Dah Dapat Confirmation Letter

Assalamualaikum dan selamat bekerja u'olls !

Alhamdulillah. Segala jerih-perih, penat lelah bertungkus lumus selama bekerja ini... Akhirnya telah membuahkan hasil.

Siapa sangka? Dalam masa sesingkat sebulan setengah bekerja, Mieya telah berjaya menerima surat confirmation. Walhal para kerani yang lain yang telah berkhidmat lebih daripada 3 bulan, masih lagi belum mendapat sebarang confirmation letter.


Sungguh tidak disangka-sangka, dalam masa sesingkat gini Mieya sudah diterima masuk sebagai pekerja tetap di company ini. Soal gaji bukanlah menjadi keutamaan Mieya di saat ini. tetapi soal menimba pengalaman. Sebab itu dalam banyak-banyak pekerja, gaji Mieya antara yang tercorot sekali angkanya. Saja je nak usaha lebih sikit dalam mendapatkan sesuatu yang diingini.

Antara petua yang Mieya amalkan ialah :

  • Niat - niatkan dalam hati sebab mengapa kita perlu bekerja. Set-kan dalam minda, apa yang ingin dicapai. 
  • Good attendant - So far, Mieya tak pernah lagi apply cuti / MC. Tak perlu lagi rasanya, kecuali time nak dekat raya nanti. Sibuk nak berkemas serta membuat biskut. eceh.
  • Datang awal @ sharp on time - Macam Mieya, kalau awal awallah sangat. Tapi kalau lambat, paling-paling pon 5-10 minit je. Maklumlah, jarak perjalanan yang jauh dari PJ ke Shah Alam kan?
  • Komited dengan tugas - Walau sesukar mana sekalipun tugas yang Mieya perlu kendalikan, Mieya cuba jugak. Misalnya, bila transport tak datang collect barang, barang yang dihantar hilang, dealer terima barang kurang. Mieya terpaksa berdepan dengan bos and then, menjawab panggilan dan ym bertubi-tubi dari staff di company induk.
  • Kurangkan merungut.
  • Elakkan dari suka bertangguh - Selagi jarum jam belum menunjuk ke arah masa untuk balik, selagi itu Mieya cuba siapkan jugak kerja yang ada. Kekadang kalau tak siap, Mieya tinggalkan sahaja di atas meja. Tapi, hari berikutnya, mesti kena siap!
  • Kemas ruang kerja anda - Selalunya, sebelum balik, Mieya akan pastikan kerusi dan meja Mieya berada dalam keadaan teratur.Walaupun, meja kerja Mieya dipenuhi dengan order list, price list, cop, serta fail-fail. Mieya susun jugak biar nampak kemas. 
  • Sikap bantu-membantu - hmm.. bila mana Mieya nampak rakan-rakan sekerja Mieya kelihatan blurrr atau tak tahu nak buat apa, Mieya tawarkan diri untuk membantu mereka. Walaupun di kala itu Mieya sibuk dengan tugas Mieya. Contohnya, bila mesin pencetak tak berfungsi, kerani yang lain tak cekap mengendalikan microsoft excel.
  • Sikap ingin belajar sesuatu yang baru - Ini antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua orang. Tahu tak, dalam banyak-banyak hal, semangat ingin mempelajari sesuatu yang baru lah yang paling diambil kira oleh pihak atasan. Persoalannya terletak pada diri kita sama ada nak atau tak nak..

Okey.. So far, itu je kot antara petua yang Mieya amalkan selama hampir sebulan setengah bekerja nie. Segala rasa amarah, tak puas hati atau sakit hati, Mieya simpan jauh-jauh di celah lubuk hati. Hal remeh-temah je tu, biasa lah kan? Tak payah ambil serius sangat lah kalau boleh..

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Yang paling penting, bila bekerja ni.. Kena kebalkan telinga, tak payah ambil hati dengan kata-kata kesat, makian atau apa-apa yang seangkatan dengannya. Buat sahaja kerja yang diamanahkan, dan sentiasa mendengar arahan daripada bos. Kalau advisor, boleh bantah-membantah lagi. kehkehkeh :D


19 comments:

Cik Itah said...

congratz Mieya :)
kerja elok+ tau hehe

FarahFerraDotCom said...

Congrats Mieya.. semoga menjadi pekerja yang cemerlang.. btw tips tue semua yang sangat berguna..;p

Unknown said...

Sikap ingin belajar sesuatu yg baru..dan berfaedah..itu yg kna ada kn.=).selamat menjalankn tugas..=)

Raz said...

Alhamdulillah rezeki bulan puasa

Ein Farah said...

waa..tahniah ea :D

Umialya said...

Tahniah Mieya..

Anonymous said...

congrats sis.. :) alhamdulillah..

Mummy MM said...

Tahniah sis

Mizz Aiza said...

tahniah mieya.. :D

Anonymous said...

tahniah dik...:)

combi said...

congrtz :)

Unknown said...

tahniah...keje rjn2 nohhh hehe

Unknown said...

tambah lagi 1 , bekerja kerana ALLAH. murah rezeki nanti :)

jie susanos said...

tahniah..cptnya dpt..

Miss N™ said...

berkat kesabaran mieya..
tahniah yea... :)

kerja baik2...

.::: Princess MOMOY :::. said...

tahniah dear . kekalkan semangat dan disiplin ye

Kisah Si Dairy said...

macam tulah alam pekerjaan mieya...

Myra Jay said...

Tahniah ye atas 'confirmation' tersebut ;)

Keje rajin2 na ;D

Nora Karim said...

Apapun kena sentiasa positif dalam kerjaya... takkisahla bos ke, staff ke... sebab semua org main peranan penting dlm organisasi...