Assalamualaikum dan salam sejahtera kalian.
Jarang sangat nak tengok Mieya review sinetron, drama mahupun filem kat ruangan blog nie. Selalunya kalau buka je blog Mieya Atiera nie, mesti sinonim sangat dengan entri panjang kemain, pasal tips-tips serta secuit informasi. Entah pape.
Tapi kali ni, Mieya nak share pasal Sinetron dari Fillipina yang baru sahaja tamat semalam, Broken Vows. Tahu tak, yang Mieya nie susah sangat nak betul-betul fokus menonton sesebuah cerita sampai ke episod akhir sekali?
Yup, betul ! Kekadang tengok cerita yang bersambung-sambung nie sampai sekerat jalan je. Lepas tu, selalu je skip skip. Tapi berlainan pula dengan Sinetron Broken Vows nie.
Daripada episod pertama sehingga lah ke episod akhir, walau sesibuk manapun Mieya waktu itu.. Mieya akan setia melekat kat depan tv tepat pukul 3 petang. Kekadang tu, gigih sampai set alarm kat telefon semata-mata tak nak terlepas sesebuah episod.
Pelakon: Bianca King, Gabby Eigenmann, Luis Alandy dan Rochelle.
Sinopsis BROKEN VOWS
Melissa (Bianca) seorang wanita yang cantik dan pintar. Tetapi dia mempunyai pengalaman pahit. Dia pernah diculik dan dirogol. Roberto (Gabby) mencintai dan berjanji ingin mengahwini Melissa.
Malangnya, sebelum mereka berkahwin, Melissa mendapati dirinya hamil (tanpa mengetahui siapa yang telah merogolnya sebelum ini). Adakah Roberto akan mengotakan janjinya atau mematahkan janjinya kepada Melissa?
Nasib Melissa diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Roberto tidak dapat menerima keadaan Melissa yang sedang mengandung anak lelaki lain dan meninggalkannya pada hari perkahwinan mereka.
Tindakan Roberto itu memberikan tamparan hebat buat Melissa. Dunia menjadi gelap dan bagaikan tiada lagi hari untuk esok. Melissa bertindak membunuh diri namun diselamatkan Felix Rastro (Luis Alandy).
Kehadiran Felix bagaikan sinar baru kepadanya. Sikap sabar dan prihatin yang ditunjukkan Felix terhadap Melissa dan anaknya, Eva membuatkan keperitan yang dilaluinya semakin terubat.
Malah Melissa juga mula jatuh hati pada Felix. Ketika Melissa mula merasai nikmat kebahagiaan bersama Felix, hidupnya didatangi semula oleh lelaki yang pernah menjadi sejarah dalam hidupnya. Roberto kembali untuk menebus kesalahannya dengan meminta peluang kedua. Adakah Melissa akan kembali kepada cinta pertamanya? Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Episod akhir, boleh ditonton disini :
- Telenovela Broken Vow Episode 43 Part 1
- Telenovela Broken Vow Episode 43 Part 2
- Telenovela Broken Vow Episode 43 Part 3
- Telenovela Broken Vow Episode 43 Part 4
- Telenovela Broken Vow Episode 43 Part 5
- Telenovela Broken Vow Episode 43 Part 6
- Telenovela Broken Vow Episode 43 Part 7
- Telenovela Broken Vow Episode 43 Part 8
- Telenovela Broken Vow Episode 43 Part 9
- Telenovela Broken Vow Episode 43 Part 10(Akhir)
Lepas nie, drama Dangeous Love pula yang bakal menggantikan Broken Vows. Tak sabar pulak nak tengok drama fillipina nie. Adakah drama ini boleh melawan kekuatan dari drama sebelum nie? Sama-sama lah kita saksikan ye :)