Showing posts with label gaya hidup sihat. Show all posts
Showing posts with label gaya hidup sihat. Show all posts

10 Perkara Perlu Buat Selepas Bangun Tidur

Assalamualaikum semua :)

Selamat pagi. Korang semua bangun dengan selamat kah? ke masih lagi dibayangi dengan mimpi buruk semalam? Astaghfirullah, mohon dijauhkan lah ye.

Baiklah. Sebelum memulakan hari-hari korang dengan bermacam jenis aktiviti.. Apa kata kalau kita amalkan

Sunnah Rasulullah SAW Ketika Bangun Daripada Tidur
Mengamalkan sunnah bukan untuk membangga diri mahupun menunjuk-nunjuk tetapi  keperluan terhadap pengamalannya. Di kesempatan ini marilah kita mengamalkan sunah Rasulullah S.A.W sedaya yang mampu.

1. Menyapu kesan-kesan tidur di muka dengan tangan.

2. Membaca doa bangun Tidur

3. Bersugi



7 Perkara Yang Perlu Dilakukan Ketika Bangun Pagi. 

1. Bersyukur
Bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang untuk meneruskan hidup. Di mana kita juga masih diberi kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Mulakan Dengan Bismillah
Setiap perkara yang kita ingin / akan lakukan, mulakanlah dengan Bismillah. Insya allah segala urusan akan dipermudahkan OlehNya.

3. Motivasi diri
Pasang niat dalam hati kita supaya kekal bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

4. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi atau Tazkirah di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3. Luangkan masa 5-10 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ini.


5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Apa yang pasti.. Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup kita ibarat dalam satu bulatan, situ-situ saja. pi mai pi mai, tang tu jugak. Tiada perubahan.

Apa kata mulai hari ini, kita ubah sikap masing-masing. Set target apa yang korang mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
( warna hijau baik untuk menajamkan mata )

7. Isikan Hati Dengan Kemaafan

Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang di waktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sehinggalah sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ini bersarang di hati (walaupun sedikit), lama kelamaan hati kita boleh mati. 
Kesannya, kita akan jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, kita boleh jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda. Bahaya kan?



Jangan selalu tidur terlalu lewat dan bangun lambat. KENAPA?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Wah, tajuk entri kali nie. Tak boleh bagi lagi lagi lagi panjang ke Cik Mieya oii?!! hehe, sorry !

Artikel ini adalah ehsan daripada google yang bertajuk "DON'T ALWAYS SLEEP LATE !". Dah tajuk pon bahasa inggeris, sudah semestinya artikel ini sepenuhnya ditulis dalam bahasa inggeris. 

Jadi Mieya telah mengambil sedikit masa untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu supaya kita lebih senang faham. Memandangkan google translator tak banyak membantu, maka Mieya terangkan mengikut kefaham Mieya je lah ye :)

Ingat lagi tak, dulu waktu kita semua kecik-kecik, emak dan abah selalu marah-marah kita. eheh, sebenarnya bukannya marah pon, boleh dianggap sebagai satu teguran dan nasihat.

 "JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!"

Cuba ingat balik, cuba ingat balik. Mesti ada kan? Kalau tak pun, cikgu-cikgu kat sekolah pun ada juga cakap macam tu. Haa.. Nak tahu KENAPA?

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah:
  1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.

Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastikan tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm - 11pm) : adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de-toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan berada dalam suasana yang relaks seperti mendengar muzik

Jika seorang suri rumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam (11pm - 1am) : Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am) : Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am) : Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalami batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan menganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am) : Proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am) : Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang sakit, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. 

Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai ke jam 4 pagi juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh  itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan”


Menu Diet Sihat Sepanjang 7 Hari

Assalamualaikum wbt dan selamat petang semua :)


Sudah menjadi kebiasaan ketika berada dalam keadaan tertekan, nafsu makan semakin menjadi-jadi sehinggakan ada yang tidak boleh mengawal. Semakin anda stress, semakin bertambahlah keinginan anda untuk mengunyah.



Oleh itu, hari ini Mieya akan kongsikan tips diet tujuh hari yang boleh anda lakukan sepanjang minggu secara berterusan untuk mendapatkan berat badan yang diingini.

Hari Pertama
Makan semua jenis buah kecuali pisang. Untuk minuman pula, minumlah minuman yang sihat dan semulajadi. Elakkan dari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan anda kerap mengambilnya. Selain itu, anda disarankan untuk mengambil sup dalam pemakanan anda.

Hari Kedua
Makan semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung. Anda tidak dibenarkan memakan kacang panggang dan yang seumpama dengannya. Makan sehingga anda sendiri puas dengan rasa sayur itu dan makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu. Pada sebelah malam pula, makan kentang putar dalam hidangan besar. Gantikan mentega dan mayones dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.

Hari Ketiga
Gabungkan menu hari pertama dan kedua. Tetapi anda tidak perlu memakan kentang putar untuk hari ketiga ini. Jika anda betul-betul mengamalkan diet ini, anda sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua hingga tiga kilogram.

Hari Keempat
Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak. Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang anda mampu. Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi anda harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram. Anda juga tidak boleh lupa mengambil sup dalam hidangan.

Hari Kelima
Anda dibenarkan untuk memakan daging putih (ikan atau ayam) yang berjumlah antara 300 hingga 600 gram, selain memakan 6 biji tomato segar. Tomato sebenarnya membantu mencernakan protein dari mencuci pembinaan asid urik. Pengambilan sup sudah memadai jika diambil sekali sahaja.

Hari Keenam
Anda dibenarkan memakan daging bersama sayur. Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung. Tetapi, jangan makan kentang putar. Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun. Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu anda.

Hari Ketujuh
Makanlah nasi menggunakan beras perang. Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran. Anda masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.