terbanglah layang-layang..

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)

”Image

Tenangnya fikiran, lapangnya hati ini tatkala memandang langit yang membiru. Turut menghiburkan lagi hati ini apabila kelihatan beberapa layang-layang berterbangan mengikut rentak tiupan angin melambai-lambai tinggi di langit. Cuaca yang panas dengan tiupan angin yang agak sepoi-sepoi bahasa merancakkan lagi hari-hari mereka untuk bermain layang-layang.

Tidak kira usia sama ada orang tua mahupun orang muda, masing-masing memanfaatkan hari petang ini dengan aktiviti yang mendamaikan hati serta menenangkan fikiran seperti ini. Pelbagai jenis layang-layang yang berbeza reka bentuknya, berwarna-warni sedang diterbangkan oleh mereka.

Langit yang pada awalnya kosong, kini terisi dengan pelbagai corak yang dapat menarik perhatian bagi sesiapa yang memandangnya. Sungguh, tatkala Mieya menikmati pengalaman yang indah nie secara tiba-tiba terimbau kembali kisah semasa di zaman kanak-kanak riang si comot momot nie.

Kisah di mana kanak-kanak perempuan boleh bergerak bebas bersama dengan kanak-kanak lelaki. Berlari bersama-sama, bermain bersama-sama, bergurau senda bersama-sama, kalau boleh semuanya nak buat bersama-sama.

Berbeza dengan zaman sekarang, ibu bapa telah menetapkan batas-batas pergaulan di antara lelaki dengan perempuan sejak mereka kecil lagi. Setiap pergerakan perlu diawasi selalu kerana bimbang akan terjadinya kejadian tidak diingini seperti penculikan ataupon kehilangan anak. Alangkah kasihannya generasi kanak-kanak sekarang.


Dahulu, setiap kali tibanya waktu petang, Mieya serta kanak-kanak yang lain pasti akan ke padang permainan bersama-sama. Tapi, sebelum tu kena minta keizinan daripada emak serta tidak lupa jugak kena minta duit sebagai belanja jajan.. Selepas itu, kami akan beramai-ramai bergerak ke padang permainan. Ada yang membawa basikal, ada yang berlari-lari anak dan ada jugak yang berjalan melenggang sahaja.

Setelah puas berkejaran sesama sendiri, kami akan menggunakan duit belanja tadi untuk membeli aiskrim pop. sebab aiskrim pop sesuai untuk menghilangkan dahaga dan panas serta turut menjimatkan duit kami. Kalau ada duit lebih sikit, kami akan membelikan aiskrim pop untuk kawan-kawan yang lain. yela, kan tak baik kedekut sama kawan sendiri. Nanti takde orang nak kawan dengan kita dah.

Kadang-kadang, kami takkan ke mana-mana pon pada waktu petang. Tapi, jangan ingat kami akan melekat kat rumah je tau. Kami sebenarnya berkumpul beramai-ramai di pondok kecik di hadapan rumah Mieya.. Sambil-sambil tu, kami menghiburkan hati dengan menyanyi beramai-ramai.

Kalau abang Mieya (yang nombor tiga) ada di rumah, dia suka bermain layang-layang. Selalunya, dia membuat sendiri layang-layang dengan menggunakan surat khabar dan lidi. Maklumlah, abah mengajar kami untuk sentiasa berjimat-cermat.

Mieya ingat lagi, Mieya selalu dipaksa oleh abang Mieya untuk membantunya dalam usaha menaikkan layang-layang bersama. Selalunya, layang-layang itu akan terbang terlalu tinggi sehingga menyukarkan mata kecik Mieya untuk melihatnya. Kadang-kadang, layang-layang itu akan tersangkut ataupon terputus talinya jikalau angin yang bertiup terlalu kuat. Jadi, abang Mieya terpaksa membuat semula layang-layang yang baru.


Ohhh, rindunya Mieya pada kenangan lalu. Terasa seperti ingin kembali semula ke zaman kanak-kanak riang.

Andailah masa boleh berputar semula, sudah tentu semua orang takkan melepaskan peluang untuk kembali ke zaman tersebut bukan? Tapi, itu semua hanyalah satu angan-angan kosong, yang takkan tercapai dek akal.

2 comments:

Anonymous said...

zaman kanak2 plg terbaek kan , happy jep (:

Unknown said...

yep, mieya setuju :)