, Mieya dah takde alami masalah gigi sensitif lagi.
  • kulit muka semakin kurang berminyak. Blackhead pon kurang jugak.
Haa... Bab nie yang paling membuatkan Mieya stress sekali, iaitu masalah kulit berminyak. Hal ini sekaligus menjadikan kulit muka Mieya kusam, dan kelihatan lesu, tak bermaya. But now, takde lah nak stress sangat. Sebab kadar minyak di muka sekadar untuk melembapkan kulit sahaja. 


Gambar kiri & kanan atas : di bawah cahaya lampu pendarflour
Gambar kanan bawah : di hadapan cermin (YEAR 2013)
  • Kulit badan bertambah sekata
Setakat ini, Mieya cuma perasan yang kulit badan Mieya sudah semakin sekata. Takde lah nampak ketara sangat belang-belangnya. Cuma part kaki je lah yang masih gelap lagi, berkemungkinan sebab pakai flatshoe tanpa memakai stokin.
  • Merawat jangkitan batuk, selsema serta meningkatkan imuniti
Macam Mieya, setiap pagi selepas bangun dari tidur. Mesti hidung berair macam selsema gitu. Tapi alhamdulillah, sekarang dah tak ada dah. 

Okey. itu sahaja antara kesan pengambilan Vitamin C Pahang Pharma yang Mieya boleh nampak dan rasainya sendiri. Mungkin tak sama kesannya dengan orang lain. Sebab tubuh badan kita semua berbeza, maka kadar penyerapan dan penerimaan dalam tubuh badan masing-masing pon berbeza jugak.

Jika anda sering merasa letih, lesu, penat… tak perlulah nak ambil ubat-ubat lain, cukuplah dengan melengkapkan keperluan tubuh anda dengan vitamin dan mineral yang diperlukannya. Tak perlu ambil ubat-ubatan pon sebenarnya jika korang mengamalkan gaya pemakanan dan hidup yang sihat.


Jadi, bagi sesiapa yang ingin mencuba Vitamin C Pahang Pharma ni, boleh contact Mieya dengan mengklik link di bawah:

Facebook Mieya

Di Facebook nanti kita boleh cakap lebih lanjut. :)

Tips Keringkan / Kecutkan Jerawat

Assalamualaikum wbt :)

Jerawat yang muncul secara tiba-tiba boleh membuatkan kita merasa tertekan. Tambahan pula jika ada acara penting pada keesokan hari yang memerlukan kita berhadapan dengan orang ramai dengan penuh yakin. 
Tapi jangan risau, mari cuba beberapa tips di bawah untuk menghilangkan jerawat dalam masa satu malam!

AIS BATU
Sebelum korang membuat keputusan memicit jerawat, eloklah jika korang mengambil seketul ais dan bungkus dalam kain yang bersih.Tekapkan di kawasan yang ditumbuhi jerawat selama 30 saat sebelum menyapu krim jerawat. Ais batu berfungsi mengecilkan liang roma dan menyerap minyak yang berlebihan.

CAMPURAN KAYU MANIS & MADU 
Antara kaedah lain untuk menghilangkan jerawat ialah mencampurkan serbuk kayu manis dan madu. Gaulkan serbuk yang dicampur tadi sehingga rata dan sapukan di bahagian wajah yang berjerawat. Campuran ini akan membantu mengatasi masalah keradangan dan membuat jerawat menjadi kecut. Biarkan ia semalaman sebelum dibasuh pada keesokan paginya.



PERAHAN LEMON
Sewaktu membersihkan muka, korangboleh membilas muka yang berjerawat dengan perahan air lemon sebelum membilas muka sekali lagi dengan air bersih. Perahan lemon mampu mengurangkan minyak pada kulit wajah hingga menyebabkan wajah bebas jerawat.


UBAT GIGI
Cuci muka dengan air bersih dan biarkan sehingga kering. Selepas itu, letakkan sedikit ubat gigi pada jerawat tersebut. Biarkan ia semalaman sebelum mencuci wajah sehingga bersih. 


PUTIH TELUR
Pecahkan sebiji telur dan asingkan bahagian kuning dan putih telur. Ambil bahagian putih telur dan sapukan pada muka yang berjerawat. Kandungan vitamin yang terdapat dalam telur mampu membantu korang mencegah jerawat. 

Macam Mieya, Mieya senang menggunakan ubat gigi je. Sejuk dan berangin je. mihmih :D

Selamat mencuba dan ucapkan selamat tinggal kepada jerawat !



