Benda Dah Lepas, Jadikanlah Pengajaran..

Assalamualaikum wbt semua.

Pagi tadi, Mieya telah dipanggil ke bilik Incik Advisor bagi membincangkan hal-hal kerja. Beliau menyatakan rasa sakit hati kerana telah diserang dengan kata-kata kasar, gara-gara pihak kami tersalah send tayar by Year kepada dealer.

Jiwa orang tua, lainlah sikit rasanya bila diserang sedemikian rupa. Rasa sentap memang tak terkata. Mieya boleh baca daripada riak wajah beliau.

Mieya sama sekali tidak dipersalahkan memandangkan kami budak baru belajar. Baru nak belajar jenis-jenis tayar, saiz, fungsi dan terkini, belajar mengenal tahun tayar dihasilkan pula. Itupun gigih belajar atas inisiatif sendiri. Nobody teach us, okey?

Sebelum ni tak pernah ditekankan pon hal sebegini, sebabnya pihak pengurusan (i mean orang atasan) di sini pon endah tak endah je dengan kerja-kerja staff semua. Buat hal masing-masing lah kata orang.

Bila dah timbul isu tersilap hantar sebegini, barulah tindakan sewajarnya di ambil. Semua benda perlu diambil perhatian, kami (Mieya dan store boy) dikerah untuk check dengan lebih teliti. Siap kena belek-belek setiap tayar yang ingin dihantar kepada customer. Bila tayar yang dikehendaki kehabisan stok, kena maklumkan segera kepada staff di Penang dan juga customer.

Padahal, yang bekerja turun-naik pejabat-stor  cuma 1 orang sahaja. Mieya lah orangnya. Manakala kerani lagi seorang menguruskan hal-hal kewangan dan juga print order list. Kerani yang lain mana? hahaha Mereka sudah berhenti dan diberhentikan! So kini, tinggal 2 orang kerani sahaja.


Pihak atasan mengarahkan kami semua supaya mempraktikkan slogan Steve Jobs, Think Different atau dalam erti kata lain, Berfikiran lain dan lebih jauh.

Tapi kalau dah bilangan staff di bahagian pejabat pon sudah tak mencukupi, ditambah pula dengan corak kerja yang tak menentu. Macam mana kita orang semua boleh ada masa nak berfikir..???

P/S : Lu pikir la sendiri...!


7 comments:

Umialya said...

xper mieya, belajar dari pengalaman

Aidah said...

paham sangat situasi tu, even bukan workfield yang sama. pekerja cuma 1 tapi buat kerja yang 2 3 orang punya kerja. hehehe

coklat susu said...

bersabar je lah jawapnya~~

ezy.fia said...

huhu.. terasa sgt tekanan keje..

YatieOwner said...

Ya Allah mia. boleh PG bayangkan macam mana siboknya mia ! dush dush! ni nak dekat raya lagi la, sure mia BZ kan :) adohai. apa pun, PG nak ucapkan selamat berpuasa buat mia :)

Unknown said...

laaa..tinggal dua orang je..tension kut..semua kna buat kn..=D

Miss N™ said...

incik advisor luah perasaan tak puas hati yea..

biarlah sekurang2nya dia sedar macam mana rasa bila di marahkan...

jadi dia lepas ni jgnlah marah kerani pulak..hehe