Seriously, mata memang mengantuk, badan memang letih setelah seharian bekerja. Tapi, apabila permintaan adik Mieya untuk window-walking around Kuala Lumpur (jalan-jalan tanpa turun dari kereta, tapi mata memerhati sana sini melalui cermin kereta) dipenuhi oleh abang Long Mieya.
Rasa seronoknya, memang tak terkata lah. Akhirnya, ada peluang untuk melepaskan lelah dan tension yang menggunung terhadap kerja di ofis. Hahaha...
Okey2. ini cerita Mieya dengan adik yang baru 2-3 kali merasa berjalan di sekitar ibu kota, Kuala Lumpur. Dan malam tadi, kami sempat pusing pusing di Kuala Lumpur melihat nightlife ini KL, terutamanya di bulan Ramadhan.
At first, adik Mieya meluahkan rasa untuk melihat bangunan pencakar langit di Malaysia, iaitu Menara Berkembar KLCC dari jarak dekat. Maka, kami berhenti seketika di bahu jalan. Dari seberang jalan, kelihatan ramai pelancong luar negara yang turut tak melepaskan peluang mengambil gambar mercu tanda Malaysia ni.
And then after that, kami dibawa mencuci mata around Pavilion. Dapatlah gambarkan bagaimana 'port' budak-budak facebook dan twitter yang mengejar dunia glemer melepak, ambil gambar betul-betul depan pintu masuk, dekat air pancut and then, upload di laman sosial. Ecehhh, podahhh!
Dari satu jalan ke satu jalan, kami susuri sampai ke Jalan Bukit Bintang. Dari sisi kiri, akhirnya berpeluang jugak nak tengok Gold Man dengan empat mata sendiri (with spectacles). Dikelilingnya kelihatan berduyun-duyun orang ramai yang tidak ingin melepaskan peluang bergambar.
Konon-kononnya, nak singgah lah sebentar di Bazaar yang terletak di Jalan TAR. Tapi apabila melihatkan lambakan manusia yang memenuhi kawasan bazaar tersebut, terpaksa cancel terus. Tak sanggup rasanya nak meredah jalan yang sesak dengan badan yang letih ni.
Sesekali, turunkan cermin tingkap sedikit untuk merasai dengan lebih dekat suasana malam yang sibuk di ibu kota. Jalan jammed woah. Untunglah, kalau bawa kereta kecil. Bolehlah sana-sini menyelit hehehe
Okey lah.. Malas nak cerita banyak-banyak, nanti tak pasal-pasal ada yang complain pulak taip panjang-panjang. Padahal sekadar jalan-jalan sambil pandu lalu je.
4 comments:
Bila baca entri Mieya, baru sedar dah lama jugak akak tak cuci2 mata macam ni....
Jalan TAR time puasa ni memang pack sangatlah.....
Akak pun nanti nak taknak kene masuk gak sana nak beli baju melayu Abah..
Huhuhuhuhu...
best la kuar jln2..bila la bleh g jln2 sne lg..nk tgk gold man..haha
Wah, bestnya.. Saya nak ikut..
amboii..bestnya mieya jalan2....
nur pun kan teringin nak tgk klcc waktu mlm....
nantilah nur nak pegi.hehe
Post a Comment