5 Punca Mata Cepat Letih

Assalamualaikum wbt :)

Ada benda yang nak di kongsi. Mungkin ada setengah dari korang, dah tahu kan. tapi, ini sebagai ingatan dan perkongsian umum buat semua :)

Mungkin sebelum ini ada di kalangan korang sendiri tidak sedar apakah punca-punca yang menyebabkan mata korang cepat berasa letih dan penat.

Antaranya ialah:-

1. Terlalu fokus
Apabila korang melakukan sesuatu perkara yang terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata korang sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata korang akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata sebentar dengan melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.

2. Masalah mata
Mata korang cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Korang dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.

3. Sistem pencahayaan yang tidak baik
Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot 'sphincter' dan 'dilatory' untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata korang akan berasa cepat letih.

4. Bekerja lebih masa
Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka laman-laman sosial, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata korang letih kerana bekerja lebih masa.

5. Jarang berkelip
Tahukah korang bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini korang dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata sebentar pada setiap jam ketika korang sedang melakukan tugas.

Hmmm. Patut lah, kadang-kadang mata nie cepat mengantuk je, rupanya terlalu banyak aktiviti yang telah memaksa mata bekerja lebih masa. Okey, dah tahu apa yang menyebabkan mata cepat letih.


So, lepas nie boleh lah rehat-rehatkan mata sebentar.


Tumit Kaki Pecah dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum wbt :)

Tumit kaki pecah/merekah. Entah.. Mieya sendiri pon tak pasti sejak bila Mieya mengalami masalah ini. Tapi yang pastinya.. masalah ini bermula pada bulan September tahun lalu. But now.. alhamdulillah, dah semakin pulih.

Bila kaki merekah.. its like living in a room with dinding yang dah retak, tak cantik and even rasa tak selamat. Sometimes terasa macam kurang berkeyakinan untuk memakai kasut yang tidak bertutup.


Antara penyebab tumit kaki merekah ialah :


a)   Kulit kaki yang kering

b)   Berdiri terlalu lama
c)   Kasut yang tidak sesuai (Yang terbuka di belakang)
d)   Memakai sandal
e)   Menghidapi Penyakit Kulit



Maka.. Mieya berusaha mencari jalan penyelesaiannya. And google sebagai wadah untuk mencai maklumat. Terdapat pelbagai petua yang boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya :

1. Khaskan sepasang sandal untuk dipakai di dalam rumah.

2. Ambil beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yang berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

3. Gosokkan tumit kaki yang merekah pada permukaan simen yang kasar. Lakukan beberapa kali dalam seminggu. Gosok secara lembut.


4. Jalan atas rumput di awal pagi tanpa memakai kasut atau selipar. 

5. Sapu krim atau losyen sama ada sebelum tidur atau berada dalam air conditioner.

Baik lelaki mahupun wanita, walaupun tumit kaki ini amat jarang dilihat oleh orang lain, namun sekurang-kurangnya kita perlu menjaga kebersihan dan kecantikan kaki kita. Sekurang-kurangnya kita akan dilihat sebagai seorang yang menjaga tentang etika kebersihan kecantikan diri.


Tidurlah Awal

Assalamualaikum wbt :)

Ramai di kalangan kita yang gemar tidur lewat. Ada yang kadangkala tidak tidur langsung seharian. Bukan itu sahaja, malah ada juga yang hidup seperti kelawar atau burung hantu. Contohnya :


Paginya tidur, bangun pukul 1 petang, dan berjaga terus hingga pukul 6 pagi. Pukul 6 pagi, sambung tidur balik.

Gejala tidur lewat ini sering berlaku pada golongan mahasiswa, mahasiswi, dan pelajar-pelajar. Ramai yang tidur lewat kerana tugasan yang dijalankan pada saat-saat akhir. Nak tak nak, kena lah tidur lewat. Ada juga yang sibuk melayan game sampai  tak mengira waktu.

Sebenarnya, kita harus ingat, yang diri kita ini bukannya robot. Tub badan kita memerlukan rehat yang secukupnya. Tidur yang cukup boleh memberikan tenaga yang mencukupi kepada badan kita. Malah tidur yang cukup boleh menyegarkan badan dan otak. Jika tidur tak cukup, otak boleh jadi "burn-out" dan lama kelamaan boleh berhalusinasi sendiri[jadi gila jawabnya]




Sebab itu, kalau boleh tidurlah minimum 6 jam dan maksimum 8 jam. Janganlah lebih dan jangan pula kurang. Sebab badan kita perlukan rehat yang cukup. Info selanjutnya, klik sini :)

Dan semolek-moleknya ikutlah nasihat daripada Imam Al-Ghazali. 

