Shopping Bahan-bahan Nak Buat Biskut Raya

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua.

Hari ini hari Ahad, hari cuti yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh para pekerja seperti Mieya untuk berehat sepuas-puasnya. Tapi bila mengenangkan esok ialah hari Isnin. Waaa... Penatnya! Tak puas lagi nak rileks-rileks sambil bergoyang kaki ke kiri dan ke kanan. Gaya like a boss!

Oleh sebab hari ini merupakan hari ke-12 kita semua menjalani ibadah puasa. So, sudah semestinya mind set kita-kita semua nie dah terfikir nak buat biskut raya yang beraneka jenis kan? Begitu juga lah dengan Mieya serta emak tersayang disini.

Tambah-tambah lagi, hari ini hari minggu.. terus sahaja Mieya dan emak mengajak abah untuk shopping barang-barang dapur seperti tepung, gula aising, baking powder, madu, cornflakes, chocolate rice, papercup. Pokoknya, segala macam bahan yang diperlukan bagi membuat kuih raya, kami borong sakan.

Senang. Nanti tak perlu lah nak susah-payah berulang-alik dari rumah ke kedai semata-mata nak beli sesuatu bahan. Bila nak start buat kuih je, bahan dah tersedia di depan mata.

Di samping itu, boleh jugak mengelakkan sikap suka bertangguh. Ya lah, bahan-bahan dah siap beli. Takkan nak biarkan begitu saja kan? So, manfaatkanlah apa yang ada dengan sebaiknya.

P/S : Agak-agak, bila lah boleh start buat erk? Dah lah sibuk je memanjang. Haish -.-"


6 comments:

Mizz Aiza said...

rajinnya buat kuih raya.. akak selalu beli.. :D

Unknown said...

kita rasa nak buat ciskut rini huuuu

Unknown said...

Kita dh starr buat dh, penatnya xpayah cakap lah! Pas buat terus nk baring2 je.

✿INA AINAA✿ said...

fuyoooooo.... buat kuih raya sendiri tu.. perghhh jelesnyaaa, rumah ena, beli je kuih raya.. sedih!

Miss N™ said...

alamak....cepatnya mieya beli barang...

nur rasakan tahun ni malaslah nak buat kueh..huhuhu

10 hari nak raya eloklah buat.. :)

Hidayah said...

Kak dayah dah buat lapan jenis kuih raya dah.. hehe.. pengalaman bertahun jadik bini org mengajar akak supaya prepare awal. :)