Masalah Mabuk Kenderaan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua :)

Mieya baru je lepas menonton konsert Kilauan Emas separuh akhir malam tadi. Satu-satunya rancangan televsyen yang paling sesuai dan tepat bagi Mieya sekeluarga bersantai dan menghiburkan hati setiap minggu.  Bergelak sakan sampai tak ingat dunia sekeliling dah. kehkehkeh :D

Okey, berbalik kepada tajuk entri kali ini.

Ada sesuatu tentang Mieya yang tak ramai orang tahu. Cuma ahli keluarga serta kawan-kawan rapat sahaja yang tahu mengenai ini. Sebenarnya, saya isteri dia! Eh, bukan nak cite pasal tu.

Sebenarnya.. sebenarnya Mieya ada masalah mabuk kereta. Dari kecik sampai lah dah meningkat remaja nie, Mieya masih dihurung masalah ini.

Bila naik saja kereta, secara automatik, kepala akan pening. Bila kepala pening, Mieya pon duduk senyap-senyap. Bila tengah senyap, tak lama lepas tu.. tekak rasa loya semacam.. Rasa nak muntah aje. Errr... korang pernah tak alami masalah sebegini?


And yang paling memeritkan, masalah ini semakin menjadi-jadi sepanjang tiga empat hari Mieya mula bekerja. Maklum lah, pergi kerja dengan abang Mieya dengan menaiki kereta. And then, balik je ke rumah, terus bergegas lari ke toilet untuk muntah.

Actually, Mieya pon tak sure apakah 'benda' kat dalam kenderaan yang buat Mieya jadi loya? Mungkin bila pasang aircond or bau enjin. Mungkin la.

Mieya ada juga try godek-godek google cari pasal petua mengatasi masalah mabuk kenderaan. Antaranya :

1. Madu Asli
Campurkan madu dengan sedikit garam dan minum dengan sedikit air sebelum anda memulakan perjalanan.

2. Halia
Hiris halia nipis-nipis dan kunyah lah halia itu. Atau masukkan hirisan halia tersebut ke dalam termos dan minum ketika dalam perjalanan.

3. Ubi Keledek
Basuh ubi keledek dengan air panas, kemudian kupas kulit. Sesudah itu, potong kecil-kecil dan jadikan sebagai kudap-kudap sepanjang perjalanan.

4. Ubat
Dapatkan ubat atau pil tahan mabuk di farmasi atau seperti yang disyorkan oleh pakar perubatan.

P/S : Tips-tips tersebut agak sukar untuk Mieya ikuti bila nak balik kerja tu. Nak makan ubat, sekurang-kurangnya kena 30 minit atau sejam sebelum bertolak pulang ke rumah. Nak amalkan yang lain tu, memang susah lah nak dapatkan "barang" tersebut.

Korang ada petua atau cara nak kurangkan loya bila nak naik kenderaan tak??


11 comments:

hana hadi said...

hana kkadang mabuk bas. Mieya mamuk semua jenis kenderaan ka?

hana kalau tengok tulisan / baca buku / main game dalam kenderaan memang akan pening. jadi bila nak kenderaan hana tido dan tengok luar ja. huhu boring betul

nuyui a.k.a miss YUI said...

kalau yui duk dlm knderaan if bc buku ir paper akan rasa pning =)

Umialya said...

la siannya mieya.. hrp2 petua tu boleh membantu

Liling said...

eh. mak aih.payah ni kalau mabuk kereta.pelik sikit hehe.selalu mabuk laut atau naik kapal terbang hehe.

good luck tuk atasinya hehe ;)

http://lovelynemo.blogspot.com

rAIHan said...

insha Allah. setiap penyakit msti ade penyembuhnya.

EkaTikah said...

kene sediakan plastik dlm kereta. kot2 nk termuntah, senang. hihihi.

✿INA AINAA✿ said...

kesiannyaaa mieyra. mesti payahkan bila nak jalan jauh2. Ena ni pula memang suka naik kereta, tmbah2 dah boleh drive ni. Hikhik

Unknown said...

yumida pulak x ske bau bas
sure bikin kepala jd pening
klo keta ok lagi
mcm yumida dlm setahun kene ulang alik dri sini ke kpg sebanyak 6 kali...1 kali perjalnanan tu ambik masa 10 jam dlm keta..huhu..boring..tp x mabuk
klo pakai bas je mabuk

Unknown said...

masa sekolah dl akak mmg ada masalah ni,..mmg kena makan ubat tahan muntah..kalau tak..lembik...ehe..tapi sekarang ..tidak lagi...

cikji said...

Jauh sgt ke tempat keje tu? Cikji mmg mabuk bus, Kelate - kl 7jam jgk.dats y Ms bljr dl sllu pilih bus mlm.tu pun muntah gk kkdg2. Telan ubt thn mnth pun xjln jgk. Klau cikji mabuk sbb bau kete n aircond kkdg.

RIZZNA said...

Mieya, ni ada satu lg petua. cuma susah skit laaa. pesan kat mak, kalau siang sotong, terjumpa ikan tersangkut dlm perut sotong, jgn buang ikan tu, goreng atau rebus ikan tu, then Mieya makan baca selawat sekali, minta pd Allah, moga2 dgn ciptaanya itu dpt menyembuhkan loya2 Mieya.

ini benar2 terjadi dlm keluarga kami, adik CiM ada penyakit yg sama. pergi mana2 dia mesti pegang plastik dn takde sapa nak duduk sebelah dia. masa duduk asrama dulu, nk hantar dia bukan jauhpun, adalah 2 jam perjalanan, berapa kali berhenti smpi lokasi 4jam. tp berkat ikan dalam sotong tue, penyakitnya terus hilang. skang dia sdg belajar di China. sthn sekali balik Malaysia, ok jer, bila cuti sem, dia pusing2 eropah dgn kwn2 dia.