Selamat Bekerja, Mieya !

Assalamualaikum wbt kalian :)

Ingat lagi tak dengan entri Mieya yang lepas, di mana Mieya ada cakap yang Mieya ada try attend interview kerja kat office abang Mieya. And guess what??

Mieya baru sahaja dikhabarkan daripada abang Mieya yang Mieya dapat kerja tu. Alhamdulillah. Syukur sangat !

Actually, Mieya tak berharap sangat pon, sebab waktu interview hari tu.. Mieya dah nampak jawapannya dari bos kecik. Tapi berlainan pula dengan bos besar, beliau telah memberi peluang kepada Mieya untuk bekerja.

Kerja apa? Ala.. kerja biasa je lah. Sesuai sangat lah dengan kelayakan cukup-cukup makan yang Mieya ada nie. Kerja sebagai kerani je. Duduk mengadap komputer hari-hari, isi maklumat berkaitan claim, akaun, dan seangkatan dengannya. Hari Isnin minggu depan Mieya dah start bertugas.

Tetiba terasa nervous pulak. Maklum lah, takde pengalaman bekerja lagi. Time sekolah dulu cuma sempat buat part time jaga koperasi sekolah je. huhuhu..

Eh, kalau lepas nie, korang jarang nampak Mieya update entri tu.. Faham-faham je lah ye? Kalau sempat pon, maybe entri auto-publish tak pun, update di waktu malam je.

Apa-apa pun, doakan yang terbaik buat Mieya. Wish me luck. :)


9 comments:

Anonymous said...

tahniah mieya..selamat menempuh alam pekerjaan...:)

EkaTikah said...

wah, tahniah. gdluck kerje :D

Unknown said...

okay tu mieya dapat kerja kerani :) Saya belum kerja lagi, dan memang takde pengalaman bekerja langsung. hee ;D

BeLLa said...

good luck ye! senyum sokmo kay..nice blog :) umur brapa ni? sy 20..huhu

Ayue Rejaluddin said...

Tahniah Mieya......
Buat keje elok2 tau..

Mummy MM said...

Tahniah sis

LaLa mhdnor said...

gud luck mieya, sy pun berdebar nak practical ni. x pernah keje katakan hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

slmt bekerja dear..[pglmn itu yg penting =)

Hazmin Hamudin said...

Tahniah ye. Ala... Kerani pun kerja jugak... Janji dapat pengalaman bekerjakan. Sekarang ni kerja tak boleh nak pilih sangat.