Khasiat Bunga Kantan

Assalamualaikum wbt :)



Bunga kantan atau nama saintifiknya etlingera elatior sangat terkenal dalam masakan. Bunga kantan yang masih belum kembang banyak digunakan dalam masakan tempatan seperti dijadikan perencah untuk membuat kuah laksa dan juga digunakan dalam masakan asam pedas sebagai pembangkit aroma.

Ia juga sesuai dicampurkan dalam makanan kering seperti kerabu yang dapat memberi rasa yang enak. Selain sebagai penambah bau dan rasa dalam makanan, bunga kantan juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Warnanya yang merah muda mengandungi bahan antioksida iaitu karotinoid yang baik untuk kesihatan. Antioksida yang terkandung dapat mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit barah selain dapat mengekalkan awet muda

Bunga kantan juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan seperti mengubati luka. Air rebusan bunga kantan yang masih suam boleh digunakan untuk membasuh luka.

Manakala bagi mereka yang berpenyakit gout, kalian boleh lah mencuba petua tradisional ini untuk merawatnya. Caranya mudah sahaja.

  1. Ambil 3 batang bunga kantan.
  2. Rebus bersama 4.5L air sehingga akhirnya menjadi 3L.
  3. Minum secara konsisten selama tig hari berturut-turut



9 comments:

Farah Waheda Wahid said...

dulu kalau ada dalam laksa akak buang jer tepi, tapi sekarang dah mula suka makan...he he he...

Sue Bee said...

elok untuk gout rupanya..thanks for sharing :)

Chaca Monsterr said...

mak selalu bubuh dalam masakan. Sy tak suka sangat bau dia. menyengat. hehehe tapi banyak jugak kebaikan nya ye

Chaca Monsterr

nora razalli said...

sush jgk nk dpt bunga kantan ni
ad kt market pon kdg2 dh xfresh
kalau kt kg sng la :)
buat awet muda ^___^
thanks sharing info :)

Cik Itah said...

salam. ooo ada khasiat jugak rupanya..hehe baru tahu :)

Azhafizah MN said...

alahai..tak suka pulak dengan bunga kantan ni..bau dia kuat.huhu

Miss N™ said...

bunga kantan suka mkn..tpi tak pernah pula minum airnya....

nanti boleh cuba..sbb tok2 sedara ade yg sakit gaut....

thanks mieya.. :)

roq said...

nampak bunge ni terus teringat kerabu mangga. owh... nikmat~

Singgah2 la sini :)

Alia Laila said...

Assalamualaikum Mieya

Dah 21 tahun hidup baru harini akak tau pasal khasiat bunga kantan T_T

Thanks to you sebab share pasal ni ;)