Bila menjenguk ke blog-blog orang lain, ada pelbagai masalah yang dah sah-sah akan timbul dalam diri Mieya.. Lagi-lagi bila nak komen entri-entri dorang yang hot, hangat dan sensasi gitu. Kadangkala agak sukar jugak bagi diri Mieya untuk mengaplikasikan kata ganti diri yang sesuai di saat Mieya ingin memberikan sedikit komen atau pandangan terhadap sesuatu.
Seriously, Mieya sangat cemas macam hilang emas bila nak tinggalkan komen kat blog-blog sesiapa pon lah. Lagi-lagi bila Mieya tak tahu akan umur sebenar empunya blog tu.. Adakah dia lebih muda atau mungkin jauh lebih tua daripada diri Mieya? Kalau dia lebih muda daripada Mieya, takde hal sangat lah.. Kalau guna kata ganti diri "kau aku" pon dorang takde kisah sangat.. Maklum lah, jiwa muda lah kata kan..^^
Tapi, jikalau empunya blog tu jauh lebih tua daripada Mieya? Haa, yang nie lah ada problem sikit.. iye, Mieya tahu sangat-sangat bahawasanya dorang tak kisah pun kalau ada budak-budak yang lebih muda komen kat entri dorang lepas tu membahasakan diri sebagai 'aku'.. Mungkin lah kot.. Tapi boleh jadi jugak, jauh nun di sudut hati dorang boleh menyebabkan ada yang terasa.. Contohnya, "Ehh ehh budak nie, aku jauhhhhhhh lebih tua dari dia.. Suka-suki kuku kaki dia je nak bahasakan diri dia 'aku'.. Ingat aku nie adik dia ke? Lempang dua tiga kali baru tahu! "
Eee.. Seriously, seram mak noks !
Actually, Mieya pon pernah mengalami situasi sedemikian rupa waktu dahulu kala.. Ada lah dua tiga kali tu, Mieya komen kat entry siapa entah.. Lupa pulak, Mieya siap bahasakan diri dengan "aku kau" lagi.. Lagaknya macam bercakap dengan kawan sekelas gitu.. and then, satu hari tu Mieya terbaca statement dia yang menyatakan bahawa umurnya yang sebenarnya jauh lebih tua daripada Mieya.. Tapi yang Mieya pelik kan, muka dia takde lah nampak macam tua pon, maintain awet muda je Mieya tengok.. Apa rahsianya ye kak? Haha Kalau Mieya dok perhatikan dari gaya dia melayan Mieya, macam biasa-biasa je.. Takde lah sampai nak sound sound Mieya..
Tapi, seriously, secara automatiknya, Mieya termalu sendiri.. iye la, Mieya tak pernah bahasakan diri sebagai "kau aku" pada orang yang lebih tua daripada Mieya.. Lain lah kalau Mieya nak bercakap dengan emak, memang tak sah kalau tak guna "aku".. Maklum saja lah, emak Mieya nie orang
Jadi sekarang nie, Mieya akan lebih berwaspada lagi-lagi bila nak bagi komen kat orang lain.. So, memang tak hairanlah kalau sekarang nie Mieya lebih selesa membahasakan diri dengan nama gelaran sendiri.. Sebabnya, Mieya tak ingin menimbulkan sebarang kekeliruan akan perbezaan umur sesama blogger..
p/s : korang pernah mengalami situasi yang sama macam Mieya tak?
9 comments:
kalau dengan aku, kau boleh guna kau aku je :)
hehe..entry yang bagos nie mieya..hehe..lau adiela,adiela slalu gunakan nama kot..senang cket :D
amira> ouh, really?
adiela> yep, mieya pon mcm tu jugak :)lbih mesra alam gitu..
hehe kalau saya, lebih selesa gunakan saya or kak ain :) tak biasa guna aku kau.. even orang tu bahasakan diri kat saya " aku "
kak ain> setiap org berbeza persepsi dlm membahasakan diri mereka kpd org lain..
alah mieya, guna perkataan i-u,i-u sudah..takpun saya-awak..kan ok tu
ohh, mieya tidak t'biasa menggunakan kata ganti diri tu di alam maya nie.. rase kekok maybe..
tapi, kalau b'jmpe ngan kwn2 baru kt luar sana, mieya lbih prefer "saya-awak".. nmpk b'budi bhasa gitu :)
mieya guna je mcm ni..
mieya sebagai kau/awak
athira sebagai aku/saya
umur bukan penghalang kalau nak berkawan
thanks for that idea.. Tapi, Mieya masih lagi merasakan penggunaan nama gelaran sebagai ganti diri jauh lebih selesa dengan diri Mieya..
Post a Comment