Assalamualaikum wbt :)
Menurut Imam An-Nawawi,
Yang dimaksudkan dengan orang bermuka dua iaitu orang yang datang kepada satu kelompok dengan menampakkan seolah-olah dirinya berada di pihak mereka dan berseberangan dengan pihak lawannya. Tetapi pada waktu sama, dia juga datang kepada kelompok lain dan melakukan hal serupa.
Rasa benci dan menyampah sangat-sangat dengan mereka yang bermuka-muka nie. Segala apa yang kita ceritakan kepadanya ibarat bom jangka yang menunggu masa untuk meletus dan menghancurkan diri.
Ada tiga watak manusia bertalam dua muka ini.
1. Manusia yang bermulut manis di bibir tapi ada racun di hatinya.
Manusia jenis ini sangat vokal dalam berkata-kata dan mempunyai tarikan tersendiri hingga mempesonakan hati orang yang mendengarnya.
2. Manusia yang tidak berperasaan malu.
Kerosakan yang dilakukan semata-mata kerana tidak dapat mengawal perasaan apabila melihat orang lain mendapat kebaikan. Pada masa sama manusia yang bertalam dua muka ini menjanjikan lebih kebaikan yang tidak termampu untuknya laksanakan.
3. Manusia yang tidak boleh ditegur dan dikritik.
Mereka ini tidak boleh menerima pendapat orang lain serta menghormati perbezaan pendapat. Apabila diajak membetulkan kesilapan diri, diseru mengikut jalan yang betul serta diajak secara jujur, mereka menjadi sombong, angkuh dan bongkak.
What should you do?
Memang perkara biasa kalau ada kawan-kawan yang talam dua muka. Tapi walau apa pun, korang janganlah cepat melatah. Fahami situasi dan ambil tindakan sewajarnya. Jom kita tengok apa yang boleh dilakukan dalam menghadapi kawan sebegini.
1. Lembutkan mereka
Membalas dendam tak akan memberi apa-apa pulangan kepada you all. Silap-silap, keadaan jadi lebih buruk. Lebih baik you all ambil tindakan lebih bijak. Layan kawan you all tu seperti dialah sahabat terbaik pernah you all jumpa.
2. Menilai Diri
Apa kata you all ambil masa beberapa minit untuk muhasabah diri. Mungkinkah apa yang terjadi ke atas diri you all tu berpunca daripada diri you all sendiri? Mungkin sudah sampai masanya untuk you all menilai diri sendiri dahulu sebelum menyalahkan orang lain.
3. Jadi misteri.
Jadi mesra dan mudah bergaul tetapi tutup mulut bila perbualan mula mencungkil butir-butir peribadi you all. Satu lagi, jangan banyak mengkritik orang, tak kiralah di sekolah atau di luar. Ia boleh diputar-belitkan untuk menentang you all pula nanti.
Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mempunyai dua muka di dunia, maka pada hari kiamat kelak dia akan diberi dua mulut dari api neraka.” (Riwayat Abu Dawud dan Ad-Darimi dari Ammar bin Yasir)
Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya: “Jangan engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”