Hari ke dua belas dalam bulan Januari. Bulan pertama dalam kalendar 2013.
Petang semalam, Mieya dengan perasaan yang berbelah baginya telah mengambil keputusan drastik untuk pulang ke rumah.
Rasa tertekan dengan suasana kehidupan di Universiti yang jauh berbeza dengan suasana di rumah. Di tambah pula dengan rasa rindu yang membuak-buak terhadap keluarga yang tercinta telah menyesakkan lagi segenap ruang pemikiran dahku.
Hari-hari, hati berasa sebak, meraung-raung, meronta-ronta ingin segera pulang ke rumah. Tak sanggup rasanya menanggung beban tekanan sebagai seorang pelajar dan juga sebagai seorang anak.
Bila dah melangkah ke alam universiti nie, terasa macam baru melangkah ke darjah satu. Rasa kosong, blank dengan apa yang pernah dipelajari suatu masa dulu sewaktu berada di sekolah menengah.
Sesi pembelajaran berjalan dengan pantasnya, kekadang sampai Mieya sendiri tak sempat nak pick up apa yang lecturer ajar. Hal ini menyebabkan Mieya semakin tertekan. Ditambah dengan kurangnya keyakinan diri telah menyebabkan rasa gusar yang menebal dalam diri Mieya.
Nampaknya, Mieya masih lagi gagal dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini. Tak tahu kenapa. Sudah puas rasanya, Mieya mencuba untuk menghilangkan perasaan ini, tapi masih lagi gagal sehingga kini. Jauh daripada ibu bapa memang amat menguji diri untuk menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.
Sometimes, diri sendiri rasa macam dah berputus asa. Rasa macam nak berhenti sahaja sesi pengajian ini. tapiiii....hmmm
17 comments:
Bersabar la mieya...pulang la dengan kejayaan...akak doakan kejayaan mieya & adik akak yg selalu mengeluh nak balik kat um tu..
buatlah keputusan yang tepat, lagipun ia berkaitan dengan masa depan..
xper Mieya, pelan2 biasakan diri dengan kehidupan kini, insya allah ia dipermudahkanNya, amin
jgn putus asa yunk.. ena dlu pun macam ni la.. until now, tmbah2 lagi jauh dari rumah, rasa nk pecah jantung.. dlu asasi, dekat je.. sejam dah smpai umah.. apapun, tunaikan hajat mak bapa kita terlebih dahulu... tabah ye miera
sabarlah mieya..
mula2 je...lama2 nanti terbiasalah...
ikhlaskan hati..insyaALLAH...semua ok.. :)
sbr sayang...
akak dulu sehari sebelum melangkah masuk U tuhan jerk yang tahu mcm mana susahnya hati...lepas dah masuk U ya ALLAH... kol mak tak henti2 menangis cakap nak balik. tak sanggup lagi berenggang dari keluarga tercinta..dah laa akak anak tunggal. hurmmm lama jugakk laaa cuba sesuaikan diri. seminggu tak jamah nasik. huhuhu memang balik cuti sem boleh kurus laaa. tak lalu nak makan kat sana. tapi lama2 alhamdlulilahhh.. bila dah jumpa kawan yang sekepala. geng yang boleh sama2. hm! lupa segalanya kat kampung. huhuhu. sonoknya belaja kat U mula terasa! huhuhu. semoga mieya tabah yer...sabar tau syg!
jangan give up dear
chill
kalau berhenti pun apa kebaikan yang dapat?
x ada pun kan.
jadi bersemangat la ok dear
memang dalam hidup kalau perjalanan hidup asyik smooth jer, tak best jugak kan. tak apa. pengalaman susah itu nanti akan matang kan kita chill okay .
biasa lah tuu mieya . sabar lah yew :)
Nape ni Mieya? Janganla camni.. Kita sama sama jauh dr family. Teruskan perjuangan k? :)
ehh, jangan berhenti. nanti sia2 je perjuangan mieya. cuba mieya cari kawan satu. yang boleh mieya share perasaan mieya. biasalah tu, first-first masuk uni ni, memang camtu. lawan perasaan tu okay dear.
salam perkenalan dari syaz :)
Nk berhenti apa..?
Berhenyi study ke.?
Jangan mieya...
mula2 je rasa xselesa...
sikit lagi mieya selesalah tu...
cuba teruskan tau..ingat bukan senang dapat tawaran belajar mcm mieya...
ciknur xmerasa pun masuk U.. bila dah dewasa mcm ni baru nyesal tak belajar sungguh2....
fikir betul2..jgn buat keputusan ikut hati ye..
meiya,
mai penang island, kita dok sembang2, makan2 ......makcik pon boleh pi ambik mieya,,,,bagitau :).
exam dah nak habiskan...lepas ni boleh balik cium ketiak mak...hehe
InsyaAllah, pelan2 ye Mieya..
Peringkat awal memang sukar, tp bila dah laluinya pasti akan rasa seronok tau..
dan akan merindui nanti :D
Mieya, nak tak tak nak kena sesuaikan diri juga. Lama lagi nak study kan. Keyakinan yg tinggi kena ada. Jangan stress², nanti terganggu pelajaran. Lama² nanti ok lah tu.
1st time ker berjauhan dgn family ?
jangan stress lagi :) dah ada jawapan untuk kekeliruan kannnn :)
adik sepupu cik lynn pn rasa cam mieya ni...
byk faktor ea...tp bile kite tak yakin mgkn itu yg terbaik...sbnr ye kayakinan adlah kunci sgalanya... ^^
eh mana boleh senang2 putus asa..rugi la..
Post a Comment