Baru Dapat Tengok Skyfall Dan Looper

Assalamualaikum wbt and hi semua :)

Dah lama tak tengok movie. Yela, since Mieya sambung belajar hari tu sampai la nie (lepas quit study), tv langsung tak terbuka. Lagi-lagi, bila rumah sedang di-renovate nie. Jangan kata nak tengok tv, bayang piring astro mahupun aerial langsung tak jumpa. So lifeless you know?

Disebabkan rasa bosan yang teramat, Mieya pon memulakan operasi mencari dan menggeledah almari CD kat rumah. Puas dibelek-belek satu persatu, dan akhirnya dua DVD telah dipilih untuk ditonton nanti. Filem Skyfall dan Looper.


Skyfall dimulakan dengan babak mencemaskan apabila Bond bertarung dengan seorang musuh yang sangat licik di Istanbul. Dalam pergelutan itu, Bond telah terkena tembakan selepas tembakan itu dilepaskan oleh rakan setugasnya, Eve Moneypenny (Naomie Harris) - atas arahan M sendiri.

Bond dilaporkan 'mati' namun akhirnya muncul semula setelah sekian lama memencilkan diri. Bond dipanggil  untuk memburu kumpulan pengganas itu yang diketuai Raoul Silva / Tiago Rodriguez (Javier Bardem) selepas ibu pejabat MI6 di tengah-tengah kota London, dibom pengganas.

Manakala,

Joe ialah seorang pembunuh upahan atau dipanggil 'looper' yang bekerja dengan mafia pada tahun 2044. Pada 30 tahun akan datang, mesin masa telah dicipta dan digunakan oleh geng mafia ini untuk menghapuskan musuh mereka. 

'Looper' bertanggungjawab membunuh sesiapa saja yang dihantar menerusi mesin masa. Mangsa diikat dan disarungkan kain pada wajahnya bertujuan bagi menyembunyikan identiti. Sehinggalah suatu hari, Joe (
Gordon-Levitt) ditugaskan untuk membunuh dirinya sendiri yang dibawa dari masa depan. 

Ketua mafia pada masa depan yang hanya dikenali sebagai Rain Maker ingin menghapuskan kesemua 'looper'. Justeru, Joe versi tua (
Bruce Willis) dan versi muda harus bekerjasama untuk mencari Rain Maker yang ketika itu masih seorang kanak-kanak (Pierce Gagnon). Budak lelaki itu mesti dibunuh agar sejarah dapat diubah. 

Cerita yang penuh dengan aksi mencabar, mendebarkan dan mengerikan. Lagi-lagi bila tengok movie dalam bentuk HD nie. Luka-luka atau kesannya memang nampak lebih jelas lah. Entah la. Susah untuk digambarkan dengan kata-kata.



Mesti ada yang tanya, kenapa Mieya tak download sahaja movie-movie terkini di youtube? Kan senang?

Cenggini lah nasib bila menggunakan broadband. Nak download itu ini, sentiasa fikir 2,3,4 kali dulu. Adakah line internet di kemudian hari akan mencapai tahap kelajuan seperti hari ini? Mesti lah tak kan? So nak tak nak, kena berjimat.

P/s : Mieya gemar menonton cerita yang berkonsepkan macam nie, sains fiksyen, thriller and etc. Kalau cerita romantik, jiwang dan lovely bagai tu memang kurang nak layan sikit lah. Tak tahu kenapa.


17 comments:

Fiza Rahman said...

Tak tgk lagi.

NoEn said...

dh lama xtgk movie

Miss N™ said...

oklah tu..
percaya tak, nur tak tgk pun lagi..
kikikikiki..

Umialya said...

byk2 movie, mesti blog beratkan..

Anonymous said...

skyfall best... n tq sudi ke blog KA all this while ye, sgt2 KA hargai

Qashmere said...

saya pon belom tengok skyfall

Unknown said...

cik siti tk tgk pn lg...tak ada hati nak tgk...huhu

-eim- said...

tu la kan...lau gn broadband, nk download something nk kena pk bpuluh kali...
jimat limit la katakan..

tp kalau dh bosan sgt, balun ja..nt akhir2 bband dh lembab..-.-"

Unknown said...

@Fiza Rahman Cuba lah tengok. Tapi kalau tak berani, jangan dipaksa. huhu

Unknown said...

@NoEn Sama lah dengan Mieya. Ni pon baru ada masa nak tengok.

Unknown said...

@NoEn Sama lah dengan Mieya. Ni pon baru ada masa nak tengok.

Unknown said...

@Cik Nur Ouh, really? Bukan apa, ramai sangat yang bercerita pasal Skyfall. Best lah, itu lah ini lah. Sebab tu Mieya terjebak nak tengok jugak.

Unknown said...

@umi alya Itu kalau download. Macam Mieya. Just masukkan cd or dvd je. Nak download memang jenuh lah kan, nak menunggunya.

Unknown said...

@Kesuma Angsana Betul tu KA. most welcome. Terima kasih sebab selalu meluangkan masa di blog Mieya jugak :)

Unknown said...

@Qashmere Try lah tengok kak. Serius, best sangat !

Unknown said...

@eimah siti OH, Why sampai takde hati pulak? Btw, cerita nie bukannya ada kena mengena pasal cinta ke, romantik ke. Just sains fiksyen, penyiasatan dan some thriller sikit.

Unknown said...

@-eim- Betul tu :)