Showing posts with label Testimoni. Show all posts
Showing posts with label Testimoni. Show all posts

Aurora® SX Whitening Therapy | Review

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog Mieya.

Wah, lama betul tak exercise jari jemari untuk berceloteh panjang di sini. Dulu janji nak update blog sekerap mungkin. Tapi dah nak habis bulan April, baru nak munculkan diri balik. haha

Okey, sepanjang 2-3 bulan yang lepas, Mieya dah beli beberapa items untuk dijalankan eksperimen atau ujikaji. Seperti biasa, items tersebut haruslah berkaitan dengan beauty products. Ya lah, sejak bekerja ni kekadang terasa kulit makin kusam, berminyak serta jerawat tumbuh silih berganti. Maklum lah kerja bawah aircond, ulang-alik pergi kerja merempit dengan motorsikal.

Aurora SX Whitening Therapy merupakan supplemen pemutih paling berkesan abad ini walaupon hanya mengandungi 3 bahan utama di dalamnya . Diilhamkan daripada Doktor Pakar Estetik, Aurora SX menggunapakai Pure Glutathione dengan kelebihan kadar penyerapan gluta berganda maksimum yang bertindak pantas menyerap di bawah kulit (Maximum Potential Glutathione). Glutathione juga terkenal sebagai master anti-oksidan yang amat penting bagi kulit.


Untuk pengetahuan anda, produk ini adalah pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi campuran Glutathione, Idebenone dan campuran Vit C. Di mana produk Aurora merupakan hasil ilham daripada Doktor Pakar Estetik yang berpengalaman dan telah terbukti secara klinikal! Idebenone dikatakan sebagai pengganti kepada Vitamin C disebabkan ciri-cirinya100x menyerap lebih pantas daripada Vitamin C. Idebenone bagus dalam melembapkan kulit dalam masa 1 hari sahaja serta memutihkan kulit dengan pantas. Ditambah pula dengan sifat antipenuaan dan juga menyingkirkan toksin secara berkesan . 

Aurora® SX Whitening
Fenomena Cantik 2015 - Sebiji Sehari Pon Dah Cantik
Harga Asal : RM140
Kandungan : 30 biji/botol

Ini cara Mieya consume Aurora SX setiap hari, iaitu sebiji sehari sebelum sarapan atau lebih tepat lagi semasa perut kosong. Senang sangat, tak perlu susah-susah nak bancuh, atau kunyah. Just telan bersama air. Tak ada apa-apa pantang termasuklah pengambilan caffein sekalipun. I loikee :") Mieya consume Aurora Sx ni tak pernah skip, tak pernah lupa. Memang disiplin betul. And then, pastikan minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. 

Panjang betul ayat pendahuluan macam balas dendam dah lama tak mengomel lama-lama disini. hehehe Jadi, nak tunjuk lah sikit tindak balas pada diri sendiri.

Mieya sebenarnya dah start ambil supplemen ni sebulan yang lepas. 3 hari pertama ambil kapsul Aurora SX ni, Mieya perasan kulit muka dah kurang berminyak, terasa macam lembap biasa gitu.Gila happy ya amat, masalah kulit berminyak dah berjaya diatasi seawal 3 hari sahaja. Kesan yang sangat pantas.

Hari ke 7-14 dengan Aurora SX, Mieya perasan yang jerawat di pipi mula kecut. Tapi belum hilang secara keseluruhan ye. Masih ada lagi kesan parut jerawat. Jerawat pon tumbuh seketul dua, tapi cepat je kecut. Amazing betul !


Genap sebulan Mieya berAurora, kulit tampak bersih + glowing sikit. Pori-pori semakin mengecil, parut juga sudah pudar. Cuma belum nampak lagi kesan pemutihan kulit tu. Maybe sebab baru consume selama sebulan kan. Takpe, kita teruskan sampai beberapa bulan dan lihat sendiri keberkesanannya nanti.

