Showing posts with label ulam-ulaman. Show all posts
Showing posts with label ulam-ulaman. Show all posts

Khasiat Bunga Kantan

Assalamualaikum wbt :)



Bunga kantan atau nama saintifiknya etlingera elatior sangat terkenal dalam masakan. Bunga kantan yang masih belum kembang banyak digunakan dalam masakan tempatan seperti dijadikan perencah untuk membuat kuah laksa dan juga digunakan dalam masakan asam pedas sebagai pembangkit aroma.

Ia juga sesuai dicampurkan dalam makanan kering seperti kerabu yang dapat memberi rasa yang enak. Selain sebagai penambah bau dan rasa dalam makanan, bunga kantan juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Warnanya yang merah muda mengandungi bahan antioksida iaitu karotinoid yang baik untuk kesihatan. Antioksida yang terkandung dapat mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit barah selain dapat mengekalkan awet muda

Bunga kantan juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan seperti mengubati luka. Air rebusan bunga kantan yang masih suam boleh digunakan untuk membasuh luka.

Manakala bagi mereka yang berpenyakit gout, kalian boleh lah mencuba petua tradisional ini untuk merawatnya. Caranya mudah sahaja.

  1. Ambil 3 batang bunga kantan.
  2. Rebus bersama 4.5L air sehingga akhirnya menjadi 3L.
  3. Minum secara konsisten selama tig hari berturut-turut



Khasiat Daun Tenggek Burung

Assalamualaikum wbt :)

Pokok Tenggek Burung seperti satu nama pokok yang asing bagi segelintir daripada kita. Sudah semestinya rata-rata di antara kita akan ada yang tertanya-tanya mengenai apa itu daun tenggek burung ini. Namun siapa sangka, rupa-rupanya pucuk tenggek burung ini  mempunyai khasiatnya yang tersendiri selain ia mudah didapati di kawasan belukar.

Sebenarnya pokok Tenggek Burung hidup meliar di kawasan terbuka, belukar, dan kawasan tanah gambut serta tanah yang tinggi kandungan sulfat. Pokok ini membiak dengan cara biji benihnya yang disebarkan oleh burung yang gemar memakan buahnya. Bunga Tenggek burung kecil berwarna hijau kelabu ini adalah amat berkhasiat.



Antara khasiat Daun Tenggek Burung ini ialah :


1. Pucuk Tenggek Burung berkhasiat tinggi dan amat sedap dijadikan ulam. Baunya yang harum dan berlemak boleh membuka selera makan.
2. Pokok ini mampu membantu wanita terutamanya wanita yang baru lepas bersalin terutama mengecutkan rahim.
3. Ia dapat menurunkan tekanan darah tinggi, menghilangkan lenguh-lenguh di badan dan melancarkan pengaliran darah.
4. Ia juga menyegarkan badan. Di mana membuatkan badan rasa ringan sedikit.
Sumber info : Melayukini.net
P/S : Baru tahu yang pokok tenggek burung turut dikenali sebagai Tapak itik, cabang tiga