Imam Al-Ghazali mengatakan kita perlu tidur malam selepas Isyak kecuali 6 orang iaitu:

  1. Orang yang bermuzakarah Ilmu
  2. Orang yang ziarah orang sakit
  3. Orang yang melayani tetamu di rumahnya
  4. Orang yang ada perbincangan dengan kerjayanya
  5. Orang yang menghafaz dan membaca Al-Quran
  6. Orang yang menjaga mashalah orang kampungnya

Kalau tak tergolong dalam 6 orang di atas, jangan gatal-gatal tidur lewat ye. Dan, jangan lupa baca doa sebelum tidur :)






Jangan selalu tidur terlalu lewat dan bangun lambat. KENAPA?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Wah, tajuk entri kali nie. Tak boleh bagi lagi lagi lagi panjang ke Cik Mieya oii?!! hehe, sorry !

Artikel ini adalah ehsan daripada google yang bertajuk "DON'T ALWAYS SLEEP LATE !". Dah tajuk pon bahasa inggeris, sudah semestinya artikel ini sepenuhnya ditulis dalam bahasa inggeris. 

Jadi Mieya telah mengambil sedikit masa untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu supaya kita lebih senang faham. Memandangkan google translator tak banyak membantu, maka Mieya terangkan mengikut kefaham Mieya je lah ye :)

Ingat lagi tak, dulu waktu kita semua kecik-kecik, emak dan abah selalu marah-marah kita. eheh, sebenarnya bukannya marah pon, boleh dianggap sebagai satu teguran dan nasihat.

 "JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!"

Cuba ingat balik, cuba ingat balik. Mesti ada kan? Kalau tak pun, cikgu-cikgu kat sekolah pun ada juga cakap macam tu. Haa.. Nak tahu KENAPA?

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah:
  1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.

Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastikan tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm - 11pm) : adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de-toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan berada dalam suasana yang relaks seperti mendengar muzik

Jika seorang suri rumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam (11pm - 1am) : Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am) : Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am) : Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalami batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan menganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am) : Proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am) : Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang sakit, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. 

Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai ke jam 4 pagi juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh  itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan”


Bahaya Contact Lens Murah !

Assalamualaikum wbt dan salam pagi buta :)

Ada sesiapa yang menonton Buletin Utama edisi hari Sabtu, 22 September 2012 pada jam 8.00 malam tadi tak? Di mana isu mengenai Bahaya Penggunaan Contact Lens/Kanta Sesentuh murah telah diutarakan.

Pemakaian contact lens ini bukanlah satu isu yang baru kerana trend ini sudah lama diguna pakai oleh sesetengah golongan dari luar negara sana. Dan antara yang paling cepat menular ialah di negara Korea dan Jepun. Di mana, kebanyakan daripada artisnya gemar berekspresi dengan warna mata yang berbeza-beza.


Oleh sebab, wabak demam k-pop dah lama menular di negara kita dengan kumpulan muzik yang pelbagai genre muzik, drama cinta bersiri yang romantik, mahupun style yang bermacam-macam. 

Sehingga membuatkan anak-anak muda sekarang nie dah ramai yang angau atau dalam erti kata ingin kelihatan seperti artis-artis k-pop pujaan mereka. Jadi, tidak mustahil jika mereka sanggup berhabisan wang untuk kelihatan lebih stylo, up-to-date.

Dan salah satu daripada list barangan wajib beli ialah contact lens. Mungkin sebab tertarik dengan warna dan coraknya yang cantik-cantik disamping ada yang dijual dengan harga yang murah.

Tapi tahukah kalian, bukan semua contact lens adalah baik untuk mata? Terdapat sesetengah daripadanya yang mendatangkan kesan mudarat kepada si pemakai seperti mata membengkak, penglihatan bertambah kabur (rabun) dan yang paling parah, boleh menyebabkan buta.

Okey, rasanya... Sebelum nie pon dah ada akhbar-akhbar yang menyiarkan berita mengenai implikasi negatif yang terdapat pada contact lens murah disamping boleh mendatangkan kesan tidak elok pada si pemakainya nie.

