aku tak suka manusia jenis nie

Assalamualaikum wbt semua :)

Hello my dearest readers and my super sweet and super handsome followers. How are you today? Ada baik,  ada sihat? Mieya harap korang semua baik-baik je lah ye.

Actually, Mieya betul-betul tak faham. Bukannya sebab Mieya tak faham akan formula add math ataupun peta dunia, tapi Mieya tak faham dengan perangai manusia nie. errr, enough for the intro yang panjang berjela-jela nie !

The truth is, Mieya PALING PALING PALING tak suka dengan sesetengah jenis orang nie. Haisy, tak pasal-pasal korang dah termasuk dalam senarai yang Mieya tak suka. Nak tahu siapakah mereka? okay, meh sini tengok :


* Manusia yang mudah berubah
errr, maksud Mieya di sini bukannya berubah menjadi ultraman, superman mahupun spiderman tu, tapi berubah sikap. Contohnya macam nie, hari nie budak tu baik sangat-sangat dengan korang,  nak sembang-sembang, gelak-gelak semuanya dengan korang. Then, esok pulak budak tu marah-marah korang lepas tu mula lah tak nak layan korang.

Hari lepas tu pulak, budak tu datang balik kat korang, siap nak bermanja-manja pulak dengan korang lagi. What the hell lahhh. macam apa-apa je entah. heh actually, korang faham ke apa yang Mieya cakap nie? Ayat hiperbola habis. Kalau cikgu BM Mieya nampak nie, confirm dia takkan bagi lagi markah tinggi-tinggi untuk karangan.


Jadi di sini, Mieya ingin memberi nasihat sikit. dengar baik-baik ye :)  Even kalau waktu tu korang baru lepas kena marah ke, sakit hati atau senang cerita, walau sesibuk mana sekalipon korang pada waktu tu. please lah, jangan nak layan kawan-kawan korang macam melepaskan batu di tangga, buat endah tak endah je.

Cuba fikir sikit yang dorang tu bukannya anak patung yang kaku, tak bergerak dan hanya tahu berdiam diri je. Dorang pon ada hati dan perasaan jugak tau ! Jangan hanya nak memikirkan kepentingan diri sendiri je, fikirkan jugak orang disekeliling kita. Tanpa dorang, korang takkan ke mana-mana lah. Serius Mieya cakap !


* Manusia yang bajet bagos .
Fuhhh~  Mieya rasa macam nak tembak lepas tu nak cincang-cincang je orang yang macam nie. Dalam fikiran dorang, "apa yang dorang buat semuanya betul, tapi kalau orang lain yang buat semuanya serba tak kena"  See. Macam mana lah kadang-kadang Mieya tak bengang kan?

Well, di sini Mieya nak beritahu sikit, kalau korang ditugaskan untuk membuat kerja secara berkumpulan. Please lah jangan nak berlagak pandai sangat. Korang tak payah nak tunjuk betul sangat. In any condition, dia rasa bahawa diri dia je yang betul. Bila semua orang dah membantah, dia still nak memperjuangkan apa yang dia dah usulkan tadi konon-kononnya. Dah memang sah, dalam setiap tugasan yang membabitkan kumpulan mesti cakap dia je yang menang sedangkan dalam pada masa yang sama, ramai orang yang membantah.


ohhh dear, tolonglah. dah namanya kerja berkumpulan kan? So, kalau nak buat sesuatu tu biarlah bersama-sama, bincang elok-elok dan jangan lupa tanya pendapat antara satu sama lain. Barulah hasil kerja yang korang buat tu bermutu dan berkualiti tau. Ini tidak, semua nak ikut cakap dia seorang je.

Then, bila orang tak nak sokong kau buat itu buat ini, mula lah nak mengamuk tak tentu pasal. Mula lah perasan yang orang dah tak nak layan kau? Sebab semua orang dok cakap "Malas nak cakap banyak dengan dia nie. Asyik kata dia je yang betul, kata kita semuanya tak nak terima macam lah perfect sangat"..


* Manusia yang bermuka-muka .
Setuju tak kalau aku cakap semua orang di dunia nie hipokrit? Okay sekarang masing-masing pergi ambil cermin, lepas tu tanya sama diri masing-masing, "aku pernah tak nak mengata orang tu, orang ini, tapi still berkawan baik lagi dengan dia?" Haaa~ Nampak tak nampak tak? Semua orang hipokrit kan. Sebab? Tujuan yang agak baik, iaitu MALAS NAK GADUH.. Kan?

Tapi kan, kalu boleh tolong lah jangan nak tunjuk sangat yang korang tu hipokrit. Apa korang ingat orang lain suka ke dengan tingkah laku korang nie? Kalau korang buat gitu, bukan sahaja boleh membuatkan orang di sekeliling yang melihat perlakuan korang tu merasa meluat tetapi kita orang yang tengok dari jauh nie pon rasa macam nak lempang muka dia laju-laju, tahu tak?

So, di sini Mieya nak minta tolong lah, jangan buat benda yang orang lain tak suka melihatnya okay? Sebenarnya, korang sendiri boleh berfikir sendiri, apa yang orang lain suka dan juga tak suka. Jadi, andai-pandailah bawa diri masing-masing.


* Manusia yang bercakap mengikut hidung bukannya fikiran .
Tahu tak apa beza manusia dengan haiwan? okay, soalan nie memang agak sukar sekali untuk dijelaskan sebab jawapannya tersangatlah banyak. Jadi, Mieya tukarkan ke soalan lain yang jauh lebih mudah lagi. Soalannya berbunyi macam nie, manusia cari makan guna apa? haaa, mesti semua orang dah dapat teka bukan? Jawapannya gunakan akal fikiran lah kan?

