Entri kali ini sekadar untuk perkongsian kita semua sesama umat Islam. Rasanya mungkin dah ramai di kalangan kalian yang dat tahu. Tapi takpe. Tak salah jika kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain kan?
Pada malam Jumaat ini banyak amalan-amalan yang boleh kita lakukan. Di antara amalan-amalan malam Jumaat tersebut adalah :
1) Membaca Surah Al-Kahfi
Bahawa sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat itu, Allah mengampuni dosanya dari Jumaat ke Jumaat. Ianya diberi cahaya kesucian oleh Allah antara Jumaat ke Jumaat.
2) Membaca Surah Yassin
Amalan yang kedua yang harus kita amalkan ialah membaca surah Yaasin.
Dari Abu Hurairah ra. Sesungguhnya Rasulullah ﷺ telah bersabda ; “Barangsiapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.”
Mengenai keutamaan surah Yaasin, Nabi Muhammad ﷺ telah menyebut dalam hadisnya: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, adapun hati al_Quran adalah Yaasin. Siapa yang membaca Yaasin, maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali.”(HR Tarmizi)
3) Berselawat
Selain itu, kita harus memperbanyakkan zikir, doa dan selawat. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyebut tentang selawat kepada Nabi. Diantaranya ialah; Firman Allah SWT :
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat –Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna kepadanya(Nabi).” (Al-Ahzab:56)
Dari Abdullah bin Amar bin Ash ra sesungguhnya ia mendengar Rasulullahﷺ bersabda: “Siapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat(memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.” (HR Muslim)
Dari Abdullah bin Mas’ud ra bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda: “Manusia yang paling utama bersamaku nanti pada hari Kiamat, ialah orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku.” (HR Tarmizi)
4) Jimak
Amalan yang lain adalah seperti berjimak iaitu bersetubuhan. Berjimak dengan isteri diberi pahala oleh Allah SWT sekiranya dilakukan dengan adab yang diajar oleh Islam.
Imam Syafie berpendapat, ada tiga malam dalam seminggu hukumnya sunat menjimak isteri. Malam-malam tersebut ialah malam Jumaat, malam Khamis dan malam Isnin. Ini kerana Nabi Muhammad SWT mendekati isteri-isteri baginda pada malam-malam tersebut.
Antara adab-adab berjimak ialah mengucapkan salam, lakukan dengan hati yang gembira, berpakaian bersih dan wangi, nikmati kepuasan bersama-sama, berwudhuk sebelum berjimak, menggunakan selimut, membaca doa sebelum dan selepas berjimak, bersifat lemah lembut, mensyukuri nikmat, dan membersih kemaluan setelah berjimak.
5) Qiyamulail
Amalan yang seterusnya ialah Qiyamulail (solat malam) iaitu bangun pada waktu malam hari untuk mengerjakan ibadah kepada Allah SWT serta bermunajat kepadaNya untuk memohon keampunan dengan mengerjakan ibadah solat sunat.
Selain itu keutamaan solat Qiyamullail dapat menghindarkan diri daripada gangguan syaitan seterusnya mendapat nikmat kerana dapat berhubungan langsung dengan Allah SWT.
6) Perbanyakkanlah zikir, bertasbih, bertahmid dan bertakbir
7) Memperbanyakkan permohonan dan doa kepada Allah SWT.
6 comments:
mmg perlu ingt mgingati antara satu sama lain sbb kita sllu je lupa...
thanks for sharing mieya..
kebanyakkn suka baca yassin malam
jumaat je..hri2 len pn bleh baca, tpi saya suka baca mlm jumaat je..tu pun bukanla selalu sgt..tpi alhmdullilh
dapat bacakn..:)
saya dah follow mieya..:)
jemputla datang ke blog saya ye nanti
http://sekuntumbungazara.blogspot.com
time kcih..=)
kebanyakkn suka baca yassin malam
jumaat je..hri2 len pn bleh baca, tpi saya suka baca mlm jumaat je..tu pun bukanla selalu sgt..tpi alhmdullilh
dapat bacakn..:)
saya dah mieya..:)
jemputla datang ke blog saya ye nanti
http://sekuntumbungazara.blogspot.com
time kcih..=)
Alhamdulilah. Bertambh ilmu sye :)
Post a Comment