Saya dah ambil Suntikan HPV. Anda Bagaimana?

Assalamualaikum wbt :)

Wow ! Hari nie sahaja, sekali 2 entri telah Mieya publish. Ini merupakan satu perubahan yang amat bagus sekali buat korang semua. herherher habis lah dashboard korang ! Semunya bakal dipenuhi dengan update terbaru daripada Mieya.

Hahaa.. gurau je lah. Actually, hari-hari di penghujung minggu ini tersangatlah membosankan bagi Mieya. Kalau lah diri ini mempunyai kuasa superman, mahu sahaja Mieya terbang balik ke rumah tersayang. At least, boleh juga bersantai-santai sambil melantak puas-puas di rumah.

Actually, hari ini.. Mieya nak ucapkan conguralation atau tahniah kepada diri sendiri kerana telah menempuhi suntikan vaksin HPV dengan jayanya. Yeay! 

Di saat orang lain berniat untuk melarikan diri dengan muka takutnya, hampir-hampir nak menangis, melalak, melolong dan seumpamanya. Mieya tetap rileks, hanya cool je. Rileks lah k. Injection je kot? (clap, clap, clap)


Apakah suntikan HPV? Dan mengapa kita (ladies) perlu mengambil pelalian ini?

Ladies, please listen and read it carefully. 


Suntikan pelalian HPV atau nama penuhnya Human Papilloma Virus (HPV) ini merupakan antara usaha pencegahan kanser rahim. Kanser servik adalah kanser ketiga paling kerap dikesan dikalangan wanita selepas breast cancer and kolorektal cancer.



Tips
Masa nurse nak suntik tu, make sure you all relax kan your body, jangan keraskan badan pulak. Bagiiar semuanya rileks and sempoi, in shaa ALLAH takkan rasa sakit. Cuma akan merasa kebas dan lenguh, bergantung pada kekuatan tubuh masing-masing :)


P/s : Ini baru suntikan kali pertama. Kali kedua pada 23 haribulan Februari 2013 manakala suntikan kali ketiga selepas enam bulan. Takpe slow-slow. MENCEGAH kan LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.


18 comments:

Umialya said...

tahniah mieya

EkaTikah said...

kite baru buat yg pertama. suntikan kedua minggu depan.. hee..

nurulazieyan said...

pnh dengar tp tk pnh amik...free ke?
rasanye mahal selalunye

Miss N™ said...

Tahniah Mieya....!

ehh..sakit tak..?
Nur fobia dengan jarum2 ni..huhu

CikMunBlogger said...

mun tak ambil suntikan HPV lagi . hehe

azievee said...

Untuk remaja je kan...akak dah tua...hehehe

Myra Jay said...

Memang dalam perancangan nak ambik, insyaAllah tahun ni la :D

nursuriani said...

yeke??? hurmmm belum lagi suntik2 neh huhuhu.

hana hadi said...

kerajaan ka? kalau umur mcm hana ni kena bayar..huhu berapa ye. dulu mahal giler. skrang xtau la mahal ke x

Unknown said...

@umialya Terima kasih kak.

Unknown said...

@^^eKaTiKaH^^ Wah, cepatnya.. Mieya pulak, bulan depan. hehe

Unknown said...

@butterfly Bagi yang lahir pada tahun 1993 dan 1994, free je.

Unknown said...

@Cik Nur Takde la. Cuma rasa kebas je tangan tu bila lepas terima suntikan tu.

Unknown said...

@CikMunBlogger Kenapa pula tak ambil lagi. TAKUT ye? hhaha

Unknown said...

@azievee Yup, special untuk mereka yang belum berumah tanggga lagi.

Unknown said...

@Myra Jay Good luck. Semoga tabah menghadapi kesan sampingan daripada suntikan tu.

Unknown said...

@Sue PeLik Ini mesti kes tak up-to-date dengan isu-isu semasa nie. Sebab tu nampak macam blurr semacam.

Unknown said...

@hana hadi Yup, under kerajaan. Caj yang dikenakan bagi mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas, takde lah mahal sangat.