Perasaan dalam diri Manusia

Assaamualaikum dan selamat petang semua :)
p/s : orang nak bagi ceramah kenalah sopan sikit, kan? HEE~


Kali nie, Mieya nak bagi ceramah ringkas tentang perasaan.. Jadi, disini Mieya nak ajak korang selami serba sedikit tentang perasaan manusia.. Boleh kan? Terdapat bermacam-macam perasaan yang ada dalam diri manusia nie.. Kadang kala suka, kadang kala sedih.. Kadang kala benci, kadang kala rindu.. Kadang-kadang, kita sendiri pon tak tau macam mana nak tafsirkan apa sebenarnya perasaan yang sedang ada dalam diri kita sekarang nie.. Susahnya bukan? memang tak ada apa pon perkara dalam dunia nie yang senang-senang..

Sepatutnya kita sebagai manusia, perlu sentiasa bersyukur kerana kita dilahirkan sebagai seorang manusia.. Yang punya akal fikiran, hati dan perasaan.. Hanya manusia sahaja yang dikurniakan perasaan dalam hati mereka seperti perasaan sedih, benci, marah, suka, cinta, rindu dan sebagainya.. Jadi, jangan mengeluh sekiranya diri kita merasai kesusahan, ataupun dirundung kesedihan kerana itu adalah lumrah bagi setiap manusia.. Kita tak dapat nak elakkan diri daripada merasai perasaan sebegitu..


Dan, dalam kepelbagaian perasaan itu, ada beberapa jenis perasaan yang sering manusia heboh memperkatakannya.. Apakah perasaan tersebut? Jom kita terokai bersama-sama !


* Sedih.
Semua manusia pernah berasa sedih.. Apa yang menyebabkan manusia bersedih? Sebenarnya banyak sebab yang dapat kita kaitkan dengan perasaan ini sehingga tak termampu pulak Mieya nak dihuraikan satu persatu.. yela kan, lain manusia, lain lah sebabnya.. Sama ada sesuatu perkara itu besar atau kecil yang boleh menyebabkan seseorang manusia itu berasa sedih, hakikatnya, perasaan sedih itu tidak dapat lari daripada diri manusia..

Sebagai contoh, kita akan sedih bila kehilangan seseorang yang kita sayangi dan kasihi.. Sedih bila ibu atau bapa kita pergi mengadap ilahi.. ataupon sedih bila kita tak cemerlang dalam peperiksaan.. ataupon sedih bila barang kesayangan hilang.. Eh, pernyataan yang terakhir nie macam nak memperli Mieya yang kehilangan enset tersayang je? HAHA, pedulikan itu semua !  dan macam macam lagi sebab yang boleh menjadikan seseorang manusia itu berasa sedih..


Setiap manusia mempunyai kehidupan yang tersendiri, kisah atau jalan cerita yang kadang-kadang amat payah untuk dibicarakan kepada umum.. yelaaa, manusia sentiasa berbeza antara satu sama lain, jadi memang tak hairanlah kalau sebab untuk mereka bersedih mungkin berbeza..

Tapi pada hakikatnya, semua manusia ada perasaan sedih itu.. Cuma bila dan di mana perasaan itu timbul je yang kita sendiri pon tak tahu.. Yang penting, jangan sesekali mengeluh dan menyalahi takdir andai kata kalau kita berasa sedih.. Cuba dekatkan diri dengan NYA, dan berserah segalanya kepada NYA, panjatkan doa dengan sepenuh hati.. InsyaAllah, Allah sentiasa ada bersama kita.. Dan secara tidak langsung akan hilang kesedihan itu suatu hari nanti sedikit demi sedikit..


* Gembira.
Bila ada perasaan sedih, sudah tentulah ada juga perasaan gembira.. yelaa,, kata antonim yang sudah sebati dengan kehidupan seharian kita.. Setiap kesedihan itu akan dihadiahkan dengan kegembiraan manakala setiap kegembiraan itu akan menyusul dengan kesedihan.. Begitulah sebaliknya..

Perasaan sedih dan gembira sering bertukar ganti dan hadir dalam hidup setiap manusia.. Sama seperti perasaan sedih.. Ada pelbagai sebab yang boleh menggembirakan hati manusia.. Macam-macam perkara yang boleh membawa kepada kegembiraan.. Perasaan ini sangat pelbagai dan subjektif kerana lain orang lain hatinya sekaligus membuatkan sesuatu sebab kegembiraan itu berainan antara satu sama lain.. bukankah begitu?


Okay, sudalah sampai disini.. Tak perlu lah Mieya nak bercerita panjang berkenaan perasaan gembira.. Sebabnya, semua orang pon dah tahu..  Walaupun kita diberi hadiah sebiji gula-gula oleh seseorang, tetapi sebagai seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan.. Perasaan gembira itu tetap akan hadir bukan?

