Keputusan Muktamad telah diambil !

Hai. Assalamualaikum wbt semua :)

Hari ini, jari-jemariku kembali aktif untuk menekan-nekan butang aksara-aksara huruf di papan kekunci notebook ku, lalu membentuk kepada beberapa patah perkataaan.

Ceiiittt, sungguh jiwang habis mukadimah entri kali ini. Siap berbunga-bunga bagai -.-"

Baiklah, Marilah Mieya straight  to the point tentang apa yang ingin Mieya sampaikan sebenarnya di entri kali nie.

Pada minggu lepas, Mieya ada bagitahu yang Mieya dengan rasa berbelah bahaginya telah kembali ke pangkuan keluarga untuk menenangkan fikiran. Dan akhirnya satu keputusan telah pun dibuat setelah mengadakan perbincangan tertutup bersama emak dan abah.

Mieya telah menyatakan segala macam apa yang telah mengusutkan kepala hotak Mieya selama ini kepada mereka. Di mana, Mieya tak boleh pick-up beberapa heavy subjek dalam Chemical Engineering ni. Dan akhirnya, satu keputusan muktamad telah diambil, yakni Mieya akan berhenti belajar dalam masa terdekat ini.

Sebelum ini, Mieya mengambil jurusan ini sebagai pilihan sebab minat Mieya yang lebih cenderung ke bahagian kejuruteraan. Tapi disebabkan, diri sendiri dah tak sanggup nak bawa subjek-subjek under this course. I need to stop forcing myself from continue it.

Study, bila-bila masa pon boleh. Cuma nak atau tak nak je.


20 comments:

Umialya said...

jika itu merupakan keputusan terbaik buat mieya, teruskan..

✿INA AINAA✿ said...

laa kenapa nak berhenti yunk???? rugi tau.. hurmm tapi tak mengapalah, itu keputusan sis kan.. =)

Miss N™ said...

dah muktamad ye mieya..
apapun, keputusan Mieya, nur hormati....

insyaALLAH...lepas ni mieya cuba apply yg mana terpikat di hati..

sementara tu, cuma2 lah tinjau kawan2 yg ade..tnya kos ape yg mudah dan happy.. :)

nursuriani said...

apa2 pun sis doakan yang terbaik untuk mieya k!!! :)

::CIK LYNN:: said...

sayang nya..huhu

ayut said...

:) its in your hands..u choose..hope akan dtg Mieya mampu peroleh yg lbh bek utk diri yer....

outbound malang said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

nursuriani said...

dtg sini jenguk mieya ok ke tak?? hehehe bila nak update neh?? already miss u dear! :)

Fiza Rahman said...

Tak per, ada rezeki bley sambung belajar lagi.

Unknown said...

@umialya Ya, Mieya rasa inilah yang terbaik buat masa ini.

Unknown said...

@✿A I N A A✿ Tak boleh bawa dah. Terpaksa menyerah kali ini. hmm

Unknown said...

@Cik Nur In shaa Allah, Mieya sekarang sedang cuba tenangkan diri and then memulakan perancangan semula demi masa depan yang belum pasti.

Unknown said...

@Sue PeLik Terima kasih sis.

Unknown said...

@::CIK LYNN:: Nak buat macam mana. Diri sendiri tak kuat dah. hmm

Unknown said...

@Hasrina Thank you :)

Unknown said...

@ayut In shaa allah.

Unknown said...

@Sue PeLik I'm try to be okey. Sekarang nie pon masih lagi cuba untuk mengembalikan semangat diri. In shaa aallah, akan berupdate jugak nanti.

Unknown said...

@Fiza Rahman In shaa Allah, mudah-mudahan ye kak.

Unknown said...

knape berhenti ??? dlm klas ramai yg bole tlg..

Unknown said...

@Nabil Asyraf Saya dah tiada kekuatan semangat untuk meneruskan sesi pembelajaran di sana.

Dengan pelajaran yang makin hari, makin mengusutkan kepala. Dengan jadual yang padat serta perasaan kurang keyakinan diri yang ketara di sana.

Dalam masa yang sama, saya taak nak menyusahkan kawan-kawan. Saya tahu kawan-kawan yang lain juga ada masalah mereka sendiri.

Mungkin silap saya, tak boleh nak biasakan diri dengan kehidupan disini.

Takpe lah, ilmu boleh dicari dan dipelajari di mana-mana sahaja. Cuma nak atau tak nak aje bagi diri kita untuk mempelajarinya.