adehhh, sudah beberapa hari Mieya puas memikirkan idea yang bernas untuk membuat entry. Tapi, hampa kerana idea tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memunculkan diri. heh, malu mungkin.
huuhhhh, tetiba je Mieya terasa nak mengeluh panjang-panjang. Bukannya sebab terlampau bosan kerana terpaksa menghabiskan masa selama 6 jam di sekolah hanya untuk melepak-lepak di dalam library. heh, lupa pulak nak bagitahu. Sebenarnya, hari nie ramai kawan-kawan Mieya yang tiada di kela.. Ada yang sibuk menyertai kem, ada yang menyertai pertandingan nasyid peringkat negeri dan ada jugak yang sengaja memanjakan diri di rumah atau bahasa saintifiknya ponteng sekolah. Haisy~ anak siapa lah tu kan?
Hari nie sudah pon 23hb June, menandakan tirai yang selama ini terbuka luas bakal melabuhkan dirinya sedikit demi sedikit. Ini bermakna, setelah ditambah ditolak dibahagi dan didarab masa tidur, masa bermimpi, dan masa berangan-angan mat jenin. Maka dengan ini, jelaslah bahawasanya masa untuk semua calon SPM bertempur di dewan peperiksaan semakin kunjung tiba..
yaa, masa bergerak terlalu pantas dari hari ke hari. Dulu kalau nak habiskan masa selama sebulan punyalah payah, terasa masa terlalu panjang.. but now, pejam celik pejam celik dah 6 bulan lebih berlalu. Terasa macam sekejap sangat.
dan secara tiba-tiba, pelbagai persoalan hadir menerjah masuk ke dalam kotak fikiran Mieya tatkala ini. Mereka seakan-akan bertanyakan :
- Apakah yang telah Mieya lakukan selama ini?
- Berapakah masa yang telah Mieya peruntukkan untuk belajar? untuk membuat nota? untuk mengulangkaji pelajaran?
- Apakah keputusan peperiksaan terkini yang telah Mieya kecapi selama ini?
- Adakah keputusan tersebut sudah cukup untuk membantu diri Mieya untuk lulus dalam peperiksaan?
- Apakah perancangan diri Mieya selepas ini?
- Adakah matlamat yang telah Mieya tetapkan selama ini sudah benar-benar jelas?
Sebenarnya, masih ada banyak lagi persoalan yang Mieya masih belum berjaya merungkaikannya.
Sejujurnya, Mieya sendiri pon masih bingung memikirkan tentang bagaimana caranya untuk Mieya keluar daripada kepompong berbahaya ini.
Mieya sedar selama ini, Mieya terlalu mementingkan kehendak diri sehingga berjaya mengetepikan keperluan yang seharusnya Mieya penuhi terlebih dahulu. Jikalau diri sendiri tidak dipaksa sekeras-kerasnya untuk bergerak seiring dengan kawan-kawan yang lain, sudah tentu selamanya dia akan bersikap sedemikian.
Jadi, pesanan khas kepada sesiapa yang masih belum menyedarkan diri macam Mieya nie. Bermula pada hari nie, bangkitlah ! Cari hala tuju hidup korang dan terus berjalan mara ke hadapan. Usahlah dikau memandang ke belakang lagi kerana orang di belakang belum tentu dapat menyelamatkan dikau untuk yang kedua kalinya.
12 comments:
Cik mieya,
Spm yea tahun ni? Gud luck... Jadi cam msred...study smart play hard...hahahaa....
yep.. anyway, thanks msred :)
woit ! baik punya ayat 'memanjakan diri di rumah' yer ?? aqu demam lah cayunk. . :p
eh2, e\adew owg terperasan la pulak..
bukann ko je yg x dtg smlm, arif n hasnul pon same :)
wow..gudluck yer dik..:)
nad ada promot anda di entry ini >> Miss Nadya Promote Blog Part
huh!! terasa bhai. . aqu je yg bace ny. . dorang x kowt. . :p
haha..
nasib ko la..
sape sruh nk terase kan?
spm candidate ke..still ada byk masa lg utk study..good luck!
thanks ye :)
After looking at a number οf the blog postѕ on yοuг site,
I really appгeciate your technique of blogging.
I saved as a favoгitе it to my bookmark ѕite list and ωill
be cheсking back in the near future. Taκе
а lοοκ at my web sitе as well and let
me knοω hoω you feel.
My site :: Loans for Bad Credit
Hellο every one, here еvery one is sharing these kinds
of knοw-hoω, sο it's fastidious to read this website, and I used to pay a visit this website everyday.
Have a look at my site ; personal loans for people with bad credit
Your methoԁ of tеlling the ωhole thіng in thiѕ pieсe of writing is actuаlly gooԁ, all be capable of еffoгtlеsѕly be aware
of it, Thanks a lot.
Feel free to surf my web blog ... payday
Post a Comment