Tapi macam mana pon, Mieya memang suka sangat dengan Aurora SX ni. Sebabnya, cara consume yang semudah ABC. Hanya telan sebiji sehari tak perlu bancuh, kesan seawal 3 hari boleh nampak. Tiada collagen, jadi tak perlu pantang kafein serta tak perlu risau berat badan naik atau masalah kulit gatal2 atau risiko mengalami resdung. 

P/S : Sebelum ni Mieya consume Vitamin C 1000Mg Pahang Pharma, alhamdulillah ramai juga lah yang order. But tahun ni, Mieya consume pula Aurora SX. Agak-agak ada tak yang berminat nak place order? Insha Allah harga dijamin murah dan 100% original.

Fairy Beauty Life Food | Review

Assalamualaikum wbt :)

Mungkin ramai yang tak tahu, kajian membuktikan 1 daripada 3 rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti dan kolestrol yang tinggi. Masalah kolestrol ni bukan hanya berlaku kepada mereka yang gemuk sahaja, mereka yang kurus turut sama tak terkecuali ye.

Tahap kolestrol yang tinggi boleh mengakibatkan salur darah tersumbat sekaligus boleh menyebabkan badan lumpuh (strok), tekanan darah tinggi dan pedih ulu hati.

Pepatah Melayu ada mengatakan, mencegah lebih baik dari mengubati. Kan? Special thanks to Hishop Malaysia sebab memperkenalkan produk Fairy Beauty Life Food kepada Mieya.

Fairy Beauty Life Food merupakan fungsi inovasi berkonsepkan formulasi kesihatan & nutrien yang baik. Gabungan nutrien hebat dengan gear nutrien badan mampu menyerap dan merangsang pertumbuhan serta pembaikan semula sel-sel yang tidak berfungsi.


Kalau korang nak tahu, Life Food dikuasakan oleh Mulberry & Ligonberry, Chia Seed, Protein Soya, Ekstrak Mineral Algae Merah, Oat Brane dan banyak lagi. Ia memberi manfaat kepada sistem imunsasi, fungsi badan, pencegahan kepada bahaya penyakit dan jangkitan.


Cara Pengambilan Life Food



  • Ambil 3 - 4 sudu bersama 250 ml air suam. Kacau rata.
  • Minum dua kali sehari, iaitu sebelum sarapan dan sebelum makan malam. (atau bila-bila masa yang sesuai)




    My Opinion : 

    Mula-mula memang teruja sangat nak minum sebab baunya pon sedap just like cereal nestum gitu. But, apabila Mieya cuba untuk menikmatinya pada hari pertama.. Tak tahu lah kenapa tekak tak boleh nak terima dengan lebih baik.

    • minggu pertama consume, hanya 1/4 cawan sahaja yang dapat dihabiskan. Selebihnya buang ke sinki.
    • minggu kedua, boleh lah survive sampai setengah hingga 3/4 cawan gitu. Kira okey lah ada jugak peningkatan.
    • After that, baru boleh berjaya nak habiskan secawan terus. Yeay !

    Bukan apa u'olls, tekak Mieya ni memang agak susah nak terima tekstur minuman yang likat tanpa gula tambahan seperti yogurt ni. Tapi kalau suruh makan serbuk begitu sahaja, still boleh consider lagi lah.

    So far, tak boleh lah nak cerita berapa jumlah kadar peratusan kolestrol dan juga paras gula dalam darah yang berjaya dikurangkan.. Sebabnya Mieya pon tak reti nak kira. lol -,-

    Tapi apa yang pasti, perut lambat rasa lapar thats mean ia kawal pemakanan kita. Lepas tu saja-saja lah pi timbang berat badan, and alhamdulillah Mieya berjaya turunkan berat badan sebanyak 2-3 kg. Kira okey dah tu, tak boleh nak turun banyak-banyak sangat sebab dikhuatiri BMI jadi tak normal pulak.


