Dah beberapa hari Mieya meninggalkan ruang penulisan maya ni. Bukannya berniat nak memencilkan diri, tapi kesibukan yang melanda menjelang tibanya hari raya.
Malam semalam, Mieya bersama emak dan adik telah bergerak ke kampung dengan along Mieya untuk menjenguk nenek Mieya yang kurang sihat.
Dengar cerita, nenek terjatuh semasa mengemas kawasan luar rumah. Selepas mendapatkan rawatan di klinik berdekatan serta diberikan suntikan, nenek langsung tak boleh bangun. Otot-otot kaki yang semakin kurang kuat sejajar dengan perubahan usia yang kian meningkat tua.
Pulang ke kampung satu malam sambil ditemani dengan alunan lagu-lagu raya yang sungguh syahdu. Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan bercampur-baurnya. setengah mati merindu, risau, teruja serta bermacam lagi mainan perasaan.
Ini pun.. alhamdulillah. Untung-untunglah dapat cuti sehari bersempena dengan Hari Nuzul Al-Quran, sekurang-kurangnya dapatlah merehatkan diri sebentar. Sebelum bekerja kembali esok. huhuhu
Menjelang lagi seminggu lebih nak raya nie, kerja macam biasa lah.. Lebih banyak daripada biasa. Nak buat kuih pula, ada yang sempat dibuat, Mieya buat. Manakala kalau tak sempat, kita main tunjuk-tunjuk lah di malam raya nanti jawabnya ya.. harharhar
P/S : Bagaimana pula dengan preparation Raya korang tahun nie?
8 comments:
rasa tak buat kuih kot...tunjuk je semua...hehehe
Nad tak prepare ape lagy. baju raya pun tak beli agy huhu
biskut raya kali nie kedai yg buat hehe
semoga nenek mieya okey n cepat sembuh. amin.
biasanya biskut raya akak buat pd saat2 akhir n dari masa kesemasa dlm bulan syawal, jadi biskut sentiasa baru..
akak tak buat apa-apa persediaan lagi pun..
tu kuih sarang semut heh??wahhh start buat kuih...semangatt!!!
http://cottonladysis.blogspot.com/2013/07/sasa-ohhh-sasa.html
Saya tak start lg wat biskut raya..mihmihmih
sedapnya kueh tu....
percaya tak, nur langsung tak shopping raya lagi..mood pun xde lagi ni..huhu
moga nenek mieya cepat sembuh..
Sama je lah..klu smpat buat klu tak tunjuk2 je lah..hee..=D
Post a Comment