5 Cara Jana Pendapatan Melalui Blog

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat rakan pembaca semua :)

Baru-baru ini... Mieya ada menerima email daripada rakan pembaca. Yang bertanya pasal cara 



Mungkin ramai di kalangan blogger yang tak tahu bahawa sesebuah blog boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk menjana pendapatan sampingan. 

Ia bukan setakat meletakkan iklan daripada syarikat pengiklanan seperti Nuffnang, Exabytes dan Komli semata-mata. 
Bahkan, ia sebenarnya boleh jadi satu tapak untuk korang promosi apa sahaja yang boleh menjana pendapatan.

Benar, blog sebenarnya berfungsi sebagai wadah pemikiran yang di kongsikan dengan para pembaca. 
Ada yang meluahkan isi hati dan pendapat menerusi blog. Tak kurang juga ada yang menulis mengenai kehidupan seharian di blog. Tapi apa salahnya, sesekali selitkan sedikit sumber pendapatan sampingan di blog korang. 

Cara Menjana Pendapatan Dengan Blogging


  • Letak iklan daripada syarikat pengiklanan

Buktinya lihat blog yang ada di Malaysia. Boleh dikatakan hampir keseluruhan daripada blogger 
meletakkan banner pengiklanan seperti Nuffnang, Churpchurp, 8Share (Klik untuk daftar PERCUMA) mahupun Advertlets. 

Hal ini secara tak langsung mewujudkan tabungan online untuk diri kita sendiri. Cukup jumlah, cash out saja lah. 
Senang kan? klik untuk membaca Panduan Asas Nuffnang


  • Sewa Tapak iklan dalam blog

Cara ini semakin ramai yang guna. Namun harus diingat, korang perlu lah bersikap profesional
mestilah adil dan saksama apabila menawarkan khidmat letak iklan ini kepada pihak yang beriklan. 


  • Promosi produk anda

Tak semestinya kalau korang buat blog niaga hanya semata-mata untuk mempromosikan  produk bisnes korang je. 
Korang boleh juga berkongsi cerita / pengalaman / testimoni mengenai perkara yang boleh menyelesaikan sesuatu masalah tersebut, terutamanya yang merujuk kepada produk jualan korang.



Kalau korang serius untuk buat duit melalui blog, korang semestinya tidak asing lagi dengan perkataan 'affiliate'
Dengan affiliate korang tidak perlu susah-susah memikirkan stok barangan. Sebaliknya, korang hanya perlu menjadi orang tengah dalam menjual sesuatu produk. And then, setiap hasil jualan yang berjaya akan diberikan komisen seperti yang ditetapkan.

Sebagai langkah permulaan, korang boleh lah berdaftar dengan Ashadee.com. Disitu terdapat pelbagai produk 
yang boleh korang niagakan secara online.


  • Cerita, kongsi kepakaran anda

Misal kata, korang ada kepakaran untuk mendesign blog. Serlahkan dan kongsikan kepakaran korang tu di blog. 
Dalam masa yang sama, korang tawarkan khidmat kepakaran korang tu secara umum. Mana tahu hasil kekreativitan korang tu dapat menarik minat orang untuk mendapatkannya.


CARI DUIT secara online dengan blog ini sebenarnya banyak cabang dan cara yang boleh korang gunakan 
untuk menjana pendapatan. Jadi bila orang bertanya boleh ke buat duit dengan blog? Semestinya boleh. 
Apa yang penting ialah kesabaran dan pelan jangka panjang. Usaha yang berterusan pasti akan membuahkan hasil. 


10 comments:

Unknown said...

terbaek la jawapan mia
alhamdulillah..tahun 2013 yumida serius nak berblog..berblog bukan nak suka2 je..tapi nak jana income

even sedikit tp rasa sangat mensyukuri..bila tengok earning meningkat naik rasa hepi sgt, terasa semangat nak berblog dimotivasikan

Hazmin Hamudin said...

Wah.. Mesti pakar menjana income dari blog ni. hehe

jie susanos said...

tq utk info ni..

Miss N™ said...

dalam byk2 ni,,nur cuma ikut satu je..letak iklan..heheh

Cik Itah said...

nice sharing mia...terima kasih kongsikan tips ni :)

Ansof86 said...

Emmm info menarik. dulu memang aktif berblog.. tapi dah kurang... memang boleh buat duit. selain menjual barang... cuma nak.dengan tidak... saya pun buat nuff je... tp xla fokus tuk dapat duit online.. just mencuba apa yang orang buat... so bila.dah cuba memang ada hasil. sikit pun ok.. so kalau nak lebih.. gandakan lagi usaha... he..he..

Luqman Zakaria said...

sebenarnya banyak benda yang boleh kite buat menjana pendapatan sampingan kan..kite cume perlu rajin dan berusaha,,baru boleh buat business secara online nih..apa2 pon terima kasih sebb kongsi psl nih :)

Unknown said...

kita xperlu bayar ape2 ker?..kira nye orng lain boleh letak iklan dlm blog kita la ni?

Cik Fafa said...

tq for sharing. saya pun baru ja letak nuffnang dalam blog.noob sangat pasal ni.hehe

rokiah Abdul hamid said...

terima kasih di atas tips2nya