Showing posts with label Earning. Show all posts
Showing posts with label Earning. Show all posts

Terima Cek Ke 5 Dari Nuffnang

Alhamdulillah.. Cek yang ditunggu-tunggu datang lagi. Buat kali ke 5, Mieya terima cek daripada Nuffnang.
Terima kasih daun keladi, kalau sudi berilah lagi. hehe

Walaupun tak lah banyak sangat. Tapi boleh lah nak rancang buat giveaway kecil-kecilan lepas nie.
Biarpun CPUV Campaign semakin jarang muncul di blog Mieya. Tapi takpe lah, bersyukurlah seadanya.


Ini semua cek hasil usaha dan penulisan blog di Mieya Atiera ni. Walaupun trafik tak sekencang mana,
Mieya yakin korang pon boleh jugak. Peluang ada di depan mata. Banyak cabang yang ada untuk buat duit dari blog ni.

P/S : Nak baca tips-tips Nuffnang, boleh lah ke TIPS Nuffnang & BLOGGING MIEYA. Takde lah banyak
 mana pun ilmu yang dikongsikan, sebabnya Mieya pon masih lagi dalam proses try and error.

Tapi insyaallah, ada manfaat yang berguna buat kalian semua.


Cash Out Nuffnang Kali Ke 5

Assalamualaikum wbt dan salam Ramadhan yang ke 22 semua :)

Alhamdulillah.. Segala pujian bagi Allah SWT kerana limpah dan kurnianya dalam memberikan rezeki kepada Mieya. Syukur.

Setelah hampir dua tahun setengah bernaung di bawah syarikat pengiklanan Nuffnang, iaitu sejak 26 Februari 2011. Akhirnya kini, income cash out dari Nuffnang sudah pon mencecah empat angka. Alhamdulillah, ini lah total income Mieya sepanjang tiga tahun berblog..


Sememangnya bukan mudah nak capai angka tersebut, semuanya memakan masa yang agak lama. Kena sentiasa berfikiran positif, rajin mengemaskini blog, dan berusaha meningkatkan prestasi blog setiap hari. Dengan begitu, tak mustahil korang juga boleh mendapat income beribu-ribu.

Walaupun tak pernah lagi dapat jemputan event atau proposed for sponsored post daripada Nuffnang setakat ini. Mungkin belum tiba lagi rezeki Mieya kot. Tapi setakat ini, rezeki dari CPUV Campaign sentiasa ada walau cuma sedikit. Bersyukur seadanya !

Untung-untung, bila dapat Blogbuster Campaign. Cuma perlu buat satu atau lebih video pendek dalam tempoh 15 saat, submit penyertaan. Dan jika diterima, earning yang masuk pon mampu membuatkan diri sendiri terkesima. Kalau tak percaya, boleh tengok hasil pendapatan Mieya melalui Nuffnang Blogbuster.


And minggu lepas, ada orang tanya Mieya mengenai tips nak dapat BE. Mungkin ada yang terlepas pandang kot dengan entri Mieya yang lepas. Tapi takpe, korang boleh klik sini untuk mengetahui tips-tips yang Mieya praktikkan selama ini. Rasanya lebih kurang sama sahaja dengan apa yang dikongsikan oleh para blogger yang lain.

p/s : Actually, Mieya teringin nak buat GA yang menawarkan hadiah berupa barangan pos. Tapi, malangnya Mieya tak reti guna pos. Korang yang pro boleh tolong ajarkan Mieya tak?


Kembali Aktif Ber"churpchurp"

Assalamualaikum wbt ^^

Rasanya, semua orang dah sedia maklum tentang Churpchurp nie kan? ke ada yang tak tahu lagi? Okey, nevermind. Biar Mieya terangkan sikit, especially untuk para newbie lah kan?

Apa itu Churpchurp?

Churpchurp merupakan anak syarikat kepada Nuffnang. Rata-rata blogger, semuanya dah tahu pasal Nuffnang kan? Cuma yang membezakannya ialah.

Churpchurp adalah sebuah media pengiklan yang bergerak atas platform social networking dimana korang hanya perlu share link kempen dan promote secara habis-habisan sama ada di facebook mahupun twitter. Mudah kan?  

Korang akan diberi RM0.20-RM0.40 bagi setiap klik yang diterima. Contohnya macam ni : 

kalau seorang klik link iklan tu, maka automatically korang akan dapat 20 sen. Cuba bayangkan kalau 100 orang yang klik? Banyakkan? Sebab tu kena rajin dan alert dengan kempen yang nak di share. 



Ini hasil income Mieya sepanjang aktif berkempen dengan Churpchurp pada tahun lepas. Takde lah banyak sangat. Sebabnya Mieya pon dah kurang promote. Haa.. ini pula jumlah earning terkini. lagi sikit je nak cashout.


Amacam? Tak rasa tercabar ke? Jom lah join sekali. Klik SINI untuk mendaftar dan mulakan menabung. Bak kata pepatah, Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Jadi, bila tengok balik jumlah earning yang terkumpul sekarang ni, rasa macam dah bersemangat semula untuk aktif balik. Sambil-sambil online sekejap, boleh kumpul duit buat beli jajan sikit. Sambil menyelam minum air. Tak gitu?


Tips Dapat CPUV Campaign Nuffnang

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)


Inilah kerenah manusia. Bila Nuffnang dah bagi CPUV Campaign berketul-ketul tak reti nak jaga dengan penuh kasih sayang. Bila tak bagi CPUV pulak, mula lah nak merajuk. Buat protes sana sini. hisyy, teruknya! 


