Cara Naikkan Earning Nuffnang Blogbuster

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera :)

Honestly, Mieya bukanlah seorang yang pakar sangat dalam bab-bab Nuffnang ni. Tapi, kalau setakat nak ajak Mieya berkongsi sedikit dua tiga ilmu mengenai Nuffnang. Insyaallah, apa yang Mieya tahu, Mieya akan cuba kongsikan dengan kalian.

Melalui entri sebelum ini, Mieya ada menerima pertanyaan daripada blogger Yumida. Kalau korang nak baca, sila right click pada gambar di bawah ini ye :)

Firstly, tahniah kerana terpilih untuk menjalankan kempen blogbuster Nuffnang. Alhamdulillah, Mieya juga turut terpilih. Syukur Ya Allah! So, Mieya prefer untuk menjawab beberapa pertanyaan yang dikemukakan dalam bentuk point okey?


1. Macam mana nak share iklan Nuffnang Blogbuster? Ke iklan tersebut keluar di blog?
Actually, iklan blogbuster nie akan dipaparkan dalam tempoh tertentu di blog mereka yang terpilih sahaja. Di mana pihak advertiser akan membayar iklan tersebut sebanyak 50 sen bagi setiap satu tontonan penuh (especially, Gliteratti members). Kalau tengok sekerat jalan takkan dikira sama sekali.

2. Macam mana nak tarik orang supaya klik video tersebut?
Senang je. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ikut pada tahap kerajinan seseorang lah. Kalau korang rajin promote di facebook, group, forum, blog dll. Insyaallah, ramailah yang akan klik untuk menontonnya nanti. Kalau malas, hasilnya pon malas jugak lah.

Yang penting, ajaklah seramai mana pon orang untuk menonton video tersebut walau berkali-kali sekalipun. Sebab earning akan dikira berdasarkan jumlah tontonan. Misalnya, kalau 1000 kali video ditonton, secara tak langsung korang akan menerima pendapatan sebanyak RM500.

3. Boleh ke kalau video diupload di youtube?
Boleh je. Tak salah pon. Tapi harus diingatkan, earning hanya akan dikira berdasarkan setiap complete play pada iklan kempen yang berjalan di blog korang. Selain daripada itu, takkan dikira. So, better share and promote pasal video di blog korang je.

Okey. Setakat disini sahaja perkongsian ilmu buat kali ini. Diharapkan kalian faham mengenai apa yang telah Mieya sampaikan. Jikalau ada sebarang kemusykilan, boleh lah drop komen.. takpun tinggalkan pesanan kat Ask.fm.


9 comments:

Unknown said...

oooo..macam tu
thanks mieya..baru yumida paham sikit2

Unknown said...

kalau nak share kat fb/twitter boleh erk?
macam link iklan tu
mcm mana nak track url video tu?
ker..memang hanya boleh klik kat blog je?
huhu..sori..byk pulak soalan..
masih dlm proses memahami

Umialya said...

nak wat video tu yg lecehnya, xder idea.. (maklum le tak berseni..)

Myra Jay said...

Owhh Mieya buat psl blogbuster tu ye?
MJ 3x dpt tapi xreti nk buat video..huhuu

Mummy MM said...

Nice sharing sis

Si Matatajam said...

Pernah terbaca pasal blokbuster ni Tp akak x brp fhm

Topik said...

best tipos nieh, kalau dari kami boleh ikut nuffnang tak?

Mimie said...

Akak de gak dpt iklan blogbuster..3x dh dpt tp xwat lgsg

.::: Princess MOMOY :::. said...

oh momoy tak tahu nuff ada buat ads jenis video
dasyat la dear nih