Berakhirnya Sinetron Broken Vows


Assalamualaikum dan salam sejahtera kalian.

Jarang sangat nak tengok Mieya review sinetron, drama mahupun filem kat ruangan blog nie. Selalunya kalau buka je blog Mieya Atiera nie, mesti sinonim sangat dengan entri panjang kemain, pasal tips-tips serta secuit informasi. Entah pape.

Tapi kali ni, Mieya nak share pasal Sinetron dari Fillipina yang baru sahaja tamat semalam, Broken Vows. Tahu tak, yang Mieya nie susah sangat nak betul-betul fokus menonton sesebuah cerita sampai ke episod akhir sekali?

Yup, betul !  Kekadang tengok cerita yang bersambung-sambung nie sampai sekerat jalan je. Lepas tu, selalu je skip skip. Tapi berlainan pula dengan Sinetron Broken Vows nie.

Daripada episod pertama sehingga lah ke episod akhir, walau sesibuk manapun Mieya waktu itu.. Mieya akan setia melekat kat depan tv tepat pukul 3 petang. Kekadang tu, gigih sampai set alarm kat telefon semata-mata tak nak terlepas sesebuah episod.


Pelakon: Bianca King, Gabby Eigenmann, Luis Alandy dan Rochelle.

Sinopsis BROKEN VOWS

Melissa (Bianca) seorang wanita yang cantik dan pintar. Tetapi dia mempunyai pengalaman pahit. Dia pernah diculik dan dirogol. Roberto (Gabby) mencintai dan berjanji ingin mengahwini Melissa. 
Malangnya, sebelum mereka berkahwin, Melissa mendapati dirinya hamil (tanpa mengetahui siapa yang telah merogolnya sebelum ini). Adakah Roberto akan mengotakan janjinya atau mematahkan janjinya kepada Melissa?
Nasib Melissa diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Roberto tidak dapat menerima keadaan Melissa yang sedang mengandung anak lelaki lain dan meninggalkannya pada hari perkahwinan mereka. 
Tindakan Roberto itu memberikan tamparan hebat buat Melissa. Dunia menjadi gelap dan bagaikan tiada lagi hari untuk esok. Melissa bertindak membunuh diri namun diselamatkan Felix Rastro (Luis Alandy). 
Kehadiran Felix bagaikan sinar baru kepadanya. Sikap sabar dan prihatin yang ditunjukkan Felix terhadap Melissa dan anaknya, Eva membuatkan keperitan yang dilaluinya semakin terubat. 
Malah Melissa juga mula jatuh hati pada Felix. Ketika Melissa mula merasai nikmat kebahagiaan bersama Felix, hidupnya didatangi semula oleh lelaki yang pernah menjadi sejarah dalam hidupnya. Roberto kembali untuk menebus kesalahannya dengan meminta peluang kedua. Adakah Melissa akan kembali kepada cinta pertamanya? Apakah yang akan berlaku seterusnya?



Episod akhir, boleh ditonton disini :


Lepas nie, drama Dangeous Love pula yang bakal menggantikan Broken Vows. Tak sabar pulak nak tengok drama fillipina nie. Adakah drama ini boleh melawan kekuatan dari drama sebelum nie? Sama-sama lah kita saksikan ye :)


13 comments:

Anonymous said...

Saya sejak akhir2 ni, layan jugak broken vow ni ;D hee

Sally Samsaiman said...

sally tak sempat tgk...tgk kadang-kadang sbb keja...selalunya ibu la jadi mangsa kena cerita...sally tertarik sbb lagu dia pnh jadi OST Meteor Garden dulu

azievee said...

hai mieya...dah lama x tengok drama bersiri takut terikat...best ekk...kawan akak pun selalu cite kat pesbook siap marah2 lagi...menghayati betoi...hihihi

ezyra taharin said...

dah lama tak layan mane2 drama filipina atau pon korea..huhu...

Isya said...

memang best citer ni!!
semalam sempat tengok past last2 tu. taktau pulak episod akher., nasib baek sempat tengok... hehe..

✿INA AINAA✿ said...

hehe ena ni tak minat sinetron ni... cerita Vow yang orang putih tu ena tengok...

Miss N™ said...

percaya tak, Nur langsung tak pernah tgk...huhu

kyo_9 said...

plot yg sama boleh dijumpa dalam majoriti novel jiwang kt malaysia.. haha

Mummy MM said...

Saya tak penah g tengok cite nie.. Teringat saya cite kegemaran saya dulu yang tak habis ditonton.. Huhu..

Nur Zulaikha said...

tak tgk pun..huhuhuh

Unknown said...

KAK BUI PULAK TGH GIGIH TENGOK PANGAKO SA YO..WPUN DRAMA NI DH LAMA P TETAP JUGAK NK TENGOK LAGI..

PENAT JUGAK SBB PANJANG BERJELA TP SBB DH TONTON DR EPISOD 1 KENALAH TENGOK SAMPAI HABIS KAN..^_^

Anonymous said...

x sempat nk tgklah ! hehehe

jaakechik said...

jaa pun x pernah missed tgk citer ni tau, kalo tlepas mesti jenguk kat tonton...hehehee... best! suka sgt kat felix!