Selamat petang semua..
Disebabkan mood Mieya pada hari ini tersangatlah baik.. ececehhh,, macam baik lah sangat kan? Okay, kali nie Mieya nak meneruskan entry sambungan untuk entry sebelum nie yang agak tidak lengkap.. Bagi yang belum membaca entry Mieya yang lepas, sila-sila lah ringankan jari-jemari anda untuk ke sini ye :) Terima kasih..
Bagaimana nak tahu yang anda mempunyai masalah mulut berbau?
Agak susah untuk diri sendiri mengetahui yang dirinya mempunyai masalah mulut berbau kerana diri sendiri telah terbiasa dengan bau mulut.. Cara yang paling berkesan ialah dengan bertanya kepada mereka yang rapat dengan diri korang seperti suami, isteri, kawan rapat, ibu bapa atau anak-anak..
Janganlah merasa kecil hati apabila di tegur oleh orang yang rapat dengan korang sebaliknya korang perlu berterima kasih kepada mereka kerana korang boleh mengambil langkah seterusnya untuk mengatasi masalah ini..
Apa patut anda lakukan sekiranya mempunyai masalah ini?
1. Membersihkan gigi setiap hari
yesss, yang nie memang WAJIB korang buat setiap hari ! Pastikan korang memberus serta menggunakan benang flos dengan betul setiap hari kerana ini akan membantu dalam membuang bakteria dan lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup.. Dengan ini, bakteria tidak dapat menghasilkan sulfur yang boleh menyebabkan mulut korang berbau..
Pastikan juga korang tidak terlalu tergesa-gesa semasa memberus dan flos gigi korang kerana ia tidak akan menghilangkan semua bakteria tersebut.. Ambillah masa paling kurang 2 atau 3 minit untuk memberus gigi..

2. Membersihkan lidah setiap hari
Ramai di antara kita yang kadangkala terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi.. Ingatlah bahawa kebanyakan bakteria tersembunyi di rekahan pada lidah dan juga di bahagian belakang lidah.. Korang boleh membersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah (tongue cleaner)..
Ada juga berus gigi jenis mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi.. Selain itu, korang juga boleh menggunakan berus gigi yang lembut untuk memberus lidah secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih..

Korang memang disarankan untuk meminum air paling kurang pon 2 liter sehari.. Adalah lebih baik jika korang mengisi air ke dalam botol dan sentiasa meneguk air dengan kerap sepanjang hari.. Dengan ini mulut korang akan sentiasa dibasahi air sepanjang hari..
Untuk mereka yang mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau mereka yang selalu bercakap, cara ini paling bagus untuk memastikan mulut korang sentiasa berair.. Meminum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi, dan juga melembabkan mulut yang membuatkan ia kurang sesuai untuk di diami oleh bakteria anaerobik..

Ramai yang menyangka bahawa dengan menggunakan pencuci mulut, bau nafas akan menjadi segar dan tidak berbau tetapi mereka tidak merawat punca sebenar mulut mereka berbau.. Dan jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan bau mulut.. Jika korang hendak menggunakan ubat kumur, pastikan ia tidak mengandungi alkohol..
Jika korang tidak dapat memberus gigi selepas makan ( terutamanya makan tengah hari ataupun snek), korang boleh mengunyah gula getah tanpa gula.. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan di rangsang..
Penyakit gusi (periodontal problem) adalah disebabkan jangkitan kuman pada gusi dan juga pada ligamen yang memegang gigi.. Ini menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ.. Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi korang dari plak dan karang gigi dan ini seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut korang..
Selalunya kita tidak menyedari yang diri kita mempunyai masalah gigi dan gusi sekiranya tidak berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan.. Jika korang telah berasa sakit gigi, maka selalunya tahap kerosakan atau penyakit gusi telah serius.. Doktor gigi boleh mengesan dengan awal sekiranya korang mempunyai masalah dan segera mengatasinya sebelum ia menjadi teruk..
Sebenarnya, Mieya tiada apa-apa motif pon dalam membuat entry ini.. Saje je nak berkongsi sedikit ilmu dengan korang-korang semua.. ye la, siapa yang mahu bila kawan-kawan semakin menjauh daripada diri kita kan? Apa-apa pon yang kita nak atau harapkan, semuanya bermula dengan diri sendiri.. Mulakan dengan diri sendiri dulu, then barulah fikirkan pasal orang lain pulak.. kan kan kan? Seriously, korang kena anggukkan kepala tanda setuju dengan pendapat Mieya :)
p/s : Selamat mencuba ye kawan-kawan !
0 comments:
Post a Comment