Novel Kampung Girl

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian :)

Selepas drama Sebenarnya Saya Isteri Dia ! melabuhkan tirainya pada minggu lepas. Kini muncul pula drama baru, iaitu Kampung Girl. Sebuah drama yang turut sama diadaptasi daripada novel karya tempatan.

Actually. Novel nie dah lama dah Mieya beli. Kira-kira pada bulan April yang lepas kalau tak silap. Cuma masih takde kesempatan nak bercerita dengan lebih lanjut. (padahal terlupa T.T)


Sinopsis Kampung Girl

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” -Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?
*     *     *     *     * 


Bagi Mieya, jalan cerita novel ni sangat menarik. Ashraf, budak lelaki bandar yang sangat ego, berlagak, sombong dan seangkatan dengannya. Hubungan dia dengan Ainnur sebenarnya sebagai sepupu. Ashraf juga anak yang akur dengan keluarga menerima cadangan keluarganya walaupun hati memberontak enggan dikahwinkan dengan pilihan keluarganya. 

Ainnur anak adik pada mummy Ashraf sentiasa rela dikahwinkan dengan Ashraf kerana Ashraf adalah insan pertama yang dicintai sejak kecil dibangku sekolah lagi

Dek kerana keangkuhan Ashraf  yang selalu beranggapan budak kampung kolot, pelajaran tak tinggi. Hanya layak duduk dapur je. Kerja kilang atau kerja-kerja kampung telah menyebabkan Ainnur nekad untuk belajar bersungguh- sungguh sampai ke luar negara tanpa pengetahuan Ashraf. 

Ashraf memandang rendah pada Ainnur kerana Ainnur seorang budak kampung dan tidak berpelajaran. Selepas majlis perkahwinan mereka segala rahsia terbongkar dalam sekelip mata. Ashraf malu dan rasa dirinya tertipu selama ini Ainnur bukan perempuan yang disangkakan. Ashraf rasa dirinya tergugat dengan kehadiran Faisal. Ashraf menjadi buntu . Dengan bantuan rakan Ashraf, Ashraf cuba memikat hati Ainnur .

Orang tua-tua cakap jangan terlalu benci pada seseorang, itulah yang terjadi dekat Ash. End up Ash sayang sangat dekat Ainnur dan masa dorang sanding untuk pihak lelaki, Ainnur mengandung.

Seriously, rasa tak puas kalau baca novel ini sekali sahaja. Mesti mahu baca berkali-kali sampai habis. Ayat-ayat yang ringkas, sangat santai dan semestinya kelakar.


P/S : Tak sabar rasanya nak tengok yang versi drama punya.


9 comments:

Umialya said...

sinopsis cam menarik jer..

Mummy MM said...

Wah, siap ada Novel lagi..

Unknown said...

cerita nampaknya macam soal perkahwinan lagi...

Unknown said...

Tak sabar nk tngok movie ni..:D

Amirah. said...

wah mcm best je ni :D

Sya said...

Uish, macam best je. Tak pernah tgk pun drama ni, tak pernah baca pun tapi macam best! Ahaha

Hafiz Hafizol said...

Nad berlakon.


Comel. Pakai tudung.. Huhuhu..


Entah boleh tgk ke x la cerita ini.

Myra Jay said...

Novel ni bukan boleh terlayan, kalau terlayan hmmm memang kena layan la jawabnya :)

Si Matatajam said...

X Sabaq nak tgk drama ni kat tv3 ari jumaat