    Tipu lah kalau nak cakap, dengan minum Life Food ni sahaja berat akan turun dengan serta merta. Di samping itu, amalan gaya hidup sihat dan cara pemakanan yang seimbang juga perlu seiring kalau inginkan result yang lebih gempak.

    Exclusive RM20 rebate for Mieya Atiera's readers : FAIRYNEW

    *With minimum purchase of RM99, valid till 31 July 2014

    More info go to :
    Subscribe to HiShop for exclusive updates : http://www.hishop.my/subscribe 
    **Disclaimer - This product(s) were send to me for product review purposes.

    Fairy Beauty Fairy Blossom | Review

    Assalamualaikum wbt and holla loves :)


    Sekarang kalau nak cantik ekspress, hanya perlukan masa dua tiga saat sahaja dengan adanya pelbagai application kat smartphone. Misalnya, Camera360 and Perfect365 saja pon dah boleh menjadikan kulit muka kelihatan licin, kalah Suzy Miss A tu haaa.

    Mieya rasa sangat bertuah dan teruja kerana diberi peluang untuk mencuba dan berkongsi pendapat mengenai produk kecantikan Fairy Beauty dari HiShop Malaysia!


    For your information, fairy beauty merupakan minuman kesihatan yang diperbuat drpd bahan semulajadi dan dikilangkan di Malaysia. 


    Under this series, there are Fairy Whitez and Fairy Blossoms. Mieya
     rasa Hishop memahami diri Mieya dengan cukup baik di mana produk yang diberikan adalah Fairy Blossom, iaitu untuk meningkatkan dan memiliki kecantikan yang lebih feminin melalui penghapusan toksin, pembaikan, khasiat dan perlindungan. 



     What is Fairy Blossom?
    Every drop of essence contains the purest energy of revival and regeneration- phytoestrogens, chemical substances with properties that mimic the actions of natural female hormones to promote breast firming and development. In addition, they help in hormone regulation, which aids to alleviate a variety of discomforts and symptoms caused by hormone imbalance.

    Suitable for adults age 16 and above.


    Kalau korang nak tahu, produk Fairy Beauty ni telah memenangi Special awards di bawah kategori supplemen kecantikan dalam Cite Cosme Beauty Awards 2012/2013 organized by Beauty, Mina and ViVi magazines.

    Fairy Blossom dirumus dengan bahan-bahan penting seperti Mulberry & Ligonberry, Sel Tunjang Epal, Keladi Liar, soya isoflavon dan banyak lagi. Ia membantu melegakan masalah haidgejala menopaus dan memberikan khasiat dari dalam.


    How to drink? Bila masa yang sesuai untuk minum?
    Senang saja. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, pastikan Fairy Blossom diambil setiap kali sebelum breakfast. Caranya :
    •  Goncang dulu supaya ekstrak yang terkandung di dalamnya menjadi sebati. 
    •  Buka cap, gunakan opener untuk tebuk lubang dan masukkan straw pada bahagian tengah rubber cap.
    •  Sekarang, boleh lah menikmati rasa minuman beri, masam-masam manis dengan penuh perasaan. Eceh!

    My opinion :
    Seriously, Mieya suka konsep packaging nya yang selamat serta tersusun rapi dalam kotak. The bottle is so elegant and convenient to bring anywhere since it's just a small bottle.


    * Gambar 1st, hari pertama consume Fairy Blossom (kulit muka berminyak dan berjerawat)
    * Gambar 2nd, hari ketujuh (jerawat mula pudar)
    * Gambar 3rd (Ini gambar dekat office. Eyebag sebab tak cukup tidur)



    To me, the taste is quite acceptable, much better than what I expected. Digalakkan ambil sekali sehari sahaja. Rasanya macam minum pati kurma yang pekat. Kuantitinya sangat sedikit, 22ml sahaja. Sekali slurp memang gerenti habis. Letak pula dalam peti ais, memang sedap lah minum di pagi hari.

