Hampir Terpedaya Dengan Berita Palsu !

Assalamualaikum wbt :)

Beberapa hari yang lepas, kecoh di laman media sosial seperti Facebook dan Twitter mengenai satu info. Konon-kononnya, jika kita dirompak & dipaksa mengeluarkan duit di mesin ATM. Kita boleh meminta bantuan dengan memasukkan no. pin secara terbalik.

Okey. Buat makluman dan pengetahuan rakan-rakan sekalian, berita ini ADALAH PALSU semata. Di mana telah disahkan sendiri oleh pihak polis PDRM.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis, TIADA BANTUAN JIKA MASUK NOMBOR PIN TERBALIK !

Sebaran mesej kononnya bantuan pihak polis akan diterima sekiranya anda memasukkan nombor pin di mesin ATM secara terbalik adalah TIDAK BENAR. Pengesahan dengan Bank Negara Malaysia telah dibuat dan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan untuk keselamatan pengguna mesin ATM.

Jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dengan menyebarkan maklumat yang sahih kandungannya.



6 comments:

ezy.fia said...

skrg ni mmg byk tersebar berita2 palsu kat intenet.. sllu nye saye abaikn je mnde2 gni.. huhu..

Cik Itah said...

siapa la yang buat statement ni humm

ZalinZalina said...

Haritu kak ina pun dapat whatsapp benda ni..tapi memang tak rajin nak forward kat orang lain..anyway thanks for the info :)

Miss N™ said...

mcm2 org nak penipukan...
tapi tertnya2 juga..apa akan jadi kalau kita masukkan no.pin terbalik....

Ahmad Kamil said...

bantuan tak datang. yang dapatnya kad bank kena telan. haha XD

Exam dah habis
http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/11/exam-dah-habis.html

Siti Hajar said...

Baru nak percaya dengan nota macam ni. Tapi kalau kene rompak nanti macam mane :'(