Sebenarnya, mood nak update blog agak mengendur gara-gara akaun paypal milik Mieya telah digodam pihak yang tidak bertanggungjawab. Mujurlah, akaun paypal hanya berbaki RM8.50 dan tiada maklumat bank yang Mieya salurkan di situ. Kalau tak, tak tahu lah nak buat macam mana lagi.
Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk generate income daripada Nuffnang. Biarpun tidaklah sekencang earningnya sewaktu di awal permulaannya. Tapi Mieya tetap bersyukur, hasrat untuk cash out earning Nuffnang di penghujung tahun 2013 telah tercapai.
See? Sudah kembali kepada asal. RM0.00 semula. And seperti yang dijanjikan, first giveaway Mieya akan berlangsung dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. (In sha Allah, in progress)
Moga tahun hadapan masih ada rezeki buat blog Mieya Atiera untuk menjana pendapatan dengan Nuffnang sama ada melalui kempen CPUV, short video. Tak pon, Sponsored Post @ something to Review ke?
Lagi banyak, lagi merrier. Tak gitu???
hehehe :D