Novel : Sebenarnya, Saya Isteri Dia!

Assalamualaikum wbt :)

Sekarang ni memang dah jadi trend kan. Di mana kebanyakan drama dan filem diadaptasi daripada novel-novel tempatan. Tengok saja lah pada drama Adam dan Hawa, Setia Hujung Nyawa dan terkini, Sebenarnya Saya Isteri Dia! yang sedang bersiaran dengan rancaknya di salah sebuah stesen tv.

Sebut pasal novel, Mieya baru je lepas membeli novel Sebenarnya, Saya Isteri Dia! ni minggu lepas. Baru sempat baca beberapa bab disebabkan kesihatan yang kurang mengixzinkan.

So far, rasa sangat berpuas hati sebabnya jalan ceritanya yang lain daripada yang lain. (padahal drama nya kat tv pon Mieya baru sempat tengok berapa episod je)


Alhamdulillah, ada juga rezeki untuk memiliki novel ini. Masa nak beli hari tu pon, ngam-ngam tinggal sebuah je. huhu Nasib baik dapat diskaun lagi dari auntie kat kedai buku tu. Jimat duit !

Sememangnya bagi sesiapa yang merupakan penggemar atau kaki novel semestinya akan merasa teruja kuasa enambelas bila dapat tahu novel kegemaran mereka diadaptasi sebagai drama di tv. Yup, betul tu.

Tapi itulah, kalau buat drama yang diadaptasi dari novel ni, risiko dia besar. Misalnya, jika plot drama tak seiring dengan plot dalam novel. Besar kot impak dia kalau jadi macam ni, memang dapat kritikan hebat lah daripada pembaca novel tegar. hehehe 

Oh yaa! Novel "Sebenarnya, Saya Isteri Dia!" merupakan terbitan Karya Seni yang ditulis oleh Zura Asyfar. Teraju utama untuk drama ini ialah Tiz Zaqyah dan Izzue Islam.


P/S : Sinopsis dan drama episod penuh boleh dapatkan kat sini [klik]


16 comments:

Mime MF said...

cite yg ditunggu² every week..mihmih;3

Mysara Ab Rahman said...

tebal novel dye..mai pn lum baca lg tp slalu tgok drama tu..best!

Mummy MM said...

Best kan cite nie. Tapi saya jarang tengok takut tertagih.. (^_^)

nuyui a.k.a miss YUI said...

lama yui tak beli novel..huhu

azievee said...

Akak baru yer abis baca buku nie...best woooo...drama lg best sbb ada izzue...muhahaha

Miss N™ said...

Nak beli jugakkkk..!
Nak jugakkk....

apa yang pasti gandingan hebatkan dua pelakon tu.. :)

YatieOwner said...

hehe. jangan lupa tgk malam ni tau mia ^^
setiap hari jumaat, jam 9.oo malam. :)

✿INA AINAA✿ said...

memang sana sini jadi sebutan novel ni.... huu tapi masih blum menarik minat ena.. boleh beli untuk kakak ena ni

Unknown said...

kebanyakkan drama sekarang semua adaptasi dr novel.
tp baca novel lg best kot kan :D

lynndamya said...

wah rupa-rupanya, cerita ni pon dpd novel ya, haa tp sy suka mcm tu, sbb selalu bila tgk omputih buat movie based on novel, rase mcm apesal lah Malaysia tak ikot mcm tu, at least dua2 industri dpt nama kan, hehehe (n_n)
tp sy xminat bace novel and xtau citer ni mcm mana, dgr org ckp best ye..hehe

Hanis said...

best kot cerita nih. tp belum baca lg novel.

Jom Join! =)
http://myartcrafting.blogspot.com/2013/05/may-giveaway.html

Busyra Takiyudin said...

x suka baca novel. tp suka tngok drama kat tv.. hehe

Nina Linda:-) said...

hisy... Tak sbarnye along ajk gi beli novel nie...

Nina Linda:-) said...

hisy... Tak sbarnye along ajk gi beli novel nie...

mokxgg said...

Salam ,
Saya nak tanya ?
Adakah tersilap atau memang begitu ... seperti hidup mati segan tak mahu. Rasanya yg sebetul hidup segan mati tak mahu . M/S 780
Tq

mokxgg said...

Salam ,
Saya nak tanya ?
Adakah tersilap atau memang begitu ... seperti hidup mati segan tak mahu. Rasanya yg sebetul hidup segan mati tak mahu . M/S 780
Tq