Showing posts with label Income Dari Blog. Show all posts
Showing posts with label Income Dari Blog. Show all posts

Komisen Pertama Dari Ashadee

Assalamualaikum wbt dan salam berhujung minggu semua :)


Salah satu cara untuk Buat Duit dari Rumah, adalah melalui program affiliate seperti Ashadee.com. Tak perlu susah-susah nak sediakan barang untuk dijual, nak beratur di pejabat pos. Cuma perlu promote produk jualan orang lain, and jika ada yang membeli.. anda akan diberikan komisen.

Macam baru-baru ini, alhamdulillah.. Biarpun jumlah komisen yang diterima tidaklah tinggi nilainya. Tetapi, apa yang Mieya puas hati, Mieya dapat membantu insan diluar sana yang mencari info berguna mengenai kucing.

Pada awalnya mungkin kita akan berasa agak sukar nak memelihara seekor kucing. Sebab tiada pengalaman nak menjaga kucing tersebut. Tapi lama-kelamaan, bila kita dah sayang sangat dengan kucing itu, kita akan berusaha yang terbaik untuk menjaganya.

Untuk mendapatkan Panduan Lengkap Memelihara Kucing, korang boleh klik di SINI.


Jom baca entri lain :





Cek Kedua Daripada Churpchurp

Assalamualaikum wbt :)

Chewahhh.. Kemain lagi Mieya. Mentang-mentang lah dapat cek di pertengahan bulan, di mana
poket pon dah mula nak kering. Terus aje nak up-kan entri satu.

Actually, Mieya cash out earning Churpchurp Mieya pada penghujung bulan September yang lepas.
Dan dijanjikan,
cek bakal menyusul di penghujung bulan November ni. Tapi siapa sangka, tengah-tengah bulan, cek sudah berjaya sampai ke tangan. Alhamdulillah. Cepat betul depa proses kan??


And yes. Ini merupakan kali kedua Mieya merasa hasil pendapatan dari Churpchurp selama dua tahun
beriklan dengan mereka. Itupon selalu je on/off nak share iklan mereka. Btw, sorry lah kalau gambar tak berapa nak clear. Guna kamera phone cikai je ni. huhuhu

Macam biasa, kalau nak cash out amount Churpchurp.. kena pastikan jumlah earning kita melebihi RM100.
Agak jenuh juga lah nak cecah ke angka tersebut. Tapi nasib baiklah iklan Social Seeding banyak membantu. Yang mana amount nya cecah belasan ringgit bergantung kepada bilangan follower di Twitter. Begitu lah ceritanya.

Akhir kata, tak salah kalau nak online 24 jam tiap-tiap hari. Yang salahnya jikalau korang online tanpa mendapat pulangan yang mampu memberikan kepuasan dan kebanggaan kepada diri sendiri. Peluang takkan datang bergolek kalau tak dicari. Cari dan usaha lah dengan gigih.

Nah, Mieya kasi link untuk menjana pendapatan dengan online :

1. Ada blog? Ada trafik dan ada idea untuk disuarakan? Jom lah join Nuffnang !

2. Ada facebook, Twitter, Blog atau instagram? Jom lah join Churpchurp & 8share !

3. Malas nak share iklan? Rajin jawab soalan? Jom join IpanelOnline !


Semua link yang Mieya share di atas tu, semuanya telah memberikan pulangan modal kepada Mieya
walau sedikit jumlah yang diterima. Jadilah lepas buat bayar bil broadband bulan-bulan.


Terima Cek Ke 5 Dari Nuffnang

Alhamdulillah.. Cek yang ditunggu-tunggu datang lagi. Buat kali ke 5, Mieya terima cek daripada Nuffnang.
Terima kasih daun keladi, kalau sudi berilah lagi. hehe

Walaupun tak lah banyak sangat. Tapi boleh lah nak rancang buat giveaway kecil-kecilan lepas nie.
Biarpun CPUV Campaign semakin jarang muncul di blog Mieya. Tapi takpe lah, bersyukurlah seadanya.


Ini semua cek hasil usaha dan penulisan blog di Mieya Atiera ni. Walaupun trafik tak sekencang mana,
Mieya yakin korang pon boleh jugak. Peluang ada di depan mata. Banyak cabang yang ada untuk buat duit dari blog ni.

P/S : Nak baca tips-tips Nuffnang, boleh lah ke TIPS Nuffnang & BLOGGING MIEYA. Takde lah banyak
 mana pun ilmu yang dikongsikan, sebabnya Mieya pon masih lagi dalam proses try and error.

Tapi insyaallah, ada manfaat yang berguna buat kalian semua.


My First Cheque From Nuffnang

Assalamualaikum wbt buat semua pembaca blog Mieya Atiera :)

Alhamdulillah. Buat pertama kalinya Mieya dapat merasa cek Nuffnang setelah hampir setahun setengah bersama dengan Syarikat Nuffnang dalam arena dunia blogging.

Mula-mula, Mieya tak pasti sama ada cek Nuffnang kali nie akan sampai ke rumah atau tak. Tapi bila dapat payment advice nie, barulah Mieya faham.


Bukan apa, sebelum ini Mieya pernah alami masalah sewaktu urusan cashout, di mana permohonan untuk cashout telah ditolak. Dan alhamdulilllah, kali nie takde apa-apa masalah. Maklum sahaja, baru pertama kali nak merasa duit Nuffnang tau. Bertahun sabar menanti. Hihihi.



Segala puji bagi Allah atas rezeki ini. Terima kasih Nuffnang yang telah mengepos cek duit raya ini. Diharapkan dengan cek Nuffnang yang pertama ini, sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat Mieya untuk berblogging lagi.

Insyaallah.