Cash Out Nuffnang Kali Ke 5

Assalamualaikum wbt dan salam Ramadhan yang ke 22 semua :)

Alhamdulillah.. Segala pujian bagi Allah SWT kerana limpah dan kurnianya dalam memberikan rezeki kepada Mieya. Syukur.

Setelah hampir dua tahun setengah bernaung di bawah syarikat pengiklanan Nuffnang, iaitu sejak 26 Februari 2011. Akhirnya kini, income cash out dari Nuffnang sudah pon mencecah empat angka. Alhamdulillah, ini lah total income Mieya sepanjang tiga tahun berblog..


Sememangnya bukan mudah nak capai angka tersebut, semuanya memakan masa yang agak lama. Kena sentiasa berfikiran positif, rajin mengemaskini blog, dan berusaha meningkatkan prestasi blog setiap hari. Dengan begitu, tak mustahil korang juga boleh mendapat income beribu-ribu.

Walaupun tak pernah lagi dapat jemputan event atau proposed for sponsored post daripada Nuffnang setakat ini. Mungkin belum tiba lagi rezeki Mieya kot. Tapi setakat ini, rezeki dari CPUV Campaign sentiasa ada walau cuma sedikit. Bersyukur seadanya !

Untung-untung, bila dapat Blogbuster Campaign. Cuma perlu buat satu atau lebih video pendek dalam tempoh 15 saat, submit penyertaan. Dan jika diterima, earning yang masuk pon mampu membuatkan diri sendiri terkesima. Kalau tak percaya, boleh tengok hasil pendapatan Mieya melalui Nuffnang Blogbuster.


And minggu lepas, ada orang tanya Mieya mengenai tips nak dapat BE. Mungkin ada yang terlepas pandang kot dengan entri Mieya yang lepas. Tapi takpe, korang boleh klik sini untuk mengetahui tips-tips yang Mieya praktikkan selama ini. Rasanya lebih kurang sama sahaja dengan apa yang dikongsikan oleh para blogger yang lain.

p/s : Actually, Mieya teringin nak buat GA yang menawarkan hadiah berupa barangan pos. Tapi, malangnya Mieya tak reti guna pos. Korang yang pro boleh tolong ajarkan Mieya tak?


18 comments:

Unknown said...

Wahhh banyak tu, rasa berbaloi kan dr usaha penat lelah ngadap blog.

Fiza Rahman said...

Tahniah.

Sue Bee said...

tahniah,dik..teruskan berusaha

adarain said...

banyak tu...rezeki Ramadhan

Ainun Nadini said...

barang pos just bungkus dlm plastik, and wrap dgn kertas minyak..nk murah pos guna Pos Daftar dkt pjbat pos.. if pos laju min rm6 or 7.. tp pos daftar lambatnya sampai tp still safe sbb ada no tracking..

Qashmere said...

Tahniah sis. Banyak tuuuuuuu

Qashmere said...

Tahniah sis. Banyak tuuuuuuu

nuyui a.k.a miss YUI said...

tahniah dear..

tp bab blgbuster tu mmg tak pndai nak vid bgai..kalau tak insyALLAH lbh rezeki kan kat situ =)

Unknown said...

wahhh bestnyaaaa hehe buat la GA tu...yg post tu tnya akak kaunter je hee

Mizz Aiza said...

tahniah.. banyaknya.. dalam masa setahun dah dapat RM1,000++.. banyak tu..

Fais-SKA said...

Alhamdulillah =) kali ke5?? msti byak ni..sy 1pn xpnh lg cash out..msih bru juga dgn nuff..bab post tu senang je..boleh guna post laju @ ekspress..submit borang post n bwa je brang ke pjabt post, nnti adalah prosedur dia spt timbang..nk sng faham, google je =)

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

TAHNIAH

Story Nadya said...

wooaaa tahniah! duit raya tu hhehe

ezy.fia said...

wahhhh hebat..
saye baru pestym cashout..

Ryuzen said...

Wahh, tahniah. keep ur good work. Hope dpt jd mcm awk jgk.

hana hadi said...

2 tahun dapat 1k.. huhu xmampu hana.. tahniah :)

Miss N™ said...

sudah empat angka... :)

perghh..tahniah mieya..

rezeki. :)

Hazmin Hamudin said...

Fuh.. Banyak jugak tu... Nk dapat ratus2 pun seksa..