“Kun Fayakun” adalah serangkap ayat Al-Quranyang penuh sarat makna yang berselirat walau kalamNYA sedikit tercatat. Jika diamati secara mendalam, kita boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Apa itu "Kun Fayakun"?
Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia.
Berikut adalah ayat-ayat 'KUN FAYA KUN' dalam Al Quran:-
Hari ini, kalau tanpa Izin daripada Allah SWT.. Mieya dan abang hampir-hampir sahaja terlibat dalam satu kemalangan ngeri. Sebuah motosikal ditunggangi oleh seorang wanita, telah memintas sebuah kereta satria. Kebetulan, Mieya dan abang menunggang motor di belakang kereta tersebut.
Dan secara tiba-tiba, si penunggang motosikal tersebut membrek secara mengejut. (Padahal depan dia kosong, tak ada apa-apa kenderaan) Si pemandu kereta pon ikut sama menekan emergency brek. Manakala abang Mieya pon turut bertindak sedemikian rupa. Kalau diikutkan... kurang lagi seinci kami berdua hampir-hampir nak melambung di atas kereta tersebut.
Namun, syukur alhamdulillah. Allah masih lagi meyayangi dan melindungi kami berdua. Tiada apa-apa yang berlaku, tiada sebarang kehilangan darah atau nyawa. Cuma Mieya kini agak sedikit trauma, masih lagi terasa bagaimana denyutan jantung yang seakan-akan nak memecah keluar.
Serius, terus terimbau kembali kemalangan yang pernah Mieya alami sewaktu di zaman kanak-kanak dahulu ! Parut di badan masih lagi kekal, apatah lagi parut di hati. Sampai bila-bila akan kekal dalam ingatan Mieya.
Jika Allah berkehendak bila-bila saja dan dimana-mana saja, tiada tempat berlindung dan tiada tempat bersembunyi dari-Nya.
Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi Allah Taala...
Siapalah kita untuk mempertikaikan kekuasaan dan kehendak Allah!!!
3 comments:
kun fayakun... :)
yelah kan, kalau benda nak jadi elak mcm mana pun tetap jadi...
lepas ni kena lebih bhati2...kadang2 tu kita berhati2 cuma org sekeliling kita terlalu amik lewa..
apapun, alhamdulilah..mieya tak apa2...
umm syukur la mieya dn abg ok kn..
Post a Comment