    So far, after having it for 20 days, Mieya boleh nampak perubahan pada kondisi kulit muka di mana tampak lebih licin (kesan jerawat pon tak kelihatan) dan rasa macam sedikit bertenaga lately serta badan tak lesu. 

    Tidur pon rasanya lebih bagus daripada sebelum ini. Selalunya kurang lena sebab sering terganggu @ terjaga tak kira masa. Maybe, sebab tidur yang mencukupi ni buat kulit muka much better than before. Tang dada tak tahu lah nak describe macam mana. Tapi nampak lebih firm berbanding sebelum ni. Namun, menstrual problem still lagi berterusan. I guess it takes longer time to see the effect. 


    Berita baik untuk korang, Fairy Beauty is currently running a promo to get FREE 4 bottles with purchase of 2 boxes!



    Exclusive RM20 rebate for Mieya Atiera's readers : FAIRYNEW

    *With minimum purchase of RM99, valid till 31 July 2014



    More info go to :
    Subscribe to HiShop for exclusive updates : http://www.hishop.my/subscribe 
    **Disclaimer - This product(s) were send to me for product review purposes.

    Review Clinicell Oral Skincare | Testimoni Bergambar

    Assalamualaikum wbt :)

    Tak lama dulu, Mieya ada war-warkan di blog Mieya mengenai Cabaran 15 hari BerClinicell di mana ia bukan hanya mampu mencantikkan kulit, menyihatkan badan malah mampu mencerahkan wajah.


    Clinicell merupakan sebuah formulasi termaju dengan menggunakan ekstrak sumber semula jadi yang berkualiti dan "salah satu molekul Anti Aging yang terhebat". Mengandungi Hydrolyzed Kolagen, AstaREAL P2AF Astaxanthin, Ceri Acerolla, 13 Vitamin dan 11 mineral yang diperlukan oleh badan. Menyegarkan, mengembalikan keanjalan dan memutihkan di samping memberikan kelembapan kulit.




    Hasil kajian yang dibuat, menunjukkan :



  • 6000 kali lebih kuat dari Vitamin C¹
  • 800 kali lebih kuat dari CoQ10¹
  • 550 kali lebih kuat dari Vitamin E²
  • 75 kali lebih kuat dari Alpha lipoic acid¹
  • 40 kali lebih kuat dari Beta Carotene³
  • Disahkan Halal Oleh Jakim
  • Kilang yang berstatus GMP
  • Bahan aktif semulajadi yang berkualiti tinggi dan di import
  • Harga yang murah jika dibandingkan dengan produk yang diimport kerana kualiti yang setara
  • 100% selamat dan tiada kesan sampingan
  • Kesan Anti Penuaan dan Pemutihan kulit ke seluruh anggota badan kerana pengambilan secara oral (makan/minum)
  • Kadar keberkesanan yang tinggi
  • Kadar penyerapan dalam badan yang tinggi
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Cara penggunaan yang mudah, hanya larutkan 1 sachet dalam air, kemudian diminum pada waktu malam sebelum tidur
  • Perisa oren yang sedap dan tidak terasa seperti ubat


  • Pengalaman & Testimoni Mieya

    Rasanya memang memenuhi cita rasa Mieya. Rasa masam manis macam campuran Orange bersama Peach sikit. Memang sedap!


    Tona kulit Mieya hitam manis ek. Jadi, jangan lah nak expect akan nampak kesan yang betul-betul boombastic gitu. Sebabnya, saranan Clinicell supaya terus konsisten at least ambil sehingga sebulan untuk kesan yang optimum. Tapi, Mieya cuma ambil 15 hari sahaja.

    Untuk makluman, Mieya mempunyai dua tugas. Satu, sebagai pengganti sementara emak dalam menguruskan rumah. So, rutin setiap hari ialah bangun awal pagi untuk siapkan sarapan pagi, sapu halaman rumah serta kutip baju kotor ke mesin basuh.

