Cuba kira, dah berapa puluh jam Mieya tak menghupdate blog? harharhar... Ini semua gara-gara penangan PRU 13 yang baru sahaja berakhir kelmarin. Punyalah penat sampai tak ingat dunia. (k, tipu je tu)
Pagi-pagi dah bersiap sedia menjaga di kawasan yang ditetapkan, dari pagi sampai ke tengah hari. Check siapa yang sudah dan siapa yang belum mengundi lagi. And then, berhenti rehat sekejap, sambung sampai ke petang. Petang pulak hujan turun dengan lebat beserta dengan angin kencangnya. Lepas je hujan berhenti, sambung jaga balik sampai masa untuk mengudi tamat.
Pulang je ke rumah, terus tidur. Langsung tak fikir apa dah. And then, pukul 8 malam terus siap-siap duduk kat depan tv. Fuh, seharian penat melayan kerenah manusia. Macam-macam perangai luar biasa yang dapat Mieya perhatikan. Antaranya :
Racist, isu perkauman. Orang dari luar berhenti nak buat semakan, lengkap berbaju uniform parti pilihan. Dicaci, dikeji, disuruh menanggalkan baju tersebut lalu dipijak-pijak. Sangat teruk okey?
Perbalahan antara ahli keluarga. Misalnya, si ibu dan anak menantu merupakan penyokong kuat berlainan parti. Ada satu kes, yakni jiran Mieya. Si ibu melarang menantunya menjejakkan kaki ke rumah jika masih berdegil memihak dengan parti pilihannya.
Kutuk-mengutuk. Misalnya, pada malam sebelum hari pilihanraya tu, macam biasa ada ceramah kan? Tapi bila majlis ceramah digantikan dengan majlis bacaan Yaasin serta doa selamat. Ada yang mengutuk, siap cakap, "baca Yaasin untuk kuburkan si polan dekat kubur blablabla ke?"
Keadaan yang huru-hara. Tak tahu lah apa motifnya sampai ada yang nak buat kecoh pada hari mengundi. Maybe sebagai taktik nak tarik pengundi kot. Pada hari tu, ada orang yang mabuk, berjalan-jalan ke sana ke mari sambil merayu-rayu untuk mengundi parti blablabla..
Dakwat kekal. Ternyata memang ramai yang mempersoalkan mengenai keberkesanan dakwat kekal sepanjang hari mengundi hari tu. Kat tv, surat khabar kata tak boleh hilang. Tapi apa pasal dakwat kat jari saya boleh hilang (sambil tunjuk jari) ish3
Kalau dah lap sejurus selepas jari dicalit dakwat, memang lah boleh hilang gitu aje. Cuba biarkan sampai kering. Kesannya tetap ada melainkan dicuci dengan klorox dan seangkatan dengannya.
Dan yang paling dikesali, masih ada lagi individu yang tak ambil tahu langsung sol masa depan negara. Langsung tak keluar mengundi. Alasannya, memang tak boleh diterima dek akal lah. Ada yang kata, tertinggal ic kat kampung, call tak berjawab, terus pergi kerja dll.
Memang mencabar betul tugas Mieya semalam padahal tugasnya sikit punya simple. Tapi disebabkan faktor-faktor sekeliling telah menyebabkan ia menjadi satu tugas yang paling mencabar bagi diri Mieya.
18 comments:
Sibuknya hari (^_^)
biasalah Mieya, 5thn sekali bergaduh.. ala.. gaduh2 manja jer..
Macam2 hal kan... Itula kalau terlalu taksub kan..
dasyat jugak pengalam mieya..
tapi dalam facebook dan blog2 politik banyak sangat percanggahan maklumat tentang sesuatu perkara sampai tak tahu mana cerita betul dan mana cerita bohong
Akak pun bertugas pada hari mengundi jugak..penat sangat..;p
wah..ada pengalaman jadi sukarewalan ek..=)
Pengalaman tu kan..
Macam2 boleh tengok..
pengalaman terbaik yang tak mungkin pernah dapat dilupakan dalam hidup kan? ^_^ apa2 pun tahniah kerana telah berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai petugas...
Bestnya dapat pengalaman begini, mieya ;) Tahniah buat yang menang ;D
kalau kite mesti agak tertekan dgn suasana mcm tu. huuh, sabar je la
syoknye...pengalaman yg blh dijadikn kenangan utk hari tua
aah..masa mengundi..mcm2 ragam kita akan jumpe
kannnn,kerja simple tula yang buat kita pening kepalakan..
wah, eyqa dah 21 tapi x boleh undi lagi
satu tanggungjawab yang berat untuk dipikul :D
mieya jd spr ke??? huuuuuu ena sebenarnyaa takut kalau DAP yang pgg negara kita.. dah x kisah PAS ke BN ke yang menang, janji jangan bukan DAP
Orang kuat SPR ni. Hehe
Semuanya pengalaman kan mieya....
walaupun PRU dah selesai, tapi masih hangat diperkatakan....
dgn pengalaman dpt bljr realiti hdp dNegara ini..bgs pengalaman mcn ni. bkn blh dpt tiap2 hari..
Post a Comment