Bangun pagi dengan merajinkan mental dan fizikal untuk mengadap buku Chemistry dan Physics yang tebal kemain. Padahal buku ini hanya diguna sepanjang satu sem ini je. -.-"
Tapi demi menambahkan kefahaman yang lebih dalam mengenai konsep dan formula-formula yang berkaitan dengan subjek tersebut, dengan bersemangat waja Mieya teruskan juga.
Setelah hampir 4 jam memfokuskan diri dengan buku pelajaran di pagi hari. Petang adalah waktu Mieya untuk bersantai di samping meregangkan urat-urat kepala hotak yang berselirat bersama blog tercinta. Ya, ieya akur dengan pernyataan tersebut.
Baiklah, berbalik kepada tujuan asal entri kali ini...
Sebenarnya, sejak dua menjak ini, inbox email Mieya kerapkali dikunjungi dengan email-email daripada segerombolan manusia dari luar negara yang tidak pernah Mieya kenali walau sekalipun. Yang lebih menghairankan, kesemua email tersebut hampir kesemuanya berkonsepkan perkara yang sama, iaitu mengenai pemberian wang.
Ughhh, susah rasanya jika nak dihuraikan kesemuanya melalui kata-kata sahaja. Jadi, meh kita layan butir-butir email yang sempat Mieya printscreen tadi.
email pertama :
Email kedua :
Email Ketiga :
Email keempat :
Email kelima :
wawawahhh. Pelik betul, dari mana pulak dorang semua ini dapat email Mieya kan? Rasaanya, ini mungkin salah satu taktik terkini bagi pihak yang tak bertanggungjawab untuk melakukan aktiviti penipuan online dengan cara menarik perhatian orang ramai.
Konon-kononnya,
- ada memenangi wang tunai daripada pertandingan yang tak pernah disertai.
- terpilih sebagai pemenang hadiah utama dalam acara cabutan bertuah
- mereka memerlukan agen sebagai pemegang amanah dalam menguruskan harta peribadi dorang
serta bermacam-macam lagi. Nasihat Mieya kepada korang yang menerima email yang berbaur seperti sedemikian rupa. Sila abaikan sahaja. Nampak sangat bohong !
Fikir balik, ada ke orang yang sanggup mengeluarkan wang perbelanjaan yang besar hanya semata-mata nak diberikan kepada orang lain?
Salam bertemu lagi~
16 comments:
akakpn byk terima email g2
amboihh..bukan main lagi menang duit..:P haha. sama, penah juga kena email2 cengini, cumamy email dia bagitua menang voucher, tapi rupa2nya fake. huhuuu
Tu la banyak gak dapat benda-benda cam nie...kadang-kadang pasal suruh update akaun bank...bahaya betol la
iye..memg perlu diabaikan..
semua ni spam kitte dpt bile byk join benda2 online nie...
sy perasan benda ni lepas byk cube dptkn mcm ebook/info2 dengn bg email ni..sejak itu email sy sentiasa dihujani spam nie..
so..msk kn je dlm spam. ada masa delete je ..
mun memang jarang bukak email . kalau jumpa benda camnie , mun buat tak taw je . tak penting . hehe
memang tipu semua ni!
selalu juga dapat emel mcm ni mieya..
nur delete kan jee....
la.. ingat akak sorang jer... ade setengah tu.. siap nk wat wasit tuk akak lagi.. huhu.. pakar mmenipu tul..
Boleh katakan hari2 dapat email camni..
Smpai naik malas nak bukak ha..
betul tuh mia! akak pun selalu gak dapat. akak punya semua tulis melayu. nama pun melayu dia tawarkan jaga syarikat dia laa bagi duit laaa huhuhu. macam2 kan?? jangan laa percaya benda2 mcm tuh bahaya sungguh!
hana pernah dapat emel cabutan emel bertuah.dia xmintak pun akaun bank. hana pun mcm percaya jugak kan. hana pun search internet berkaitan emel hana ni. ada satu blog ni bgtau pasal emel tu tipu.
Akk banyak dpt email mcm ni. Ignore jer.
KAK BUI PUN SLL DPT EMAIL 'BODO' MCM NI..BUAT SAKIT ATI JER..HUH
cik lynn xpenah peduli pn emel ni...huhu
kes macam ni byk terjadi.
email biasa semua orang pun dapat kot... hehe...
dulu OE punye email pun macam tu jugak... sekarang, macam dah tak ade.. mungkin orang tu dah pindah pada email orang lain kot.. ^^
Post a Comment