Lagipun, di dalam agama Islam juga ada menerangkan mengenai Hukum Memakai Kanta Lekap/Contact Lens. Di mana hukumnya adalah HARUS asalkan tidak mendatangkan mudarat.

P/s : Memakai kanta lekap ini memerlukan penjagaan dan kebersihan yang elok jika tidak dijaga mungkin memang banyak implikasi yang akan kita hadapi. Kebersihan itu yang utamanya dan jika memakai kanta lekap ini pastikan tidak melebihi 8 jam. Sediakanlah spray untuk kanta lekap jika melebihi 8 jam agar mata kita sentiasa segar dan tidak keletihan.


Khasiat buah tembikai

Assalamualaikum wbt semua :)

Ehem-ehem, abaikan sahaja tarikh dan masa blog nie dihupdate. Rasanya, kali nie pecah rekod Mieya menghupdate blog di malam buta macam nie. Selalunya di waktu pagi dan juga petang.

Takpe. takpe. Lagipun, entri kali nie ringkas sahaja dan dijamin antara entri terpendek yang Mieya pernah publish selain entri wordless tu. hekhek


Sedikit info tentang khasiat buah tembikai :

Potassium - Membantu dalam pengawalan tekanan darah tinggi, mengawal denyutan jantung, dan juga dapat membantu kamu mengelakkan penyakit strok.

Vitamin A – baik untuk kesihatan mata, mencegah rabun malam.

Vitamin C – anti oksida yang dapat membantu dalam mengelakkan kerosakan sel, dan meningkatkan imunisasi tubuh

Lycopene – Membantu dalam pencegahan penyakit barah.
Terima kasih sudi baca entri Mieya :)



Menu Diet Sihat Sepanjang 7 Hari

Assalamualaikum wbt dan selamat petang semua :)


Sudah menjadi kebiasaan ketika berada dalam keadaan tertekan, nafsu makan semakin menjadi-jadi sehinggakan ada yang tidak boleh mengawal. Semakin anda stress, semakin bertambahlah keinginan anda untuk mengunyah.



Oleh itu, hari ini Mieya akan kongsikan tips diet tujuh hari yang boleh anda lakukan sepanjang minggu secara berterusan untuk mendapatkan berat badan yang diingini.

Hari Pertama
Makan semua jenis buah kecuali pisang. Untuk minuman pula, minumlah minuman yang sihat dan semulajadi. Elakkan dari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan anda kerap mengambilnya. Selain itu, anda disarankan untuk mengambil sup dalam pemakanan anda.

Hari Kedua
Makan semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung. Anda tidak dibenarkan memakan kacang panggang dan yang seumpama dengannya. Makan sehingga anda sendiri puas dengan rasa sayur itu dan makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu. Pada sebelah malam pula, makan kentang putar dalam hidangan besar. Gantikan mentega dan mayones dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.

Hari Ketiga
Gabungkan menu hari pertama dan kedua. Tetapi anda tidak perlu memakan kentang putar untuk hari ketiga ini. Jika anda betul-betul mengamalkan diet ini, anda sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua hingga tiga kilogram.

Hari Keempat
Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak. Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang anda mampu. Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi anda harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram. Anda juga tidak boleh lupa mengambil sup dalam hidangan.

Hari Kelima
Anda dibenarkan untuk memakan daging putih (ikan atau ayam) yang berjumlah antara 300 hingga 600 gram, selain memakan 6 biji tomato segar. Tomato sebenarnya membantu mencernakan protein dari mencuci pembinaan asid urik. Pengambilan sup sudah memadai jika diambil sekali sahaja.

Hari Keenam
Anda dibenarkan memakan daging bersama sayur. Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung. Tetapi, jangan makan kentang putar. Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun. Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu anda.

Hari Ketujuh
Makanlah nasi menggunakan beras perang. Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran. Anda masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.


Cara mengatasi masalah mulut berbau

Assalamualaikum wbt :)

Selamat petang semua..


Disebabkan mood Mieya pada hari ini tersangatlah baik.. ececehhh,, macam baik lah sangat kan? Okay, kali nie Mieya nak meneruskan entry sambungan untuk entry sebelum nie yang agak tidak lengkap.. Bagi yang belum membaca entry Mieya yang lepas, sila-sila lah ringankan jari-jemari anda untuk ke sini ye :) Terima kasih.. 

Bagaimana nak tahu yang anda mempunyai masalah mulut berbau?

