Menjelang 2 minggu lebih tibanya hari Raya Aidilfitri.. Semua dah berpakat siap-siap nak apply cuti, semestinya bertujuan untuk meraikan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam bersama keluarga yang tersayang. Begitu juga dengan Mieya disini.
Tahun ini, 2013 merupakan tahun pertama Mieya berpuasa dan tak lama lagi.. Insyaallah, beraya jugak sebagai pekerja. Semestinya feeling nak cuti awal itu ada lah kan.
Tapi apakan daya.. Bila dikhabarkan yang beberapa hari daripada permohonan cuti Mieya telah ditolak. Sedih gila bhai! Sampai tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Even time nak bercakap dengan advisor pon, still control rasa sedih di hati.
Tapi bila dah berlama-lama di bilik advisor ni.. Mula lah hati tak tenang, jiwa tak tenteram, minda dah sibuk memikirkan aktiviti yang telah direncanakan bersama emak tersayang sebelum ni. Apply cuti for Raya preparation. Konon-kononnya, nak buat biskut raya, kuih tempahan orang lagi, hias rumah. Tapi sayangnya cuti awal, tak lulus.
Cerita punya cerita.. At last, setitik.. dua titik air mata mengalir dari kelopak mata Mieya sebab rasa sedih sangat-sangat. Sayu je hati bila terpaksa batalkan perancangan awal bersama emak.
Mieya try berkrompomi dengan advisor, agar diluluskan cuti awal walau cuma half day sahaja pada 3 Ogos 2013 sebabnya hari lain, tak dapat. And alhamdulillah, dapat jugak cuti. And the rest, cuti bermula dari 7 hingga 12 Ogos 2013.
Jadilah, buat lepas kempunan nak pulang beraya di kampung bersama keluarga dan sanak saudara tercinta. Dah lah dua tahun berturut-turut, langsung tak balik beraya di kampung. huhuhu
14 comments:
Syukur dpt ..blehla jgk merasa nak raya ngan mak kn..=)
akak lagi teruk, setiap tahun kena keja sorang2 sblm raya n balik kg slps solat raya, nak wat camner - sikap selfish susah nak dibaikpulih..
Sedihnyaaa tak dapat cuti time raya ni.. tabahkan hati ye mieya.. hurmmm
alhamdulillah.. dapat juga cuti akhirnya.. :D
olo2 . cian Mia :) senyum sikit , jgn sedih2 . kan dah dpt cuti tuuuu ? hehehe .
bila dah kerja ni, cuti mmg susah sikitkan...
Nur cadang nak apply dua minggu...tapi entahlah..huhu
Ros tak mohon pun lagi cuti raya..
jadilah mieya dr trus xdpt cuti..lpas raya pon ok dh :)
dah apply cuti pun...hehe
akak dekat je hehehe.. tapi cuti still nak 1 mgu
dah keje mmg le cm tue dear..
Alahai...tu dia feel org baru tahun pertama kerja.. kak dayah dah tak ingat dah perasaan sedih tu lepas bertahun tahun kerja.. hiihii.. sabaq na.. takmau susah susah hati.. adat bekerja cam gini lah..
:)
wah..selamat bercuti n bakal menyambut raya..yeah
laaa hai.. ciannya xdapat cuti raya, akak siap apply seminggu hehe.. lgpun akak dah kerja lama, so senang sikit nak minta cuti. kalau yg masih baru tu mmg payah nak ambil cuti lama2 :)
Post a Comment