ohhh, dear bloggers sekalian :) Terasa lama sungguh Mieya tidak menaip di sini walhal sebelum-sebelum nie memang tidak sah kalau sehari Mieya tidak memenuhi ruangan dashboard korang dengan entry-entry yang merepek meraban. Disebabkan kesibukan dengan peperiksaan pertengahan tahun yang tidak berhenti-henti menjelma, menyebabkan tanggungjawab di belog terpaksa ditolak tepi. Mohon ampun ya wahai belog sayanggg :)
Errr, sebenarnya kan Mieya dah tiada mood nak menghadap buku sepanjang masa. Semakin Mieya ingin membacanya, semakin Mieya merasakan masih terlalu banyak perkara yang perlu Mieya pelajari. arghh, sungguh Mieya penat, penat dan penat ! Okay, cukup setakat tu luahan hati yang tak seberapa daripada Mieya. Sebenarnya, bukan itu yang Mieya ingin bicarakan di sini tetapi hari nie Mieya nak berbicara soal follower.
Umumnya, Mieya tahu bahawasanya korang pon dah sedia maklum tentang apa itu follower. Siapa cakap, follower tu tak penting? Follower tu lah yang mempengaruhi kedudukan sesuatu blog tu. Tapi kan, belog yang hebat tidak semestinya ramai follower kan? yela, kalau ada ramai follower but entry macam entah apa-apa pon tak berguna jugak. Apa yang Mieya perhatikan dunia belog sekarang nie kan, ramai orang dok berlumba-lumba nak dapatkan follower yang banyak, nak kejar trafik semata-mata.
Mieya sendiri pon pernah jadi macam tu suatu ketika dahulu. Apa yang terdetik dalam fikiran Mieya waktu mula-mula wujudnya blog nie, blogwalking hanya sekadar nak mengharapkan orang follow je. and Mieya tak tahu pon sama ada orang baca ke tidak celoteh budak shumort nie.
Maklum lah, empunya blog pon tidak se'popular' mana. Ditambah pula dengan entry yang merapu meraban, memang patut lah orang pandang sebelah mata je. Tetapi, apabila Mieya fikir-fikirkan balik, menulis tu kan suatu seni. So, memang tidak salah kalau Mieya mencuba mengembangkan seni penulisan Mieya melalui alam maya nie.
Kadang-kadang, Mieya jeles jugak tengok orang yang mempunyai follower yang ramai. Tapi, bila difikirkan balik, kuantiti follower itu tidak penting tetapi kualiti penulisan tu yang perlu kita titikberatkan. Sebenarnya kan, kalau kualiti penulisan kita bagus, tak payah blogwalking pon takpe. Sebabnya, follower tu akan datang dengan sendirinya untuk membaca entry kita.
Caranya senang sahaja, pastikan entry yang korang buat tu betul-betul bermanfaat untuk orang lain membacanya. Setakat buat entry copy and paste je nak buat apa kan? Sekali-sekala masukkan lah jugak entry korang sendiri. haa, dari situ barulah orang lain tahu macam mana gaya penulisan korang yang sebenarnya.
Then, kalau dah ada follower setia tu, pandai-pandai lah jaga hati dorang. Layan mereka macam kawan rapat, bukannya sebagai seorang follower. Macam Mieya kan, cara yang Mieya gunakan untuk menghargai follower Mieya adalah dengan membuat entry yang lebih bagus walaupun kadang-kadang Mieya merasakan entry tersebut semakin membosankan.
So, last words from me is, blogging is just one of my hobby. Don't expect that every blogger only focus on the blog only. They also a human like you all that have the other work to do beside writting the blog. Remember that !
4 comments:
suka tang semakin banyak membaca semakin merasakan terlalu banyak yang perlu dipelajari. haha. kita merasakan benda yang sama! :P
followers penting sebab tanpa followers tak hidup lah blog kita. tapi kalau nak suruh followers tu dtg dgn sendirinya, kita kena mantapkan dulu entry kita, bru ada pembaca setia. btw nice entry! :D
hee~ memang itu lah pada hakikatnya..
betul tu miera.. hee, disebabkan miera jeles followers org ramai, saya follow miera k?
yeah,,,
thanks cik ratu :)
Post a Comment