Agak susah untuk diri sendiri mengetahui yang dirinya mempunyai masalah mulut berbau kerana diri sendiri telah terbiasa dengan bau mulut.. Cara yang paling berkesan ialah dengan bertanya kepada mereka yang rapat dengan diri korang seperti suami, isteri, kawan rapat, ibu bapa atau anak-anak.. 

Janganlah merasa kecil hati apabila di tegur oleh orang yang rapat dengan korang sebaliknya korang perlu berterima kasih kepada mereka kerana korang boleh mengambil langkah seterusnya untuk mengatasi masalah ini..

Apa patut anda lakukan sekiranya mempunyai masalah ini?


1. Membersihkan gigi setiap hari
yesss, yang nie memang WAJIB korang buat setiap hari !  Pastikan korang memberus serta menggunakan benang flos dengan betul setiap hari kerana ini akan membantu dalam membuang bakteria dan lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup.. Dengan ini, bakteria tidak dapat menghasilkan sulfur yang boleh menyebabkan mulut korang berbau.. 

Pastikan juga korang tidak terlalu tergesa-gesa semasa memberus dan flos gigi korang kerana ia tidak akan menghilangkan semua bakteria tersebut..  Ambillah masa paling kurang 2 atau 3 minit untuk memberus gigi..


2. Membersihkan lidah setiap hari
Ramai di antara kita yang kadangkala terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi.. Ingatlah bahawa kebanyakan bakteria tersembunyi di rekahan pada lidah dan juga di bahagian belakang lidah.. Korang boleh membersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah (tongue cleaner).. 

Ada juga berus gigi jenis mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi.. Selain itu, korang juga boleh menggunakan berus gigi yang lembut untuk memberus lidah secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih..


3. Minumlah air
Korang memang disarankan untuk meminum air paling kurang pon 2 liter sehari.. Adalah lebih baik jika korang mengisi air ke dalam botol dan sentiasa meneguk air dengan kerap sepanjang hari.. Dengan ini mulut korang akan sentiasa dibasahi air sepanjang hari.. 

Untuk mereka yang mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau mereka yang selalu bercakap, cara ini paling bagus untuk memastikan mulut korang sentiasa berair.. Meminum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi, dan juga melembabkan mulut yang membuatkan ia kurang sesuai untuk di diami oleh bakteria anaerobik..



4. Elakkan guna pencuci mulut yang mempunyai alkohol
Ramai yang menyangka bahawa dengan menggunakan pencuci mulut, bau nafas akan menjadi segar dan tidak berbau tetapi mereka tidak merawat punca sebenar mulut mereka berbau.. Dan jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan bau mulut.. Jika korang hendak menggunakan ubat kumur, pastikan ia tidak mengandungi alkohol..


5. Mengunyah gula getah tanpa gula
Jika korang tidak dapat memberus gigi selepas makan ( terutamanya makan tengah hari ataupun snek), korang boleh mengunyah gula getah tanpa gula.. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan di rangsang..


6. Periksa gigi jika terdapat tanda-tanda penyakit gusi dan tulang ( gingivitis, periodontal problem)
Penyakit gusi (periodontal problem) adalah disebabkan jangkitan kuman pada gusi dan juga pada ligamen yang memegang gigi.. Ini menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ.. Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi korang dari plak dan karang gigi dan ini seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut korang..



7. Berjumpalah dengan doktor gigi untuk pemeriksaan paling kurang setahun sekali
Selalunya kita tidak menyedari yang diri kita mempunyai masalah gigi dan gusi sekiranya tidak berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan.. Jika korang telah berasa sakit gigi, maka selalunya tahap kerosakan atau penyakit gusi telah serius.. Doktor gigi boleh mengesan dengan awal sekiranya korang mempunyai masalah dan segera mengatasinya sebelum ia menjadi teruk..



Sebenarnya, Mieya tiada apa-apa motif pon dalam membuat entry ini.. Saje je nak berkongsi sedikit ilmu dengan korang-korang semua.. ye la, siapa yang mahu bila kawan-kawan semakin menjauh daripada diri  kita kan? Apa-apa pon yang kita nak atau harapkan, semuanya bermula dengan diri sendiri.. Mulakan dengan diri sendiri dulu, then barulah fikirkan pasal orang lain pulak.. kan kan kan? Seriously, korang kena anggukkan kepala tanda setuju dengan pendapat Mieya :)


p/s : Selamat mencuba ye kawan-kawan !