    Dua, sebagai kerani di salah sebuah syarikat pengedar tayar. Okey, sila lah jangan anggap kerja kerani ni sebagai kerja paling mudah, duduk bawah air-cond dan mengadap komputer sahaja. Hari-hari, Mieya akan uruskan stok keluar masuk, arrange 4 transport for delivery, calling transporter, check stock (checker), naik turun tangga untuk ke stor dan ofis. Sangat-sangat memerlukan tenaga yang banyak.


    Harap maaf, kalau gambar kurang jelas sebab kesan pencahayaan gambar bagi kedua-dua gambar di atas adalah berbeza.
    Oleh yang demikian, jika sebelum ini kulit Mieya seakan kusam, jerawat bermaharajalela serta tubuh badan seperti tidak bermaya tetapi, setelah bersama Clinicell.. Alhamdulillah, ia membantu menangani masalah tersebut. 

    Jerawat dah semakin kurang. Walaupun masih ada saki-bakinya yang tinggal. Muka juga sudah kurang berminyak. Nampak lah perubahannya di mana kulit tampak lebih segar dan sihat.

    Untuk info selanjutnya, boleh lah kunjungi :

    FB CLINICELL Oral Skincare 

    Website CLINICELL Oral Skincare

    Berita baik untuk pembaca Mieya Atiera!
    Get RM20 off when you purchase RM99 and above at HiShop
    Discount code : CLINICELL
    *valid until 30 April 2014

    Website : www.hishop.my
    Facebook : https://www.facebook.com/hishopmy
    Twitter :  http://www.twitter.com/hishop.my
    Subscribe to HiShop for exclusive updates : http://www.hishop.my/subscribe


    Review Eliza Helena Whitening Salt Scrub

    Assalamualaikum and hi guys !

    Every girl dreams about fair and smooth skin. It is not an instant thing, but sure we can achieve it with routine skin care, consume supplements and also eat healthy food. 

    Selalu kita perempuan perempuan ni lebih mementingkan penjagaan kulit muka je kan? Betul kan? Serious, same like me before. Tapi bila tengok kulit muka licin, tapi kulit badan tak selicin kulit muka, berbelang-belang pulak tu. Lengan nampak lembap tapi bila sampai tang siku, kering.. ada hitam-hitam pulak tu. Acaner tu? 

    So, today Mieya nak berkongsi sikit satu produk thats really smoothes my skin. I think it's different from another scrub. Introduce, Eliza Helena Whitening Salt Scrub with Tamarind Extract, a scrub salt from Thailand.


    Harga : RM18 (tak termasuk postage)

    Teksture nya pekat, dengan garam halusnya. So tiap minggu, memang Mieya akan buat sesi memanjakan diri ala-ala rawatan spa gitu. tapi kat rumah je la. muehehe. Save cost okey. 

    Seperti yang kita semua tahu, garam bagus untuk kulit dan aliran darah. Di mana fungsi garam yang paling universal ialah untuk tanggalkan sel mati, haluskan kulit, merawat kulit, melancarkan aliran darah dan macam-macam lagi lah.

    Actually, skrub ni ada tiga jenis ekstrak. Tapi Mieya prefer lebih ekstrak asam jawa. Bestnya pasal produk ni, lepas je guna Salt Scrub ni, kulit rasa lembut, lembap dan licin je. Serious tak tipu. Lepas tu bau asam jawa tu macam manis gitu kat kulit kita. 


    Directions:
    1. Wet your skin
    2. Scrub to your skin in circular motion gently please
    3. Stay for 5-10 minutes
    4. Rinse with water.


    Skrub ini membantu dalam menghapus sel-sel kulit mati selain mengupas kulit menjadi bersih dan segar gitu. So, kulit akan jadi berseri, lembut dan sihat. Tak payah dah nak beli lulur and skrub asing-asing. Sebabnya, salt scrub ini ada kedua-duanya sekali. Just sapu di badan..gosok2 sikit..bilas dengan air..then kulit akan rasa lembut, lembab and wangi. Love it !

