Seharian sudah Mieya tidak menjenguk-jenguk di ruangan blog nie. Bukannya merajuk dan bukannya terlupa, tetapi dek kerana kepenatan dengan aktiviti lawatan sambil belajar semalam, maka secara rasminya aktiviti penaipan entri terpaksa dibiarkan tertangguh.
ohh, actually there are so many many stories that i want to share with you all about yesterday. but, i dont think that i can write it in just one page.. Of course that is not enough for me.. So, i decided to break the story into a few entries.. i'm really hope that you all do not mind, okay? Thank you..
Seperti yang Mieya uar-uarkan di entri sebelum-sebelum nie, iaitu Mieya akan mengikuti lawatan sambil belajar bersama-sama dengan kelab pendidikan islam dan kelab nasyid kan?
Seramai 15 orang ahli kelab pendidikan islam dan 17 orang ahli kelab nasyid serta diiringi oleh guru penasihat masing-masing telah mengikuti lawatan yang julung-julung kali diadakan oleh kelab ini. Dan lokasi pertama lawatan kami ialah di Muzium Kesenian Islam yang terletak di Putrajaya.
Kami bertolak pada jam 9 pagi, dikelilingi dengan kereta-kereta serta jalan yang sesak dan akhirnya selamat sampai di lokasi yang dituju pada jam 9.40 pagi.. Oleh sebab kami tiba lebih awal berbanding seperti yang dijangkakan, manakala muzium pula masih belum lagi dibuka.. Jadi, kami sepakat untuk melawat dahulu Masjid Negara yang turut menempatkan beberapa makam pejuang negara.
Kumpulan Mieya sering bertembung dengan kumpulan lelaki walaupon kami bergerak secara berasingan.. Mereka bergerak dengan pantas dan berkemungkinan juga, mereka tidak tahu menghayati hasil kesenian orang terdahulu agaknya.. entah lah.. Terdapat 12 galeri yang telah kami lawati sehingga menimbulkan kesengalan pada urat-urat kaki akibat terlalu banyak berjalan.. Sememangnya sepanjang lawatan ini, Mieya hanya mendiamkan diri sahaja lalu mencari tempat-tempat duduk untuk merehatkan kaki.. :)
okay lah, Mieya rasa cukup sahaja coretan Mieya untuk entry kali nie.. Mieya sendiri pon sudah kekeringan kata untuk ditaipkan di sini.. Kalau Mieya ada masa nanti, Mieya akan sambung lagi ye :) Salam bertemu lagi~
2 comments:
seriously, trip kali ny memang best. . bila nak buad part 2 ??
maybe lps kwn2 yg lain msukkan gmbr kot.. lets wait patiently :)
Post a Comment