Ya Allah..!
Mieya tak tahu nak mulakan entri kali ini macam mana. Serius, masih lagi berada dalam keadaan terkejut.
Macam nie cerita dia.. Dekat pukul 10 malam tadi, ada bunyi ketukan yang bertalu-talu di belakang rumah Mieya. Waktu tu, kami sekeluarga baru sahaja ingin menikmati makan malam (Mieya belanja) hehe sibuk nak interframe jugak.
So, bunyi tersebut telah membuatkan kami sekeluarga terkejut. Dalam fikiran kami semua, takkan lah mak uda yang duduk berhampiran yang mengetuk pintu belakang kami pada waktu malam gini. So, abah Mieya terus ke dapur lalu menjerit dengan kuat :
Abah Mieya : Ini siapa yang main ketuk-ketuk rumah orang ni?
Namun hampa, tiada jawapan maklum balas. Tapi tak lama kemudian, kedengaran bunyi ketukan lagi.
Abah Mieya : Ini siapa?
A : Ini jiran yang duduk kat belakang rumah Abang Nuar (nama abah Mieya) ni.
Lalu dengan pantas, pintu belakang kami buka. Kelihatan jiran Mieya bersama 4 orang ahli keluarganya di belakang rumah kami. Jiran Mieya memberitahu bahawa rumahnya hampir dipecah masuk oleh pencuri. Kebetulan, beliau baru sahaja pulang daripada masjid.
Setelah menekan suis lampu, beliau terdengar bunyi benda terjatuh. Kuat sekali bunyinya itu. And then, jiran Mieya menuju ke tingkat atas belakang rumah untuk mengutip kain baju di ampaian. Tiba-tiba, dia terperasan akan grill tingkap yang hampir-hampir nak tercabut.
Terkejut bukan kepalang lagi, dengan perasaan takut beliau segera turun tangga dan terus keluar rumah bagi mendapatkan bantuan. Call saudara-mara yang tinggal berdekatan. Kebetulan, jiran sebelah rumah tiada di rumah. Lepas tu, barulah mereka ke rumah Mieya bagi bertanyakan hal tersebut.
Untuk makluman, ketika kejadian Mieya baru sahaja pulang dari kedai bersama abang Mieya. Ahli keluarga Mieya yang lain, semua sekali berada di ruang tamu sedang menonton tv. Episod akhir Sebenarnya Saya Isteri Dia!
Serius, kami sekeluarga langsung tidak mendengar sebarang bunyi yang mencurigakan dari belakang rumah. Maybe sebab bunyi televisyen yang kuat. Atau mungkin juga sebab jarak antara dapur dengan ruang tamu rumah kami sangat luas.
Nak buat laporan polis, tak boleh sebab tiada barang yang hilang. Jadi, cuma aduan sahaja yang dapat dibuat agar pihak polis dapat meronda kawasan penempatan kami ini.
P/S : Last ada berita rumah dipecah masuk di kawasan penempatan Mieya ni adalah pada beberapa tahun lepas. Semoga kita semua dapat mengambil langkah berjaga-jaga dalam menjaga keselamatan rumah masing-masing.
11 comments:
uih takutnya...ralit sgt tgok drama tu..
nasib baik tak jd apa2 or tak da barang hilang...pas ni kena berhati hati la....
mmg kena berhati2 ni..bahaya lau da smpi kna pecah masuk umh kn..moga rumha mieya dilindungi..
ketatkan kawalan keselamatan dirumah. kalau benda dah karat cepat2 tukar. senang dikupil.
ishhhhhhhhhh takutnya
bahaya... zaman sekarang ni macam-macam boleh berlaku. kena sentiasa peka dan berhati-hati...
emm.nsib baik xkena curi
itulah..takutla kes2 macam ni..semoga kita dilindungi..
Hish, bahayanya kawasan tempat tinggal sis. Meremang bulu roma saya baca.
nsb xsempat masok..
huhu..
kene pastikan sume pntu terkunci elok..
bahaya2.... >.< pencuri makin 'bijak' sekarang..
Post a Comment