Resepi Mee Hailam

Assalamualaikum wbt dan selamat petang :)

Mieya nie, takde lah terror sangat dalam bab masak-memasak macam masterchef tu. Tapi, Mieya jenis orang yang suka mencuba sesuatu yang baru.

Seperkara yang korang tak tahu pasal Mieya, Mieya akan mula memasak bila Mieya lapar atau teringin nak makan sesuatu. Bab jadi ataupun tak, sesejenis masakan tu. Mieya tolak tepi, yang penting perut terisi. kehkeh


Haaa... Ini Mee Hailam. Segala macam benda yang mempunyai hubung kait dengan mee nie, memang Mieya minat betul lah. Especially Mee Sup buatan emak. Sangat lain daripada yang lain sampai ke la ni Mieya masih lagi tak boleh nak hafal bahan-bahan dan cara pembuatannya.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Mee Hailam nie senang je :

Bahan-bahan A : dikisar (blend)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
cili kering (sesedap rasa. Kalau suka pedas, letak lah banyak sikit)

Bahan-bahan B :
Kiub Ayam
Sos Tiram
Kicap
Mee
Isi ayam / daging
udang / sotong
sayur (lobak merah, kobis bunga, sawi)
Sebiji telur
Bancuhan tepung gandum dan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dahulu.
2. Masukkan bahan-bahan A yang telah dikisar dan tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kiub ayam, sos tiram, kicap dan bancuhan tepung. Kacau sebentar.
4. Apabila kuah mendidih, masukkan ayam/daging dan tambahkan sedikit air.
5. Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Apabila sudah empuk, masukkan sayur.
7. Masukkan udang dan telur.
8. Akhir sekali, masukkan mee. Kacau dengan penuh kasih sayang (ceh)
9. Siap untuk dihidangkan.

Senang kan? Petik jari pon dah boleh buat kan? eceh. Kalau petik jari tapi tangan tak bergerak, memang takkan siap lah sampai ke sudahnya.

Selamat mencuba bagi sesiapa yang nak mencuba !

P/s : Oleh kerana ketiadaan pati ayam di rumah, Mieya just gantikan mee dengan maggi goreng. And then, boleh lah gunakan perencah maggi goreng tu sebagai bahan rencah ye ^^



20 comments:

Unknown said...

ouhh mee hailam... sedapnyee.. sue kalau benda semua ade, baru rajin nak memasak, nak nak kena cari memang malas lah..heheh,

Miss N™ said...

amboii..petang2 tayang mee hailam..
jadi lapar terus tau...ihihihi..

nanti boleh cuba.. :)

Unknown said...

Serious Arina baru tanya mak Arina mcm mana nak buat mee hilam ni . nice sharing =) i'll try .

EkaTikah said...

waa, boleh try buat kat rumah lepas nie :D

Umialya said...

rajinnya mieya

✿INA AINAA✿ said...

wwooottt!!! sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. enq memey suka mee hailam, tmbah2 yang panas2... awww.. mekaceh bg resepi ni.. hehe

LaLa mhdnor said...

wah, boleh cuba ni.
x pernah try lagi masak mee hailam, hehe

najihahfara said...

nampak menyelerakan. boleh try nanti

nursuriani said...

adeh, mieya nak satu boleh tak??? huhuhu nakkkkkkkkkkkkk!!!

malumaluin said...

Blog yang menarik. Mari teruskan berbagi ide-ide kreatif lewat blog-blog menarik. Kunjungi juga http://malumaluin.wordpress.com/ Salam malu-maluin!

Amanina said...

mee hailam! favourite ni ^^ wkwkwk :D

Unknown said...

@Miss Sue Mieya kalau dah lapar. And then, cari barang takde. Mieya akan cuba juga adakan. hehe. kira kreatif tak?

Unknown said...

@Cik Nur haha. Makanan nie sesuai untuk santapan di waktu petang. Sebab tu petang-petang gini, baru publish entri ni.

Unknown said...

@Cik Arina Ouh, really? Selamat mencuba ye :)

Unknown said...

@^^eKaTiKaH^^ Selamat mencuba :)

Unknown said...

@✿A I N A A✿ Sama-sama. Selamat Mencuba ye :)

Unknown said...

@LaLa mhdnor hihi. Cuba lah. Resepi pon senang je kan? Selamat mencuba :)

Unknown said...

@najihahfara Selamat mencuba ye :)

Unknown said...

@Sue PeLik Anak dara gi dapur, belajar masak ye. haha

Unknown said...

@Amanina Sama lah. Selalu beli je. Nie dah tahu cara nak buat, lepas nie pulun buat sendiri lah. haha