Tapi, apabila hidup kita di datangi dan dipenuhi dengan cahaya kegembiraan, jangan pula kita terlalu asyik dan leka sehingga kita boleh lupa dari mana datangnya kegembiraan itu.. INGAT, segala apa perasaan yang hadir dalam diri kita, semuanya datang dari ALLAH.. begitu juga dengan perasaan gembira.. DIA lah yang memberikan kita kegembiraan itu.. Sebagai hambaNYA, ucapkanlah dan amalkanlah kata syukur,  "Alhamdulillah"  andai kita berasa gembira dan bahagia dengan sesuatu..


* Benci.
Benci merupakan suatu penyakit yang boeh mengganggu ketenteraman hidup manusia.. Sesungguhnya, perasaan benci itu hadir apabila timbulnya perasaan ketidakpuasan hati antara satu individu dengan individu yang lain sehingga membawa kepada perbalahan.. Perasaan marah dan benci memang takkan dapat lari daripada diri manusia..

Cuba tanya kat sesiapa sahajalah, siapa yang tak pernah marah-marah orang? Tipulah kalau korang jawab tak pernah.. Semua manusia pernah marah dan pernah benci akan sesuatu.. Tapi, jangan biarkan perasaan benci itu mengaburi mata anda dan mengatasi segala-segalanya.. Kelak diri dan jiwa kita yang bakal terseksa..


Andai kata, sekiranya ada insan yang pernah membuatkan kita merasa marah dan benci padanya, cubalah belajar untuk memaafkannya.. Memang di akui, amat sukar untuk memaafkan diri seseorang yang pernah melukai hati kita.. Tapi, sampai bila? Sampai bila kita mahu hidup dalam kebencian? Bukan sahaja menyebabkan hati kita menjadi semakin tak tenang, tetapi jiwa kita semakin sakit..

 INGAT, Siapalah kita untuk menghukum dan membenci manusia dengan sepenuh hati.. Allah itu lebih berkuasa.. Sama-sama lah kita memuhasabah diri sendiri untuk membersihkan hati dari perasaan benci.. Sekiranya perasaan itu dibiarkan dan bila perasaan benci itu semakin meninggi, kita akan cenderung ke arah dendam.. Entah apa yang kita akan lakukan bila dendam mengusai diri kerana Syaitan sentiasa mahu mengapi-apikan manusia serta mahu kita saling berdendam dan membenci.. Mahukah kita hidup dalam keadaan begitu? Nauzubillahminzalik~ Jauhkanlah dari keadaan sedemikian, Ya Allah..


* Iri hati.
Manusia juga tidak boleh lari dari perasaan iri hati, atau bahasa yang sama erti dengannya ialah cemburu.. Cemburu disini bukanlah sekadar cemburu dalam percintaan dan perhubungan tetapi  apabila dikupaskan dengan lebih dalam, perkataan iri hati ini membawa maksud yang amat luas..

Perasaan cemburu itu terbahagi kepada dua jenis, ada yang baik dan ada jugak yang buruk.. Tak salah kalau kita menjadi pelajar yang cemburu akan kejayaan teman-teman yang sedang berjaya, malah kita boleh menjadikan perasaan cemburu itu sebagai pemangkin semangat untuk berjaya.. Tapi, jangan sampai, kita cemburukan kejayaan seseorang itu, dan kita bertindak untuk menjatuhkannya.. yaaa, memang senang untuk kita bercakap jangan.. "Jangan Cemburu" !  Tapi realitinya? Kita sendiri pon tak tahu.. Bagaimana dunia? macam-macam perkara boleh berlaku bila perasaan iri hati dan cemburu menguasai diri bukan? Jadi, sama-sama kita renung-renungkan dan berfikir sejenak..


Baiklah, rasanya buat masa ini, setakat ini sahajalah yang ingin dikongsikan bersama.. EMPAT perasaan itu memang tak dapat lari dari diri seorang manusia.. Jadi, sama-sama lah kita beringat, jangan biarkan diri kita leka dengan sesuatu.. Takut suatu hari nanti, kita sendiri akan termakan dengan kelekaan itu.. baik sedih mahupun gembira, benci dan iri hati, jangan biarkan perasaan itu bermaharajalela dalam diri kita.. ingatlah bahawa Allah maha mengetahui dan mahukan yang terbaik untuk kita..  Kita semua sama dan dalam erti kata lain, kita semua manusia.. Mieya juga sama seperti kalian.. Sama-sama lah kita renung-renungkan.

3 comments:

fyna ahmad said...

nice entry dear...



jom singgah n follow belog fyna.
http://inibelogfyna.blogspot.com/

Unknown said...

oke :)

PelikBinAjaib.com said...

Sungguh..perasaan manusia amat sukar untuk dimengertikan..terutamanya diri sendiri.