Ramai yang masih tak tahu apakah itu BE atau CPUV, terutamanya blogger baru. CPUV adalah singkatan daripada perkataan Click-Per-Unit-Visit yang bermaksud pendapatan terumpuk/terkumpul. Ia adalah iklan berbayar terbaik dari Nuffnang. Anda akan dibayar berdasarkan Unique Visitor dan juga jumlah klik yang diterima semasa kempen sedang berjalan


Jadi, macam mana cara nak dapatkan CPUV nie? Haaa... Macam mana? macam mana???


Okey, kalau korang search kat google tu, confirm berlambak entri pasal tips nak dapatkan CPUV yang dikongsi oleh blogger lain. Hmmm, itu cara dorang, macam mana pulak dengan cara Mieya ye? 

  • Status keahlian Nuffnang mesti Gliteratti/Exclusive. Kalau berstatus Ordinary..kebarangkalian untuk menerima CPUV adalah sangat tipis sekali.
  • Pastikan kedudukan iklan Nuffnang, iaitu Leaderboard, Skycraper dan Large Rectangle terletak di tempat yang sepatutnya.

  • Jangan sesekali menduakan Nuffnang, iaitu letak iklan lain selain daripada Nuffnang. Kalau Churpchurp tu okey lagi lah.
  • Update Blogger Bio sekurang-kurangnya sebulan sekali
  • Tonjolkan keunikan blog korang sama ada ceritakan serba-serbi pasal diri dan blog dalam survey.. atau upkan entri yang readers suka.
  • Rajin-rajin berinteraksi dengan pihak Nuffnang dengan menghantar tiket. Tanya je apa-apa soalan mengenai CPUV. Kenapa blog korang tak dapat CPUV? confirm pertanyaan korang akan dijawab.
  • Pastikan masa Loading untuk membuka blog korang tak terlalu berat atau lambat. Kalau boleh, widget yang tak diperlukan sila buang.
  • Rajin-rajin update blog at least seminggu 3 kali atau lebih. Hal ini sekaligus menunjukkan blog korang aktif di mata pihak Nuffnang.
  • Pastikan entri yang korang taip adalah asli. Kalau copy paste pon, pandai-pandailah bagi backlink, adjust ayat bagi mantap lebih sikit. Sebabnya Nuffnang menitik beratkan keaslian sesebuah artikel yang ditulis.
  • Jauhi diri anda dari menaip entri berbaur lucah dan juga berunsurkan politik. Ingat, hasil pendapatan daripada entri lucah tak halal ye.
  • Jangan klik iklan sendiri, nanti tak pasal-pasal akan dianggap sebagai fraud klik dan berkemungkinan besar, akaun Nuffnang korang kena banned !
  • Maintain kan trafik at least 50UV. Jangan biarkan trafik jatuh macam naik turun tangga. Kalau boleh tingkatkan dari sehari ke sehari.
  • Kalau boleh, dapatkan pembaca setia blog masing-masing. So disini, komunikasi dua hala sangat memainkan peranan ye?
  • Sentiasa sabar. Mungkin tiada iklan yang sesuai untuk korang kan? Atau mungkin belum sampai lagi rezeki korang.

Itu je lah antara tips yang Mieya praktik kan selama ini. Tapi still, kekadang ada juga masa-masanya blog Mieya langsung tak diberi CPUV campaign. Mungkin tiada lagi iklan kempen yang bersesuaian dengan demografi blog dan juga pembaca blog Mieya nie kot. 

Takpe, yang penting dapat meluangkan sedikit masa dengan hobi berblogging selain dapat mengenali kawan-kawan baru di sini pon dah kira satu bonus buat Mieya. At least, ada juga tempat untuk meluahkan kata-kata.


Alhamdulillah, rezeki datang lagi !

Assalamualaikum wbt semua :)

Ohh. Sama ada korang sedar ataupon tidak, dah hampir empat hari Mieya tak hupdate belog. padahal tiap-tiap hari buka dashboard belog pakai handphone cikaiku itu sewaktu di kampung dulu. Lepas tu, publishkan entri yang dah siap auto-publish tu.

Sanggup berhabisan kredit RM2 sehari semata-mata nak merisik khabar si belog tercinta. Berbekalkan line yang tenggelam timbul nun jauh di hulu kampung yang terletak di Perak. Tapi demi belog dan juga demi korang semua, Mieya redah jua akhirnya.

Seperti biasa setiap kali pulang ke kampung, sudah pasti mata nie tak berkelip-kelip menyaksikan keindahan alam ciptaan Tuhan. Dengan sawah padi yang terbentang menghijau, dengan parit yang dipenuhi air, dengan burung bangau yang putih melepak, dengan bau kelapa sawit di kiri dan kanan jalan, dengan kapal besar di tepi sungai.

dengan macam-macam lagi lah. jenuh lah telinga korang kalau nak Mieya ceritakan kesemuanya sekaligus. hikhik

Dan seperti biasa jugak, bila dah dapat mengonlinekan diri seperti sedia kala. Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah :

  • mengecheck lambakan email kat akaun yahoo dahku.
  • mengemaskini survey serta maklumat yang berkaitan di Nuffnang
  • menabung tanpa jemu dengan Churpchurp dan hasilnya. . .

mempersembahkan ^^,

APA?!! Korang nak jugak macam nie? KLIK SINI cepat!!!

Syukur alhamdulillah. Lagi berapa hinggit je nak cashout. Biarpon pendapatan Churpchurp Mieya tidak sehebat Pakcik Eyriqazz, mahupon Sis Lyssa Faizureen yang sampai beriban-riban tu. Asalkan ada lah juga daripada takde.

Semua ini pon, berkat dari hasil bantuan korang jugak sama ada kawan-kawan di twitter mahupon blogger sekalian. Yang rajin menekan-nekan link Churpchurp Mieya tu sama ada secara secara langsung ataupon secara tidak langsung. Terima kasih, sayang korang lelebih. hihi :)