    Apa yang Mieya tak suka? Ermmm, it has deep strong tamarind smell!Tapi jangan risau, lepas sapu di badan dan tempat yang hendak dilulur, badan bau wangi + sweet camtu.

    And  please be careful while using this salt scrub for it is salt, and if you had any scars, it would be veryvery painful T___T 

    Overall, Mieya suka sangat dengan produk ini. even my lil sis pon suka jugak. Sangat berkesan untuk membuang daki, kulit jadi lembap gitu.


    Review Vitamin C 1000mg Pahang Pharma (Testimoni Bergambar)

    Assalamualaikum wbt and hi everybody :)

    Masih ingatkah lagi dengan coretan di entri ini, di mana Mieya ada bagitahu yang Mieya masih mencuba consume beberapa produk kecantikan dan juga supplement. And yes. Selepas 3 malam menaip, akhirnya siap juga entri ni. 

    Sejak mula bekerja ni, Mieya mula menyedari betapa pentingnya menjaga kesihatan dan penampilan luaran dalaman. Lagi-lagi kita ni yang perempuan, beauty conscious merupakan elemen penting yang perlu dititikberatkan. Even ramai yang  proclaim adalah lebih baik untuk jadi diri sendiri *just the way you're. "kawan-kawan, 
    saudara-mara, encik sayang saya terima diri saya seadanya." hahaha konon-konon lah kan -,-"

    Tapi bila setiap kali Mieya bekerja dan berurusan dengan orang ramai. Mostly lelaki (umur dalam 29 ke 40-an), menggelar kita dengan panggilan "ahkak". Gila. Terus tersentap hati sekejap. "Tua sangat ke aku? Penampilan aku? Sedangkan I'm only Nineteen-years-old-girl."

    Next, bila bekerja tak menentu tempat nie, sekejap duduk dekat pejabat (bawah air cond). Sekejap keluar berjemur bila transport datang hantar / collect barang. Kalau sehari ada 4-5 transport yang perlu diuruskan, bayangkan lah berapa lama masa Mieya berjemur?

    And end up, kulit Mieya jadi tak sekata, bertambah gelap, dan berbelang-belang. Lepas tu, kepala mula 
    berdenyut-denyut, pening, stress bila mengadap kerja yang banyak. Itu belum lagi ditambah dengan kes terima aduan dari dealer / transporter / salesman/ other staffs. Yang bekerja cuma 2 orang sahaja ! *pengsan

    Sejak itu lah Mieya baru tersedar dari lamunan. Sampai bila harus diriku begini? Sampai bila nak endah tak endah dengan gaya penampilan diri? Sampai bila nak tampak lesu, tak bermaya setiap kali berhadapan dengan orang lain? Sampai bila blablabla... (Kalau tak dihentikan memang sampai ke sudah tak siap lah entri ni)

    Dalam mencari-cari jalan penyelesaian mengenai permasalahan ini, Mieya terbaca mengenai Keperluan Supplement Terhadap Tubuh Badan.


    Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. 
    Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. 

    Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin. 

    Tanda-tanda Tubuh Kita Kekurangan Vitamin dan Zat Nutrient?
    • kuku mudah patah
    • pecah-pecah di bahagian hujung mulut
    • bibir pecah
    • kulit memerah dan berminyak
    • jerawat
    • rambut nipis
    • kelemumur
    • mata merah
    • mata terasa kering
    Sumber : Mingguan Wanita | Mac 2010

    Bermula dari itu lah, Mieya mula mencari supplement yang sesuai dan affordable untuk dibeli. And terjumpa dengan Vitamin C 1000mg Pahang Pharma. Melihat kan banyak testimoni dan komen para pengguna yang positif. 
    Mieya pon mula tertarik dan jatuh hati. 

