Hari tu, Mieya ada perasan.. ramai juga lah di kalangan kawan-kawan blogger yang mencari keyword pasal Pengalaman Mendapat Cek Nuffnang. Serius, tetiba Mieya terimbas kembali zaman mula-mula Mieya bernaung di bawah syarikat pengiklanan Nuffnang ni.
FYI, Mieya mula bernaung dengan Nuffnang pada 26 Feb 2011, iaitu semasa Mieya Form 5. Mula-mula tu memang tak tahu lah apa itu Nuffnang? Apa fungsi Nuffnang? Tak ambil peduli pon sebenarnya. Saja je suka-suka letak. Eh, boleh pulak macam tu erk???
hahaha.. takde lah.. Kawan ajak join, Mieya pon join jugak lah. Sama jugalah semasa mula-mula nak buat blog dulu. At last, Mieya seorang je yang masih aktif berblog sampai ke la ni. huhuhu
Nak cerita pasal pengalaman pertama dapat cek Nuffnang nie, takde lah rasa something special pon. Sebabnya, Mieya pon ada pengalaman cashout tapi ditolak kerana dianggap fraud klik. Bunyi macam sedih kan? ha'ah, memang sedih pon sebenarnya. Tapi Mieya fikir positif, anggap sahaja itu bukan rezeki Mieya. Cuba lagi lain kali.
Walau bagaimanapun, bila dapat lagi peluang untuk cash out earning Nuffnang. And then, kali ni cek sampai kat tangan. Rasa teruja tu ada lah sikit. Yup. Sangat-sangat teruja sebenarnya.
Yalah. Sekurang-kurangnya, takde lah rasa macam pembaziran masa meluangkan sesuatu aktiviti yang kita suka seperti online. Online-online jugak tapi dalam masa yang sama, still boleh menjana sedikit duit poket. Alhamdulillah, rezeki masing-masing.
Sememangnya.. Bukan mudah nak menjana pendapatan sampingan dalam blog nie. Semuanya memakan masa. Ada blogger yang dah bertahun-tahun bernaung di bawah Nuffnang tapi tak pernah merasainya lagi.
Macam yang pernah Mieya katakan dulu, jangan jadikan duit sebagai matlamat utama dalam berblogging. Tumpukan dulu pada pengisian blog korang, sama ada dari segi kualiti mahupun kuantiti.
Berblog lah secara ikhlas. Jadikan blog sebagai salah satu wadah untuk berkongsi ilmu dengan orang lain. Insyaallah, rezeki tu akan datang sendiri kepada kita.
26 comments:
yea, mula2 dapat memang terujakan mieya.. bukan pasal pe.. pengalaman juga penting kan mieya.
akak dptpn sbb rezeki jer, tak hrp 100% hasil dr iklan nuff
betul tu... dlu agak lama juga ena menunggu duit muncul kat nuffnang, tapi berkat kesabaran alhamdulillah, nuffnang ena sekarang dapat sambutan.. tunggu nak cash out je lagi.. syg nuffnang! hehe
Thanks mieya. Entry mieya msedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada fifiy ^_^
Tahniah2 sy lum merasa lg dpt cek dri nuff ni sb baru lg berblog
betul tu mieya ;) berblog dengan ikhlas.
bestnya dapat cek.. i xprnah pon. baru ada bape ringgit je..
Aritu time nk register nuffnang, x bole nk proceed, suck kt survey..kenapa ye?
salam...hi mieya...akak dtg jenguk di sini ;) mesti mieya byk cashout kan???hihii...nak cikitttttttt..lallalaa
Setuju sgt dgn ayat 'jgn jadikan duit sbg matlamat utama' ^_^
KAK BUI BARU SEKALI CASH OUT..NOW,NK KUMPUL BYK2 DULU BARU CASH OUT LAGI..^_^
assalamualaikum. tia sendiri ambil masa yang lama baru dapat merasa duit dari nuffnang.
sgt setuju dgn mieya,...
jgn jadikan duit matlamat utamakan...
jangan mudah jemu kalau buat sesuatu tu...:)
@Mohd Hakim Faiz Ya, betul tu. Lagipun, bukan senang nak merasa hasil pendapatan dari dunia maya nie kan?
@umi alya Betul tu kak. Tak harap sangat pon sebenarnya. Tapi cuma anggap sebagai side income sahaja. Sekurang-kurangnya sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kewangan. Betul tak?
@✿AINAA ROSEBERRY✿ Itulah. Kalau nak dapatkan sesuatu tu, perlukan kesabaran yang tinggi disamping usaha yang berterusan. Insyaaallah, kalau dah tertulis disitu rezeki kita, maka dapatlah kita hasilnya nanti.
@✗ ⓕⓘⓕⓘⓨ ⓕⓘⓣⓡⓘⓐⓝⓘⓔ ✗ Sama-sama kasih. Pengalaman yang kita miliki sewajarnya dikongsikan bersama..
@Izza Sakura Terima kasih. Alhamdulillah, rezeki.
@Liza Licha Takpe sis. Cuba lagi lain kali okey? Yang penting, jangan sesekali patah semangat dan putus harapan. Sentiasa berusaha untuk memajukan blog kita. Insyaallah, rezeki tu akan menyusul kemudian.
@Teena Tna Yang tu, maybe ada masalah technical agaknya. Boleh refer kepada pihak Nuffnang dengan menghantar ticket kepada mereka.
@AzieFirdaus Kamarudin Wa'alaikumsalam kak.. Haiii!
Takde lah banyak mana pon kak. Baru 4 kali sahaja.
@Lily RIna Yes, its true! Kalau kita jadikan wang sebagai matlamat utama. And if one day, kita tak dapat wang tersebut seperti yang dicanang-canangkan oleh semua orang. Hal ini sekaligus akan menyebabkan mood berblogging kita down. And once mood dah takde, kita akan jadi tak bersemangat nak berblog lagi..
@Puan Bui Junaidi Good luck kak bui. Chaiyokkkk !
@Cik Nur™ Ya. betul tu Cik Nur.
@Mila Ahmad Betul tu kak. Kalau dah jemu, cepat-cepat cari penawar bagi mengelkkannya daripada terus melarat.
Post a Comment