Okay, soalan seterusnya,  haiwan cari makan guna apa? yaa, jawapannya mestilah gunakan hidung untuk membau kan?  Jadi, manusia mestilah boleh berfikir sama ada sesuatu makanan tu boleh dimakan ataupun tidak kan? Tapi haiwan? Dorang tiada akal fikiran, tak boleh nak berfikir sama ada makanan tersebut tu boleh dimakan ke tak. Jadi, memandangkan manusia mempunyai fikiran, kalau nak bercakap pon mestilah menggunakan fikiran jugak. Jangan nak main cakap je,  jangan nak main judge je. Okay?

Kalau boleh, ambil tahu dulu cerita yang sebenarnya sebelum membuat konklusi sendiri. Sebab bila sekali korang dah terlepas cakap tanpa berfikir dahulu, korang dah tak boleh nak tarik balik dah perkataan korang tu. Sebab apa yang kau cakapkan tu belum tentu betul ke tidak. and kadangkala sampai boleh membuatkan orang lain terasa serta menimbulkan kemarahan. Faham? Jangan pecahkan hubungan korang dengan orang di sekeliling hanya disebabkan oleh hal sekecil ini. Tolong lahhh :)


* Manusia tak tahu erti rahsia
Yang ni part paling best dan simple je aku nak cakap.. Kalau korang nak berahsia dengan kawan-kawan sekalipon, janganlah sampai terkantoi.. Lagi-lagi rahsia yang berpandangan negatif seperti mengumpat, memfitnah serta yang seangkatan dengannya.. Sebab bila rahsia korang tu dah terkantoi, benda tu boleh menyebabkan orang lain terasa hati or senang cerita sakit hati..

Jadi, bagi sesiapa yang memberi rahsia atau dipertanggungjawabkan untuk menyimpan rahsia, tolonglah jaga  rahsia tu elok-elok ye.. Bukannya untuk kepentingan sendiri but untuk kepentingan orang lain jugak.. Lagipon, korang suka ke bila orang bergaduh hanya disebabkan oleh rahsia yang tak bermanfaat tu? fuhhh, buang masa je la der.. Well, Mieya tak nak tahu satu pon rahsia korang tu, bukannya ada kaitan dengan Mieya pon.. Hoho.


* Manusia yang hanya tahu nak complaint tapi tak pernah merasa
Bayangkan korang dah penat-penat buat kerja, tiba tiba ada orang complaint itu ini.. Perkara yang boleh menyakitkan hati ialah bila korang buat kerja, lepas tu  orang lain cakap korang pergi enjoy.. Apa yang korang rasa waktu tu ye? Mesti sakit hati kan? mesti nak marah-marah bukan, rasa macam nak tinggikan suara pon ada.. Okay itu kalau yang bad-tempered lah.. Kalau yang mood tengah baik punya, tentu akan diam je, malas nak banyak cakap lepas tu siap minta lebih masa lagi.. Woah, anak sape la tu kan?


Peliknya, kalau Mieya mengaku bahawa Mieya banyak kerja sekarang nie? Tak perlu pelik lagi sebab Mieya bakal menghadapi exam lagi beberapa hari lagi.. Jadi sekarang nie, Mieya tengah mengalami dunia seorang pelajar yang sebenar-benarnya.. Korang ingat belajar ni senang ke? Lagi-lagi kalau korang sudah di amanahkan untuk memikul satu tanggungjawab yang besar? Segala harapan dan nasihat yang cikgu-cikgu berikan itu semua amanah tahu.. So, kenapa pulak korang perlu rasa pelik kalau Mieya nak menunaikan amanah itu?

Ingat ini, orang yang tak merasa berada di tempat kita, memang tak tahu perasaan kita.. Korang tak faham apa yang Mieya rasa sekarang dan Mieya jugak tak faham apa yang korang rasa kan.. Tapi, kalau boleh Mieya tak nak masuk campur dengan hal-hal peribadi kau yang tak semegah mana.. Bukan selfish  mahupun menyombong diri... Tapi Mieya pon ada banyak lagi hal yang perlu difikirkan.. So sebelum bercakap, fikir-fikir dulu baik buruknya nanti ye kawan-kawan :)

12 comments:

e r a a m a z n a n said...

waa . mcm yg saya tgh hadapi . sebal sggh dgn org2x sperti itu . HUHU . xpernah tau apa yg kita rasa maen judge je sesuka hati . sgt menyebalkan . betol tak ?

Unknown said...

yaa,, it's totally right.. Mieya pon dah slalu hdpi keadaan yg mcm nie but selagi Mieya kuat, mieya pendam je prasaan nie dlm2.. lau nak luahkan pon, blom tntu lg org nk dgr kan?

Aura Qaseh Beauty Centre said...

manusia mmg cm tu lah u..cepat sgt berubah..n ade jugak yg belagak nak mmpos..hahha...

http://bubblechezz.blogspot.com/

singgah lah k?komen2 skali,,hehe

Unknown said...

yaa, Mieya stuju sgt.. mybe dorang pkir dorang da ckup hot agknya.. biasalah manusia mdh lupa diri..

fareiyka said...

macam ***** lak. . u know ??

Unknown said...

so? bknnye ada owg kisah pon kan ?

cikida said...

huhu..betol 2..emm x suke org yg budjet bgus.huhu..=p

Unknown said...

yeah, ada jugak yg sokong !

Unknown said...

nasib baik xdek:)

Unknown said...

untung lah orang tu tak dapat kawan-kawan yg bersikap mcm nie lagi..

kata kila said...

fuhh.. sekarang kan manusia mcm2 perangai. sabarrr je lah :)

iha said...

iha pun nak tumpang tak suka jugak la macam dalam entri ni, sebab dah pernah kena.. huhu..