    Maka pada 23 Julai 2013 secara rasminya Mieya mula consume Vitamin C 1000mg by Pahang Pharma ni. 
    Alhamdulillah. Masuk bulan ini, sudah 4 bulan Mieya & emak tersayang mengamalkan vitamin ni. 
    And what's impresse me is banyak masalah yang selama ini Mieya hadapi telah dapat diselesaikan. Antaranya :


    • membantu mengurangkan pening kepala @ migrain
    Memang Mieya akui, selama sebulan Mieya mengamalkan Vitamin C nie, Mieya dah kurang rasa pening-pening. Lagi-lagi bila bekerja dengan condition yang berbeza nie.
    • Selera makan semakin okey
    Sebelum Mieya mengamalkan Vitamin C nie, korang hulur je lah apa-apa makanan sekalipun dekat Mieya. Mesti akan tinggal baki sisa-sisa makanan yang tak dijamah. Sebabnya, Mieya macam takde selera sangat. Padahal perut masih lagi lapar nak makan lagi, tapi tekak dah tak boleh nak tampung. Kekadang rasa macam mual and nak termuntah pon ada.

    • badan rasa lebih ringan
    Kenyataan ini turut diakui sendiri oleh emak Mieya. Hari pertama beliau mengambil vitamin c nie, pada keesokannya emak Mieya beritahu yang badannya bertambah ringan. Buat kerja, bergerak aktif ke sana sini pon takde rasa letih mahupun sengal-sengal badan. Bila badan cergas, nak bekerja pon bertambah semangat!
    • Membantu mengurangkan masalah gigi sensitif
    Ya, Mieya merupakan seorang penghidap gigi sensitif sejak zaman bangku sekolah lagi. Minum atau berada dalam cuaca yang sejuk (hujan), gigi mula lah nak meragam je. Tak kira waktu, sama ada siang mahupun sebelum tidur. Begitu juga bila minum atau makan makanan yang panas. But, alhamdulillah. Kini, Mieya dah takde alami masalah gigi sensitif lagi.
    • kulit muka semakin kurang berminyak. Blackhead pon kurang jugak.
    Haa... Bab nie yang paling membuatkan Mieya stress sekali, iaitu masalah kulit berminyak. Hal ini sekaligus menjadikan kulit muka Mieya kusam, dan kelihatan lesu, tak bermaya. But now, takde lah nak stress sangat. Sebab kadar minyak di muka sekadar untuk melembapkan kulit sahaja. 


    Gambar kiri & kanan atas : di bawah cahaya lampu pendarflour
    Gambar kanan bawah : di hadapan cermin (YEAR 2013)
    • Kulit badan bertambah sekata
    Setakat ini, Mieya cuma perasan yang kulit badan Mieya sudah semakin sekata. Takde lah nampak ketara sangat belang-belangnya. Cuma part kaki je lah yang masih gelap lagi, berkemungkinan sebab pakai flatshoe tanpa memakai stokin.
    • Merawat jangkitan batuk, selsema serta meningkatkan imuniti
    Macam Mieya, setiap pagi selepas bangun dari tidur. Mesti hidung berair macam selsema gitu. Tapi alhamdulillah, sekarang dah tak ada dah. 

    Okey. itu sahaja antara kesan pengambilan Vitamin C Pahang Pharma yang Mieya boleh nampak dan rasainya sendiri. Mungkin tak sama kesannya dengan orang lain. Sebab tubuh badan kita semua berbeza, maka kadar penyerapan dan penerimaan dalam tubuh badan masing-masing pon berbeza jugak.

    Jika anda sering merasa letih, lesu, penat… tak perlulah nak ambil ubat-ubat lain, cukuplah dengan melengkapkan keperluan tubuh anda dengan vitamin dan mineral yang diperlukannya. Tak perlu ambil ubat-ubatan pon sebenarnya jika korang mengamalkan gaya pemakanan dan hidup yang sihat.


    Jadi, bagi sesiapa yang ingin mencuba Vitamin C Pahang Pharma ni, boleh contact Mieya dengan mengklik link di bawah:

    Facebook Mieya

    Di Facebook nanti kita boleh cakap lebih lanjut. :)